Thursday, October 20, 2016

Sunday, October 9, 2016

Amna Shark di Pelancaran Buku Jenama X

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Nu Sentral, aku bergegas ke food court. Aku perlu makan sebelum majlis bermula pukul dua nanti. Majlis pelancaran buku Jenama X. Aku sudah teruja sejak semalam lagi menantikan ketibaan hari ini. Setibanya di food court, aku mencari-cari rakan seperjuangan ku. Ah, itu dia. Kelihatan Kak Nabilah (N.A.N) duduk seorang diri di satu meja. Nabilah merupakan rakan seperjuangan ku, bekas editor ku, dan ahli Aretis United bersama ku. Seketika kemudian, muncul lagi seorang yang cukup kami kenali, Nazr Syaff. Seorang anak muda yang peramah, malah bercita-cita tinggi dalam bidang komik. Lengkaplah kami bertiga yang sudah berpakat untuk hadir sejak semalam lagi.


Nabilah (N.A.N), aku dan Narz Syaff.

Selesai makan dan solat Zohor, dengan pantas kami mengambil tempat di MPH Nu Sentral. Di kerusi barisan hadapan sekali, kami duduk. Nazr dan Nabilah mula gelisah, "Eh, tak apa ke kita duduk depan sekali ni? Tak ada orang duduk pun. Betul kah boleh duduk?" Aku pun mula ragu-ragu. "Ha,ah la, ni tempat VIP ke?" Namun, kami bertiga tetap tak bangun dari tempat tersebut. Ah, peduli apa. Selagi belum dihalau, maknanya tak salah. Majlis begini, adalah tempat di mana aku mesti berada di hadapan sekali. Mesti!


Jam sudah menunjukkan pukul dua, namun kawasan majlis masih kelihatan sedikit sahaja orang awam. Aku menjeling ke sekeliling, mencari kelibat Prof Muliyadi, idola ku. Tiba-tiba jantung aku berdegup laju. Aku mencuit Nabilah yang duduk di kiri ku. "Dato Lat!" Bisik ku sambil menggunakan isyarat mata kepada Nabilah. Lantas Nabilah toleh ke arah kirinya. Dato Lat duduk di situ! Di sebelah Nabilah! Kami berdua menjerit tanpa suara. Melihat kami begini, Nazr mula dapat tangkap situasi. Dato Lat sudah di sini. Tak lama kemudian, orang awam mula semakin ramai memenuhi ruang majlis. Selepas seorang, seorang datang meminta bergambar dengan Dato Lat. Sudah tentu kami bertiga juga tidak lepaskan peluang tersebut.


Bersama Dato Lat.
Ini bukan kali pertama aku jumpa beliau. Pernah jumpa sebelum ini.
Boleh baca di sini dan di sini.

Nazr Syaff bersama Dato Lat

Tidak lama kemudian, aku terlihat seseorang yang aku cukup kenal, pergi menyapa Dato Lat. Beliau adalah Prof Muliyadi! Seseorang yang aku tunggu-tunggu untuk berjumpa hari ni. Aku sudah bersedia dengan dua buku Buasir Otak: The Komik yang aku ingin hadiahkan kepada Prof. Sebab janjiku kepada beliau satu ketika dahulu, jika aku punyai komik sendiri nanti, aku mahu beri kepada beliau. Walaupun Buasir Otak: The Komik ini adalah komik kolaborasi, bukan komik solo aku, namun apa salahnya beri. Jika ada komik solo satu hari nanti, aku akan hadiahkan lagi kepada Prof. Semoga Amna boleh segera memiliki komik solo. Amin. Aku pergi menyapa Prof. Seperti biasa, Prof akan menyambut dengan baik. Kami berbual ringkas dan aku beri Buasir Otak: The Komik (Reloaded) dan Buasir Otak: The Komik (Revolution). Bagi anda yang belum memiliki komik ini, bolehlah dapatkan segera dengan PM page facebook Buasir Otak:The Komik. (Ambil kesempatan buat promosi)

Majlis bermula. Tiba-tiba sahaja tanpa aku sedari, ruangan majlis dipenuhi orang ramai. Sejak bila pula seramai ini? Tadi masih kosong. Dato Lat memberi sedikit ucapan dan merasmikan pelancaran buku. Kesemua kartunis yang terlibat dalam penghasilan buku Jenama X mengambil tempat di hadapan. Kartunis-kartunis tersebut terdiri daripada Gayour, Nik, Ubi, Tembakau, Sireh, Lengkuas, Sukun dan Bijan. Sayang sekali, kartunis Bawang dan Aie tidak dapat hadir. Teringin sekali hendak berjumpa Tuan Aie. Kartunis yang panggil aku 'kecil-kecil cili api' semasa aku tingkatan satu dahulu. Sudah tentu, aku yakin beliau tak ingat aku. Cuma aku mengingati beliau dan kata-kata itu. Lagi sekali aku jumpa beliau adalah pada tahun 2011. Boleh baca kisah tersebut di sini.





Kartunis-kartunis Jenama X masing-masing memperkenalkan diri. Selesai mereka semua kenalkan diri, Tuan Sireh hulur microphone kepada Prof Muliyadi. Prof merupakan penulis prakata bagi buku Jenama X. Prof memberi sedikit ucapan. Sepanjang prof berucap, aku tak boleh berhenti senyum. Dalam ramai-ramai orang yang aku minati berada dalam majlis ini, Prof adalah idola aku. Dulu aku merupakan pelajar Prof. Kerana Prof, aku berjuang dalam dunia komik sekarang. Dengan angan-angan untuk menjadi seperti beliau, satu hari nanti.

Tibalah saat yang ditunggu oleh pengunjung-pengunjung majlis pada hari ini. Sesi mendapatkan autograf para kartunis! Aku dan Nabilah segera meluru ke dalam MPH dan masing-masing mengambil senaskah buku Jenama X. Kemudian kami bersama pengunjung lain, beratur untuk sesi ini. Semasa beratur, kami dapat tahu dari orang di hadapan kami bahawa Kartunis Lambok berada di sini. Kartunis Lambok!!! Beliau tidak terlibat dalam Jenama X, jadi aku tak jangka untuk bertemu beliau di sini. Aku amat meminati karya-karya Tuan Lambok. Aku tak boleh lepaskan peluang bertemu beliau. Memandangkan aku tak pernah berjumpa Tuan Lambok, jadi aku tak kenal wajahnya. Setelah diberitahu yang manakah beliau, aku menuju ke sana segera, meninggalkan barisan.

Tuan Lambok menyambut mesra sapaan aku dan Nazr. Nabilah tidak turut serta kerana menjaga tempat kami dalam barisan untuk autograf. Mula-mula, aku agak ragu-ragu. Betulkah ini Tuan Lambok? Kenapa muda? Entah kenapa selama ini aku bayangkan dia seorang yang tua. Opss.. Maaf Tuan Lambok. Setelah menerima autograf dari Tuan Lambok, barulah hati aku melonjak kegembiraan. Aku sudah yakin, ya, beliau adalah Tuan Lambok! Berbual pendek dengan Tuan Lambok, terbuka topik bahawa aku adalah seorang pelukis komik yang masih baru. Beliau tanya, ada buku tak? Dengan sedih aku cuma boleh jawab tiada. Beliau tanya lagi, di mana boleh lihat karya aku? Aku terdiam seketika. Patut tak aku tunjukkan komik Pendar Ratna? Ada terdetik sedikit kurang keyakinan terhadap karya itu, namun aku cepat-cepat hapuskan perasaan tu. Aku harus yakin. Prof Muliyadi dan Tuan Sireh pernah melihat Pendar Ratna, dan respon mereka positif terhadap komik itu. Maka, aku hulurkan business card aku, berserta link sucomi.com untuk memudahkan Tuan Lambok mencari komik ku. Sebelum aku mengundur diri, Tuan Lambok janji bahawa beliau akan lihat komik itu nanti. Aku harap beliau tak lupa.

Bersama Tuan Lambok.

Dari Tuan Lambok.

Aku kembali ke dalam barisan untuk mendapatkan autograf. Kesemua kartunis sangat peramah bergurau mesra sambil memberikan kami autograf. Setibanya aku di depan kartunis Sireh, beliau menegurku: "Kamu yang anak murid Prof tu kan?" Wah!!! Tuan Sireh ingat aku! Terharunya!!! Sebenarnya, bulan lepas, aku bertemu dengan Tuan Sireh di sebuah bengkel komik untuk pelajar-pelajarnya. Aku bukan pelajar beliau tetapi menyelinap masuk menyertai bengkel tersebut. Beliau menyedari kehadiran wajah asing lalu bertanya aku dari mana. Ketika itulah aku kenalkan diri siapa aku, tunjuk komik Pendar Ratna. Mujur beliau menyambut dengan mesra. Ketika itulah beliau beritahu mengenai pelancaran buku Jenama X, dan aku pula beritahu aku bekas pelajar Prof Muliyadi. Hari ini, apabila Tuan Sireh menegur masih mengingatiku, betapa aku gembira yang tak dapat digambarkan bagaimana kegembiraan aku itu.




Setibanya di hadapan Tuan Gayour, aku memperkenalkan diri. "Tuan, saya Amna. Kita berjumpa sekali dalam kelas Prof Muliyadi dahulu". "Maaflah, saya tak ingat" Balas Tuan Gayour. Aku tak kecewa. Aku sudah jangkakan ini. Aku pernah bertemu beliau dahulu, cerita mengenai itu boleh baca di sini. Tuan Gayour diam seketika kemudian membalas: "Awak.. masa tu ada tunjuk kartun kan?" Aku tersenyum. "Ya..." Oh tolong. Janganlah beliau ingat kartun aku yang buruk dulu tu.

Autograf dari kartunis-kartunis Jenama X.

Autograf dari kartunis-kartunis Jenama X.

Selesai sesi autograf dengan kartunis-kartunis Jenama X, kami mula mencari kartunis lain yang turut berada di majlis itu. Sudah tentu aku dapat autograf Dato Lat juga. Semasa meminta autograf Dato Lat, Prof Muliyadi yang kebetulan berada di sebelah Dato Lat, bersembang dengan ku. Beliau tanya perkembanganku dan sebagainya. Tak sangka pula aku gunakan peluang ini mengadu kepada Prof. "Prof, susah lah.." Ah. Selepas itu aku menyesal. Amna, kau tak sepatutnya tunjuk gagal depan Prof lagi. Kau harus habis mencuba dahulu! Prof, saya janji akan tunjukkan kejayaan pula kepada Prof selepas ini.

Dari Dato Lat.

Aku juga berpeluang berkenalan dengan seorang peminat yang juga merupakan seorang collector. Beliau kenalkan diri sebagai Uci, dan tunjukkan koleksi beliau yang menakjubkan. Beliau juga meminta autograf dari kartunis di atas sehelai T-shirt jenama X. Menarik sekali! Bersembang dengan beliau membuatkan aku pertama kali didedahkan dengan dunia collector. Selama ini aku hanya fokus kepada dunia kartunis sahaja.

 Gambar yang aku terima dari seorang collector yang dikenali sebagai Uci.


Kami mencari Tuan Imuda. Tadi kelihatan kelibat beliau di sini. Belum sempat kami bertemu Tuan Imuda, aku terlihat seseorang yang aku cukup kenal. Tuan Manzar! Aku tidak berfikir panjang. Aku terus menyapa beliau. Tuan Manzar tidak kenal aku. Kami tidak pernah berjumpa sebelum ini. Hanya aku yang rajin mengikuti perkembangan beliau di laman sosial tanpa memperkenalkan diri ku. Maka, memanglah Tuan Manzar tidak kenal ku. Sering melihat Tuan Manzar di laman sosial, bagai mimpi, beliau kini di depan mata. Tuan Manzar adalah satu-satunya kartunis yang aku minati bukan kerana skill lukisan semata-mata, tetapi kerana wajahnya yang kacak. Opss.. Syukur, Tuan Manzar menyambut mesra sapaan kami. Kami berbual panjang. Bukan sahaja dapat autograf dan bergambar dengan beliau, malah dapat ilmu yang dikongsikan oleh beliau.

Nabilah (N.A.N) bersama Tuan Imuda.

Bersama Tuan Manzar.

Nazr Syaff bersama Tuan Manzar.

Dari Tuan Manzar.

Selesai majlis, Aku, Nabilah dan Nazr solat Asar dan makan di food court. Kami gunakan masa itu untuk berbincang mengenai semuanya. Mengenai majlis tadi, dan mengenai kami selaku kartunis-kartunis muda, mentah, bagaimana mahu teruskan dan sebagainya. Aku mendapat satu semangat baru. Aku mahu membawa Aretis United ke tahap yang lebih tinggi. Semoga Aretis United juga boleh dikira barisan kartunis gah satu hari nanti. Amin.

Aku berpisah dengan Nabilah dan Nazr. Aku menunggu bas seorang diri. Tiba-tiba aku ternampak Tuan Manzar di tepi jalan. Dengan beg galas besar berisi segala peralatan melukis, dan jinjit file hitam besar, beliau kelihatan segak sekali. Aku ragu-ragu. Patut atau tidak aku menyapa nya lagi? Ah, aku terus meluru menyapa beliau. Kami berbual pendek sebelum beliau akhirnya menaiki teksi. Aku juga berlalu pulang. Maka, tamatlah kisah Amna Shark di Pelancaran Buku Jenama X. Kesimpulannya, aku amat bahagia hari ni. Dapat berjumpa idola ku, dan kartunis-kartunis yang aku minati. Aku senyum sendiri di dalam bas.

Dalam bas, tatkala aku sangka kisah hari ini sudah berakhir, tiba-tiba aku dapat satu berita. Komik aku yang aku hantar untuk pertandingan komik seram matkomik, mendapat tempat top-10. Keajaiban apakah ini? Sebaik sahaja aku mengadu susah kepada Prof hari ni, nasib baik menjelma?

Sekian sahaja penulisan ku. Aku harus kembali menyiapkan komik sebelum bos aku kejar aku. Bagi anda semua yang belum memiliki Jenama X, bolehlah pergi dapatkannya sekarang.

*Terima kasih Nazr Syaff untuk gambar-gambar.

Tuesday, October 4, 2016

Amna Shark di Tokyo (bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1.

Travel log ku di Tokyo.










Monday, October 3, 2016

Amna Shark di Tokyo (bahagian 1)

Baru-baru ini, aku diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Tokyo. Alhamdulillah, syukur, Mak Ndak aku sponsor. Berbekalkan sketchbook, ku coretkan pengalaman menjadikannya travel log.

Maka, untuk post kali ini, ku sertakan travel log ku, tak usahlah aku taip panjang-panjang. Biar travel log sahaja bercerita.

Hari 1








Hari 2








Bersambung dalam post akan datang...