Friday, April 8, 2016

Gadis Misteri 6 tahun

Blog kesayangan hamba, telah cecah usia 6 tahun pada 4 April yang lalu. Bagaimana aku boleh lupa tarikh lahir dia? Aduh, jika dia punya perasaan, dia tentu dah merajuk ni.

Sungguh, aku amat menyayangi blog ini. Usia sudah 6 tahun, follower tak ada la cecah ribu-ribu pun. Tapi aku tetap sayang dia. Aku tulis blog adalah sebagai jurnal catatan perjalanan ku. Oleh sebab itu aku tak pernah peduli follower berapa ramai. Namun, aku sedar aku mempunyai beberapa pembaca setia. Terima kasih untuk itu. Aku hargainya. Selalu juga terjadi, aku tidak membalas komen-komen pembaca aku. Aku rasa bersalah untuk itu. Maafkan aku. Aku akan cuba balas setiap komen selepas ini.

Disebabkan isi kandungan blog ini adalah jurnal aku, ianya bosan. Sekadar apa yang aku lalui, apa yang aku pelajari, apa yang aku nampak, rasa dan sebagainya. Jadi aku faham lah jika tak ramai pembaca. Tapi, sungguh, jutaan terima kasih kepada yang tetap menjadi pembaca sejak dahulu.

Isi kandungan blog ini, boleh dikatakan, 100% jujur dari hati aku. (Melainkan jika post-post yang melawak) Sini adalah tempat aku tulis segalanya secara jujur. Jadi andaikata aku pergi tinggalkan dunia satu hari nanti, andai ketika itu nama aku naik setaraf dengan P Ramlee, maka blog ini boleh dijadikan sebagai rujukan sejarah hidup Amna Shark. Tapi itu kalaulah nama aku naik setaraf P Ramlee. Jika tidak, biarlah blog ini lenyap begitu sahaja.

6 tahun aku setia menulis di sini. Akan terus cuba untuk setia selagi diizinkan Tuhan. Terima kasih semua pembaca.



Lukisan ini dilukis pada 4 April. Bagaimana ketika aku tulis tarikh pada lukisan tersebut, aku boleh lupa tarikh lahir blog ini? Argh... Rasa bersalah pada blog. Oh ya, lukisan di atas adalah avatar aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Salah satu kebahagiaan dalam berblog adalah, aku dapat mengenali mereka. 



Di bawah cendawan


Conteng-conteng tak sampai 1 minit tadi. Maka, abaikan kesalahan proportion, tiada quality of line dan sebagainya. Nama pun conteng-conteng saja kan.

Dua atau tiga hari ni, fikiran aku penuh dengan pelbagai perkara. Bukan masalah. cuma perkara remeh. Macam-macam perkara remeh difikirkan sehingga hati ni rasa berat semacam. Terasa perlu cari teman berbual. Tapi kawan-kawan aku masing-masing ada masalah sendiri. Jadi, apa lah sangat dengan hal-hal remeh aku ini kan? Akhirnya aku pilih untuk tidak bercerita. Ya, sebab cuma hal remeh. Cuma hal remeh Amna oi. Jangan fikir banyak sangat.

Kau adalah Amna Shark ! Tarik nafas, hembus. Alhamdulillah, masih hidup. Hidup ini umpama bermain Chess. Jangan terburu-buru sayang. Tidak apa lambat. Atur strategi betul-betul. Aku percaya kau ! Aku sayang kau. Buat yang terbaik.

Nasihat dari aku untuk aku. Haha.. Kelakar juga kau ni Amna. Tahu pun, pemberi nasihat yang terbaik adalah diri sendiri. Bukan?