Friday, August 31, 2012

Cuba makanan Korea

"Korang, jom makan makanan Korea!" Ajak adikku Tonah beberapa hari sebelum raya. Pakatan dibuat bersama aku, kakak aku dan sepupu-sepupu kami. Tonah dah pernah makan dan dia ingin kami turut merasanya. 

Raya pun sudah tamat. Maka semalam, kami menjejakkan kaki ke tempat yang disebut-sebut Tonah sebelum ini. 'The Street Cafe' nama diberi.
Gambar cari google je sebab lupa untuk ambil gambar restoran tersebut.
Sumber gambar: SINI


Masuk saja, kami menuju ke tingkat atas restoran tersebut. Suasana dalam restoran itu cantik. Boleh bersila atas lantai. Pendek kata, boleh buat macam rumah sendiri lah. Bolehlah aku duduk mengikut keselesaan aku, iaitu duduk bentuk M. Siapa nak tahu duduk bentuk M tu bagaimana? Jika ramai yang nak tahu, aku akan ceritakan. Tapi kalau semua tak nak tahu,tak apa lah. Biarlah aku dan duduk M aku jadi rahsia sepanjang hayat. Huhu.. Eh, ini cerita pasal makanan Korea ke cerita pasal cara duduk? Aduh maaf!!! Baiklah, kembali ke cerita asal. 

Lagu K-pop berkumandang di dalam restoran tersebut. Bagi mereka yang mengenali diriku, ya, aku ni tak minat sangat lagu K-pop. Satu-satunya lagu K-pop yang aku layan adalah lagu T-ara, Lovey Dovey. Apa yang aku nak maksudkan di sini adalah, aku datang kerana aku suka mengenali budaya-budaya lain yang ada di dunia ni. Contohnya, dulu aku ada satu entri mengenai budaya luar juga. Baca di SINI. Kita bukan sahaja harus hargai budaya kita, tapi kena juga mengenali budaya lain, betul tak? 


Aktiviti sementara menunggu makanan sampai.
Siapa yang robohkan menara itu?
Cuma kita-kita yang terlibat sahaja tahu. Hehe..



Sepupuku, Along bersama... err..
 Maaf, aku tak ingat nama-nama makanan ni.





 Sila abaikan muka ku yang macam pelik je tu.
Nak tunjuk ramen je.


 Owh.. rupanya boleh conteng dinding di sini.


Aku pun tak ketinggalan untuk meninggalkan jejakku  di sini.


 Nampak tak yang aku tulis tu?


 Zoom in!!!!!
Yeah~ tinggalkan link blog sekali!


Sebelum pulang, kami sempat singgah jumpa seorang lagi sepupu kami yang tidak dapat hadirkan diri bersama-sama menikmati masakan Korea. Maka, kami bungkuslah sejenis makanan dari situ untuknya.


 Kami memang geng sejak kecil lagi.
Tapi ni kekurangan seorang ni.
Sebab sorang adikku kini di luar negara.



 Ini juga di bawa pulang untuk sorang lagi adik kami di rumah.



Nampaknya, itu saja buat masa ni. Nanti jika berkesempatan, kita cuba makanan lain pula ya? Sekian...

Monday, August 27, 2012

Raya 2012

Gambar-gambar raya:
Di Kedah...

                           
Kami empat beradik


Bersama Umi tersayang




Alman, anak sepupu kesukaan aku.

Our big family.

********

Di Kelantan pula....

Anak Abah Su.
Comel dan tak boleh duduk diam.
Susah nak dapat gambar dia.


Beraya di rumah classmate, Nik.
Dapat petik rambutan!

**********

Singgah Terengganu..

Bercuti di Terengganu.


Itu sahaja. Sekadar berkongsi gambar raya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Wednesday, August 15, 2012

Misteri Kehilangan Pungut

Baru-baru ini, kucing kami, Pungut telah hilang. Siapa tak kenal Pungut, bolehlah rujuk semula entri lama. Bagi menyelesaikan misteri kehilangan Pungut, aku telah tampil ke depan bagi menyelesaikan masalah negara ini.

Detektif Amna, sedia menyelesaikan apa jua misteri yang ada.
Alamak ini semua gara-gara terpengaruh dengan 'Detektif Conan'. Abaikan.


Pungut hilang secara tiba-tiba. Kali terakhir dia dilihat adalah sebelum kami sekeluarga menghantar adik aku, Diba, ke KLIA. Berdasarkan analisa aku, terdapat tiga kemungkinan bagi misteri ini.


