Tuesday, March 15, 2011

Lakaran dari mimpi 2



Aku selalu tergerak untuk melukis sesuatu yang aku nampak dari mimpi. Aku pun tak tahu kenapa. Pelukis memang begini ke?

Ini sebuah mimpi yang aneh. Aku berjalan melalui lorong yang gelap bersama adikku, Tonah. Kami hanya berbekalkan kuntum-kuntum bunga yang bercahaya. Tapi, seketika kemudian, kami kehabisan bunga tersebut.

Di depan kami, ada seorang budak perempuan yang duduk dalam gelap. Aku tak tahu dari mana yang aku tahu bahawa budak tersebut bukan manusia. Budak tu comel. Kulit dia gelap, mata dia bulat. Dia tak buat apa-apa selain merenung sekuntum bunga bercahaya yang berada di tangannya.

Aku bercakap dengan dengan budak tersebut. Aku meminta bunga di tangannya kerana tanpanya, kami tak boleh keluar dari situ. Tanpa sepatah kata, budak itu menghulur bunga itu kepadaku. Aku mengambilnya, jadi aku dan adik aku boleh keluar dari situ.

Setibanya di luar lorong gelap itu, aku terfikir untuk memulangkan semula bunga tersebut. Aku fikir, mungkin bunga ini penting untuk budak itu sebab dia tak buat apa-apa selain merenung bunga itu. Oleh itu, aku masuk semula ke tempat gelap itu sendirian dan memulangkan bunga itu.

Tanpa memandang aku, budak itu ambil dan terus merenung bunga itu...

*mungkin aku dalam kegelapan sekarang ni. Sedang menanti seseorang beri cahaya. Hahaha...

1 comment: