Saturday, May 29, 2010

Apabila Ilham tag aku...

Ilham, kakak aku tu.... dia tag benda ni kat aku... Buat je la.. bukan ada benda lain nak dibuat pun...

Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?

mestilah tak! sebab aku cool....

Soalan kedua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.
tak boleh laa.. sebab gamba tu nampak kaki aku...

Soalan ketiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
gambar kat Terengganu.. abah yang ambil ni buat wallpaper.

Soalan keempat : bila kali terakhir anda makan pizza?
Semalam. Masa kuar shopping dengan Dibah, Umi & Najaa.

Soalan kelima : lagu paling latest anda dengar.
Lagu Aril 'menatap matamu'. Tengah dengar sambil menaip ni... sebab tv sedang mainkan
lagu ni...

Soalan keenam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
layan kerenah 'Teh O' (kucing) yang sibuk nak ajar anak dia menjelajah dalam rumah.

Soalan ketujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Angah, Am, Syakira (bagi golongan ustaz & ustazah), Mak Tiri, Ninfa, pontianak, singa,
Cinta Laura.

Soalan kelapan : tag lagi lapan orang.
1. Ilham
2. Cik mici

Nak tag dua orang je... sebab follower tak ramai. Lagipun, taknak ganggu orang lain. Hahaha...


Soalan keenambelas : berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
Suka kentang.
Lahir masa hari raya
Sayang lembu empat segi milik dia.
Banyak barang warna pink!!!
akan balik rumah 4hb ni...

Soalan kelapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
biasa... tak rasa apa....

Soalan kesembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal?
mestilah tak tahu. Sebab tak kenal dia. Kesian dia, nama disebut sebut...

Soalan keduapuluh : gay or less?
Dua dua tak!!!!

Wednesday, May 26, 2010

Aku dan Inuyasha....

Bulan Mei dah tiba.... hari ini, 26 hari bulan 5, genablah 4 tahun aku mengenali Inuyasha...

Inuyasha, ape tu?? Inuyasha ni anime... tahu, orang akan cakap aku gila benda ni laa, obses laa.... tapi apa orang nk cakap pun, pada aku ini salah satu seni. salah ke aku menghargai seni? Pelukis Inuyasha telah menghabiskan 11 tahun untuk menghasilkan Inuyasha.

Lagi pun, aku suka nilai nilai yang terdapat dalam Inuyasha. Kasih sayang adik beradik (Inuyasha dan Sesshomaru), kasih sayang berlainan spesis (sesshomaru dan Rin), semangat persahabatan.. yang paling penting mestilah kisah cinta Inuyasha dan Kagome.




Sedar tak sedar, selama 4 tahun mengenali Inuyasha, rupa rupanya koleksi barangan Inuyasha aku dah boleh dikatakan banyak!



Ini keychain dan button Inuyasha. Sebenarnya dulu aku ada terjumpa keychain Inuyasha yang lengkap dengan setiap watak! tapi entah kenapa aku hanya beli Inuyasha sahaja. Bila aku kembali semula ke kedai yang sama pada hari yang lain, kesemua keychain watak yang lain sudah tiada.... Rasa bersalah sebab memisahkan Inuyasha dengan mereka pada mulanya. hahaha...


DVD Inuyasha... koleksi aku yang paling mahal!!!




Shippo dan Miroku...
aku beli dengan harga RM19 setiap satu.
Tapi, kenapa watak yang lain tak ada ea???







Beg kertas Inuyasha...
Kalau tak salah, aku beli dengan harga RM7...













Ini aku beli kat Melaka...
kad joker Inuyasha...
RM 19 melayang...






Koleksi aku yang paling murah...
mouse pad Inuyasha, RM1...
Sebagai pencinta Inuyasha dan pencinta duit, aku tak patut lepaskan peluang membeli nih!!!




..... dan akhir sekali,
koleksi manga Inuyasha ku yang belum lengkap...
Pada pendapat aku, manga Inuyasha lagi best dari anime nya!!!! lagi comel pulak tu!!!!

Monday, May 17, 2010

Hari Belia 2010

Tarikh: 15 Mei 2010
Lokasi: Putrajaya
Kami pelajar art & design, fine art UiTM Shah Alam datang ke sini membuat banner terpanjang. Kami terdiri daripada semestr 02 dan 03.
Kami berkumpul di depan kolej seroja sebelum bertolak. Ini aku dan kawan kawan aku. Kami pelajar penerapan semester 02.

Aku bersama Wani



Gambar ini, diambil sebaik sahaja kami turun dari bas setelah tiba di Putrajaya.


Kami menggunakan media marker untuk banner ini.
Sebab bahan ini sahaja yang disediakan...
Cuaca ketika ini terlalu panas! Aku takkan lupa perasaan lukis di bawah matahari terik ni...
Ini kawan aku, Nik

Siap!!! Lihat lah hasil karya kami bersama!
Aku & Aiman

Aku & Jue
Gambar gambar aku sekitar Putrajaya.
Cantik tempat ni...
Sekian saja laporan untuk hari ini...

Friday, May 14, 2010

Kuasa Pakaian


Kostum + Kamera + Orang yang tak tahu nak buat apa = Mari mencapap!!!!


Umi bawa balik pakaian negeri Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak. Aku dan adik aku, Diba mencuba pakaian pakaian tersebut.(Walaupun pakaian itu bukan untuk kitorang) Aku memakai baju Kelantan, manakala Diba mengambil baju Perak. Susah payah memakai pakaian tersebut, mestilah nak bergambar!


Segala benda yang sarat pada pakaian Kelantan aku menjadikan pergerakan aku berubah. Badan aku terasa perlu tegak saja. Cara berjalan aku menjadi ayu. (Sebab kain dan selendang yang merimaskan kaki aku) Perasaan pun rasa lain je... Rasa macam jadi watak dalam cerita rakyat. Haha.. Bila aku toleh ke arah Diba, dia pun nampak lain. Cara dia bercakap, berjalan, pandangan mata, senyuman, semua berubah! ...dan dia pun kata, dia rasa lain!


Aku dan pakaian Kelantan



Diba dan pakaian Perak



Selepas itu, aku menukar ke pakaian Sabah. Diba ambil Sarawak. Karakter kami berubah lagi!!! Tak tahu lah berubah macam mana... Tapi rasa lain!! Dalam pakaian hitam ni, aku rasa lebih ceria! (Walaupun hitam bukan warna ceria)

Aku, Sabah



Diba, Sarawak



Disebabkan aku dan Diba sama sama kebosanan, dapat pula pakai baju baju macam ni, maka kami posing la depan kamera... Dapat pakai begini, dikira satu pengalaman baru untuk aku. Jadi, aku tak rasa aku sedang membuang masa.... Bawah ni, ada lagi beberapa gambar kami...





Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

Ibu, mak, mama, apa pun yang orang lain panggil.. yang pastinya, aku panggil "Umi"... Apabila aku bercerita tentang betapa hebatnya ibu aku, kawan-kawan ku pasti akan bercerita tentang kehebatan ibu mereka. Nampaknya, bukan aku seorang yang berpendapat aku memiliki ibu terbaik di dunia ini. Setiap orang merasakan ibu mereka sendiri adalah ibu terbaik di dunia!

Di rumah aku, ada seekor ibu kucing. Dia terlalu melindungi anak-anaknya. Yang menyedihkan, anak-anaknya mati dibunuh kucing jantan lain. Tapi, aku pasti yang anak-anaknya tahu bahawa ibu mereka sedaya upaya cuba melindungi mereka! Pengajaran disini, setiap ibu menyayangi anaknya, termasuk ibu kucing.. (untuk kes buang bayi yang banyak sekarang ni; mereka yang buang bayi tu tak tergolong dalam katogeri 'ibu'. Mothers Day bukan untuk diorang!)

Buat semua ibu di dunia ini, sudah tentulah, kami golongan anak sangat menyayangi ibu kami! Cuma mungkin ada segelintir daripada kami tak tahu cara untuk meluahkannya. (termasuk aku la tu)

Thursday, May 6, 2010

painting sem ini: landscape





Segalanya datang dari Nya

Dulu, aku ada seorang lecturer yang mengeluarkan statement : "Jadi artist ni banyak buat dosa." Alasan dia, :"Kamu lukis realistic tu meniru! Kan meniru itu berdosa?" "Kalau kamu melukis, mesti kamu harap orang puji lukisan kamu. Kan salah niat tu?" "kamu jual lukisan, dapat duit tapi sebenarnya lukisan kamu tu datang dari bakat yang tuhan bagi."

Lepas tu, aku menjawab: "itu anugerah..." apa yang memeranjatkan aku, lecturer aku mengangguk setuju kemudian dia sambung cakap apa lagi ntah... aku dah tak ingat. Tapi, sekarang aku rasa aku nampak niat sebenar lecturer aku tu. Dia nak kitorang semua sentiasa beringat, tak lupa yang bakat kami semua ni datang dari tuhan, dan supaya kami semua tak salah niat apabila berkarya...

Memang lah bakat seorang artist ni datang dari Allah SWT... Tapi, pekerjaan lain pun, sama je. Contohnya, nelayan menangkap ikan. Ikan di lautan tu, tuhan yang beri. Petani bercucuk tanam, tanamannya tumbuh kerana matahari dan hujan yang tuhan beri. Apa saja pekerjaan lain pun, sama je... apa saja yang kita dapat ni, semuanya dari Nya... Bukan artist sahaja.

Monday, May 3, 2010

Pendirian? Ego?

Setiap orang ada pendapat, tapi pendapat setiap orang berbeza. Selepas pendapat, muncul sesuatu yang dipanggil 'pendirian'. Pendirian kita yang meyakinkan kita pada pendapat. Kuat pendirian, kuatlah pendapat kita.

Aku, pendapat aku sering bercanggah dengan orang lain. Aku tak kisah pun.. Tapi adakah pendapat yang bercanggah ini dinamakan ego?

Kisah semester lepas~ Lecturer aku berpendapat yang aku tak boleh buat woodcarving 3D. "Saya rasa kamu tak boleh buat la Amna... Kamu buat relief je la..." Tapi pendirian aku mengatakan yang aku boleh buat! Aku nak buktikan sangat kat dia yang aku boleh buat.

Akhirnya, parut di ibu jari tangan kiri aku adalah bukti kegagalan aku. Bukti tingginya ego seorang gadis rendah ni..

Kisah aku semasa semester 1 dulu... Satu soalan diajukan kepada aku,: "Apa kekuatan diri awak?" Lalu aku menjawab "pendirian tetap!" Setelah mendengar jawapan aku, lecturer aku bercakap dihadapan kelas: "Orang yang pendirian tetap ni, lebih baik lelaki jangan cari pasal dengan dia.."

Satu hari, seseorang berkata pada aku: "Kadang kala, jadi ikan bilis lebih baik dari jadi jerung... ikan bilis bergerak berkumpulan, jerung bersendirian.." Aku pun jawab: "Tapi, jerung orang takut!!"

Apabila aku cuba untuk mengurangkan ego, barulah aku sedar yang kata kata tu bermaksud, ikan bilis adalah rendah diri, manakala jerung adalah ego! Itu rupanya yang dia cuba samapaikan pada aku...

Aku menaip panjang panjang disini, tapi aku tak boleh nak mengakhirinya. Sebab, aku belum jumpa jawapan kepada perbezaan antara pendirian kuat dan ego. Perbezaannya adalah pada ejaan kot.... Lagipun, aku pun tak pasti apa isi utama cerita ni...





Saturday, May 1, 2010

Kembali ke sekolah!!!!

Baru baru ni, aku melawat sekolah aku selepas tiga tahun meninggalkan sekolah tu- SMK Puncak Alam! Sebenarnya, datang sini sambil sambil tengok adik aku yang sedang melukis mural di sini...
Lalu kat depan bilik seni... bilik yang banyak kenangan... tapi, bilik seni dah banyak berubah! Eh... tengok tu!!! tu beg kertas yang aku buat masa form 2 dulu! (beg kertas kucing) cikgu simpan lagi... potret yang aku lukis pun, masih ada kat meja cikgu lagi... bestnyer....
Pemandangan kelapa sawit kat sekolah ni la yang buat aku rasa sekolah ni cantik!!! lalu la kat mana pun, mesti nampak kelapa sawit!!! suker!!!
Duduk kat tangga? dulu aku selalu duduk kat tangga camni, lepak ngan kawan kawan...
Oh ya, aku datang sini memang untuk tolong adik aku buat mural... (bukan tolong sangat pun, haha) Waktu ni, aku teringat tahun 2006~ kitorang 4 beradik berada di sekolah yang sama! Jalan ke mana mana pun, mesti terjumpa salah seorang adik beradik aku! kelakar betul.. Gambar atas ni, kedua dua adik aku.


Kakak aku pun datang menolong buat mural....


... dan, ini aku!


aku tolong buat sekuntum bunga je.


Sebelum pulang ke rumah, aku lalu depan mural ni. Ini mural yang aku dan kawan kawan aku buat masa masih bersekolah dulu... Mural ni, bukanlah bagus pun.. tapi kenangan semasa menghasilkan mural ni, banyak sangat! Ini je gambar mural aku yang aku ambil. Tak sempat nak ambil yang lain lain... Aku pun pulang.. babai SMK Puncak Alam, ada masa, jumpa lagi!!!