Kemungkinan pertama: Pungut telah dipungut oleh orang lain


Tidak dinafikan bahawa kecomelan si Pungut mampu menarik perhatian orang lain. Mungkin ada di antara manusia yang lalu-lalang tergerak hati untuk memungut si Pungut. 




Kemungkinan kedua: Pungut mengikuti adik aku ke luar negara


Pungut adalah kucing adik ku, Diba. Malah Diba menggelar Pungut sebagai anaknya. Kasih sayang antara dua makhluk berlainan spesis ini mungkin terlalu kuat sehingga Pungut tidak sanggup berpisah dengan 'emaknya' lalu senyap-senyap mengikuti adikku ke luar negara.





Kemungkinan ketiga: Pungut terbaca blog aku lalu bertekad untuk mencari tuan lain


Mungkin juga Pungut terbaca blog aku sebelum ini yang menceritakan tentang nama dia. (Baca di sini) Bosan dengan nama 'Pungut', Pungut pergi membawa diri dengan harapan akan terjumpa tuan lain yang sanggup memberi nama 'Sexy Kitty' kepadanya.





Di antara ketiga-tiga kemungkinan ini, mana satukah yang sebenarnya terjadi kepada Pungut? Belum sempat aku memikirkan jawapannya, tiba-tiba Pungut pulang ke rumah. Pungut telah kembali ke pangkuan kami pada waktu Sahur semalam setelah seharian hilang tanpa khabar. Syukur Alhamdulillah, kepulangan Pungut benar-benar berita gembira buat kami semua.

Apa yang terjadi kepada Pungut sebenarnya semasa kehilangan dia? Soalan itu kekal misteri sehingga sekarang...

Monday, August 13, 2012

Hantar Diba

Tadi, aku dan keluarga aku menghantar adikku, Adibah ke KLIA. Ini pertama kali aku akan berpisah dengan adik beradikku buat satu tempoh yang lama. Dibah akan belajar di US selama empat tahun. Tidak lama lagi, adikku lagi seorang, Tonah pula akan ke Canada. Empat tahun juga. Kemudian, tak lama selepas Tonah pergi, kakak ku Ilham akan ke Sarawak. Begitu banyak perpisahan yang aku akan tempuhi.

Ganas sungguh tahun ini. Sudahlah terpaksa berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan Degree kerana sudah tamat belajar, kini kena berpisah dengan adik beradik pula. Boleh tak sesiapa memahami apa yang aku rasa kini? Sedih tu tidaklah.. kerana aku faham perpisahan ini untuk kebaikan. Perginya mereka untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai anak, dan juga sebagai pelajar. Maka, aku tak menghalang langsung. Cuma rasa ditinggalkan tu, terasa juga sedikit.

Bukan kami sahaja yang menghantar Dibah tadi. Dua orang rakan Dibah ikut sekali. Malah ada ramai saudara mara juga. Meriah pula rasa ramai-ramai begini.

Depan rumah sebelum bertolak.
Umi bersama Diba, Najaa dan Si Pungut (kucing)


Kami lima beradik. Gambar ni, aku suka sangat.

My Happy Family...



Bye Diba...



Nama baru dia

Sudahkah aku bercerita mengenai kucingku 'Comel' pada semua? Oh, tentulah sudah. Jika belum baca, sila periksa semula entri ini. Apa yang aku nak cerita kali ni, nama 'Comel' kini telah bertukar. Namanya kini ialah 'Pungut'. Ya, Pungut! Sebab dia dipungut dari tepi kedai. Kedai Speedmart yang tidak ku mengerti di mana 'speed' nya. Abaikan mengenai 'speedmart'.

Nama 'Pungut' telah menjadi nama rasmi kucing kecil ini. Sudah terlambat untuk sesiapa membangkang idea ini. Malah seorang sepupu ku, Nasuha telah memberi cadangan: "Nanti jika dia punyai anak, nama anaknya adalah 'Kutip'." Kejamkah kami kerana memberi nama sedemikian rupa kepada si kecil ini? Jangan risau, 'Pungut' sendiri menggemari namanya. Buktinya, dia masih berada di rumah kami. Kalau tak suka, dia boleh beredar dari sini dan pergi mencari tuan lain yang sudi memberi nama seperti 'Sexy Kitty' kepadanya. Tapi, dia pilih untuk tetap berada di sini. Jadi, 'Pungut' lah namanya.





Ini adalah situasi apabila Pungut terlepas masuk rumah:



Saturday, August 4, 2012

Biskut Raya


Aku dah mula buat biskut raya untuk tahun ni. Saja letak gambar di sini sebab lepas ambil gambar, biskut ni nampak cantik pula. Hehe.. Bila membuat biskut raya, aku mementingkan rupa lebih dari rasa. Sebab bagi aku, rupa yang cantik akan buat balang biskut raya di ruang tamu kelihatan menarik. Haha.. Betul tak? Siapa sokong pendapat aku ni?

