Saturday, January 21, 2017

Kisah Dongeng: Menolak dan ditolak

Pada zaman dahulu, tinggallah Sang Burung dan Sang Beruang. Mereka berdua berkawan baik.


Namun, persahabatan mereka menjadi rosak setelah Sang Beruang menyatakan isi hatinya kepada Sang Burung. Meski Sang Burung mengaku amat menyayangi Sang Beruang, tapi hidup Sang Burung bebas, tak bersedia untuk menerima isi hati Sang Beruang. Lalu, Sang Beruang berlalu pergi dari hidup Sang Burung. Sang Burung rasa bersalah yang amat sangat. Tapi dia tak dapat berbuat apa-apa kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang dapat dipaksa.


Dalam rimba yang sama, terdapat Sang Singa. Sudah sekian lama Sang Burung menyukai Sang Singa. Sang Singa merupakan seekor pelukis komik yang agak dikenali dalam rimba tersebut. Sang Burung adalah salah seekor dari ramai-ramai peminat Sang Singa.


Sukanya Sang Burung kepada Sang Singa sehingga dia tahu identiti sebenar Sang Singa. Sang Singa tidak tahu bahawa Sang Burung tahu rahsianya itu. Sang Singa memilih untuk merahsiakan identiti sebenar daripada penduduk rimba. Walaupun tahu rahsia ini, Sang Burung pura-pura tidak tahu kerana dia sendiri keliru. Adakah dia suka Sang Singa atau haiwan di sebalik Sang Singa?


Pada suatu hari, Sang Burung mendapat tahu bahawa Sang Singa kini rapat dengan Sang Arnab.


 Perasaan kecewa dan sedih Sang Burung tak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Namun, disebalik kesedihan Sang Burung, dia sebenarnya berasa lega yang amat. Nak tahu kenapa? Kerana dia tak dapat buang rasa bersalah terhadap Sang Beruang dahulu. Apabila hatinya pula yang terluka, barulah dia rasa apa yang Sang Beruang rasa. Barulah adil.

Perasaan sedih dan perasaan bersalah hilang. Hanya tinggal perasaan lega.  Sang Burung terbang pergi untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.


TAMAT





Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini? Bertenang sahaja dalam hidup. Banyak perkara terjadi di luar kawalan kita. Kita tak berniat nak sakitkan hati orang, tapi kita tersakitkan juga hati orang. Kemudian, tersuka kepada orang yang tak suka kita, bertenang juga. Ada hikmahnya tu. Supaya kita memahami perasaan orang lain yang suka kepada kita.

Ada yang nak tanya adakah ini kisah benar hidup ku? Ya, kisah ini berdasarkan kisah sebenar. Tapi tak perlu tahu secara terperinci siapa watak di sebalik setiap haiwan ini. Ambillah pengajaran sahaja.

Akhir kata, tak perlu kasihankan kepada Sang Burung. Dia sudah menerima semuanya dengan lega. Dia nampak hikmah di sebalik setiap kejadian.

Monday, January 16, 2017

Permulaan 2017




Pada awal tahun 2017, aku telah menghasilkan lukisan seperti yang ditunjukkan di atas. Lukisan tersebut meringkaskan azam aku untuk tahun ini. Setelah di post pada laman sosial ku, orang ramai membuat interpretasi sendiri terhadap makna lukisan tersebut. Namun, makna sebenar lukisan tersebut adalah seperti ini:

1. Sayang diri sendiri
Aku mahu sayang diri sendiri. Sayang diri sendiri tu, Amna. Jaga makan, jaga tidur, manjakan diri sendiri. Sebab, jika bukan aku yang sayang diri aku, siapa lagi kan?

2. Jadi kuat.
Aku harus jadi kuat. Bukan fizikal. Dengan tulang belakang aku yang tak mampu angkat barang berat, tak mampu buat kerja lasak, maka bukan kuat fizikal yang aku harapkan. Kuatkan hati! Cekal! Tabah! Kental! Aku sudah kuat sejak dulu. Teruskan jadi kuat. Jangan sesekali rebah! Kalau kau jatuh, tak ada siapa nampak, tiada siapa peduli. Oleh itu, jangan jatuh.

3. Merancang sebelum melangkah.
Lumrah anak muda, melangkah tanpa fikir terlebih dahulu. Namun, kau bukan lagi anak muda. Kau bakal cecah 27. Oleh itu, cubalah bijak sedikit. Cuba merancang dahulu sebelum apa-apa tindakan selepas ini.

4. Fokus komik!
Inilah azam paling penting. Azam yang masih sama dengan tahun lepas. Ayuh Amna, serius kan lagi diri kau dalam bidang ini.

*****

Bulan Januari baru sampai ke pertengahan. Belum pun lagi memasuki bulan Febuari, namun, azam nombor empat aku, sudah goyah. Azam fokus komik. Ada sahaja perkara-perkara lain yang mengganggu fokus aku terhadap komik. Terutamanya soal drama isu hati dan perasaan. Ada kawan yang kata aku telah reject dirinya, walhal aku sudah terangkan sejak awal perkenalan bahawa aku tidak fikir langsung ke arah hubungan yang lebih serius. Jadi mengapa baru sekarang berkata aku reject? Mengapa tidak katakan sejak awal-awal perkenalan? Setelah kita berkawan baik, saling ambil berat, aku gembira atas segala kejayaannya, begitu sahaja sebuah persahabatan terputus. Maka yang patah hati adalah aku juga. Setelah patah hati, susah hendak fokus komik. Andaikata aku tidak reject dirinya sekalipun, kemudian aku melangkah ke sebuah perhubungan serius, itu juga bakal mengganggu fokus aku terhadap komik. Lihat!!! Mana-mana jalan yang diambil juga bakal ganggu azam ku ini.

Dalam pada rasa sudah terlepas genggam azam ketika masih lagi tahun baru, aku lekas-lekas mengingati semula nasihat dari Aman Wan.

"Jangan lima tahun lagi, Amna kenang semula, Amna menyesal dan berfikir, sepatutnya dulu aku boleh buat lebih baik." 

Kenangkan sahaja nasihat ini, aku bingkas bangun. Ayuh Amna. Betul tu. Tak mahu menyesal kemudian hari.

Begitulah kisah permulaan 2017 ku. Bagaimana dengan anda semua? Adakah 2017 baik dengan anda?


***bukan aku hendak menolak semua perhubungan yang ke tahap lebih serius. Jika perhubungan itu tidak akan mengganggu hidup aku dan fokus aku, ya, aku akan terima. Namun atas syarat yang banyak. Jangan tanya syarat apa kecuali anda adalah orang yang serius ke arah perhubungan lebih serius itu.