Tapi, ini tak bermakna aku buat biskut yang tak sedap sehingga tak boleh dimakan tahu. Biskut ni sedap, dibuat dengan Nestum. Hehe.. Apa cerita biskut raya anda? (Wah, ayat macam iklan tak?)

Ok, ok, mari aku buka satu cerita lama.... flashback...

*Entah berapa tahun yang dulu*


Aku berada dalam tingkatan lima pada tarikh kejadian ini berlaku. Seingat aku, SPM pun belum lepas. Raya pun masih lambat lagi masa itu, tapi hati aku tergerak untuk membuat biskut. Ini semua gara-gara kempunan nak makan biskut butter.

Setelah mendapat bahan-bahan yang ditaja oleh Umi ku tersayang, aku memulakan projek biskut butter. Kata Umi, rahsia nak hasilkan biskut butter yang sedap, adalah dengan menggunakan butter mahal. Ok Umi, terima kasih sebab beli kan butter mahal. Huhu..Selesai mencampur aduk bahan, aku buat piping. Aku picit lah adunan biskut tu, membentuk huruf 'S'. Siap ada garisan-garisan, memang cantik lah. (Wah bangga pula) Abah yang kebetulan masuk dapur menegur aku: "Wah.. 'S' untuk 'Shukri'", 'Shukri' tu nama Abah. "Taklah... 'S' untuk 'Syakira'" Balas aku. Eh, terlari dari topic asal pula aku ni. Berbalik kepada biskut bentuk 'S' aku. Selepas ia dibakar, lain jadi rupanya. 

Dari bentuk 'S' menjadi bentuk petak?!!!! Aku terkejut sehingga satu Puncak Alam mendengar jeritan ku. Bertempiaran lari gagak-gagak yang bersarang di ladang kelapa sawit depan rumah aku. Ok maaf, ter hyperbola pula karangan ini. 

Tapi, kata Umi memang betul. Biskut tu sedap. Nasib baik sedap... 


*Tamat flashback*

Jadi, anda bagaimana? Mementingkan biskut raya yang sedap atau cantik?




Kisah biskut raya aku tahun lepas lagi  sweet:

Wednesday, August 1, 2012

Kucing Baru

Dah lama watak Gadis Misteri yang berbaju kuning dan berskirt merah tu tak muncul di blog ni. Mungkin ada diantara pembaca yang sedar watak tersebut dah lama tak muncul. Ok, biar aku jelaskan satu-persatu.

Watak tersebut dulu mula-mula diperkenalkan dengan watak kucing Bubu dan Kembang. Watak tu cantik bertiga bersama kucing-kucing tu. Tapi sejak Kembang mati, tinggallah Bubu sahaja. Bila Bubu pun mati, aku tak ada semangat nak benarkan watak tu muncul di sini. Buat aku rasa sunyi saja.

Jadi, kini aku bercadang untuk ambil kucing lain jadi duta di blog ini. ('Duta' konon) Sebab yang mati memang takkan hidup kembali kan? Kini, muncullah seekor kucing baru! Kucing milik adikku yang dikutip di tepi kedai mana entah. Memperkenalkan~ Comel!

Err.. perwatakan kucing baru ni aneh sedikit. Tak reti duduk diam. Bila orang letak dia luar rumah, bising pula.

Lebih kelakar, nama kucing baru ni, tak ada nama rasmi! Kakak aku beri nama Comel. Dia lupa lah tu semasa dia tadika dulu, dia pernah bagi nama 'Comel' juga pada kucing kami masa tu. Abaikan. Kakak aku dah tak mahu tukar nama lain. Jangan-jangan sampai tua nanti dia beri nama 'Comel' pada setiap kucing dia. Hahahahaha.. Opss.. Harap dia tak baca blog aku ni. Habis la aku kena dengan dia nanti. Errr..

Adik aku pula, beri nama 'Nano' pada kucing baru ni. Tak tahu pula aku bahawa adik aku ni peminat Hafiz, Awan Nano. Hahahaha..

Namun, adakalanya, kami hanya memanggil kucing ni dengan panggilan 'Kecik'. Macam-macam lah..

Patut kah kucing pelik tapi comel yang tak ada nama sedap ni jadi duta blog Gadis Misteri? Err.. Aku rasa...


Aku lebih suka ambil Abby jadi duta blog aku. Abby, ibu kepada Bubu dan Kembang.

Itu saja buat masa ni. Selamat kembali kepada watak Gadis Misteri. Jumpa lagi~