Wednesday, June 29, 2011

Tetamu yang tak diundang

Sepanjang menjalani praktikal, aku menyewa di sebuah rumah yang tak berapa nak besar. Di situ lah aku makan, tidur, bermalam selepas pulang dari praktikal. Aku menyewa bersama beberapa kawan-kawan lain.

Pada suatu hari, datanglah tetamu yang tak diundang. Dia adalah ibu tunggal kepada lima anak. Anak-anaknya kecil-kecil belaka. Aku dan kawan-kawan ku tidak sampai hati untuk menghalau ibu tunggal itu. Maka, menetaplah ibu dan anak-anak itu di rumah kami.

Sesungguhnya, ibu itu hanya meminta tempat berteduh. Apa salahnya kami benarkan. Tak menyusahkan kami pun. Anak-anak kecil ibu itu memang comellah! Sejuk hati melihat mereka. Kini, setiap kali pulang dari praktikal, kepulanganku disambut oleh anak-anak ibu yang comel~

Di sini, aku sertakan gambar-gambar anak-anak ibu itu. Comelkan?








Monday, June 27, 2011

Jangan Nakal ye?

Malam itu, aku menikmati makan malam di sebuah warung berdekatan bersama rakan-rakan serumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami menikmati makan malam di sini semenjak menjalani latihan praktikal.

Sedang kami menjamu selera, terdapat dua orang kanak-kanak perempuan bermain-main berdekatan dengan meja kami. Mungkin mereka ialah anak-anak peniaga di sini kerana dapat berkeliaran waktu malam begini. Kemudian, mereka berhenti di tepi jalan, dan bermain dengan pasir di situ.

Aku dan kawan-kawan aku mulalah mengata: "Ish.. kotorlaa..?" "Kalau ni adik aku, dah lama aku marah!" Sudah tentulah kitorang mengata perlahan-lahan sahaja. Mengata-mengata ni tak baik taw! Sebaik sahaja aku mengata diorang, tiba-tiba kenangan lama singgah di fikiran ku.

Bertahun-tahun yang lalu, mungkin ketika aku sama umur dengan kanak-kanak ini, aku juga pernah buat benda yang sama. Dulu, di halaman rumah Tok aku, terdapat banyak batu memenuhi tanah di kawasan tersebut. Aku dan sepupu-sepupu aku bermain-main dengan batu-batu di tanah samalah seperti yang aku lihat pada kanak-kanak ini. Umi aku melarang kami. Kotor, katanya.. Namun, aku tetap bermain. Puas Umi aku melarang berkali-kali, tapi aku degil juga. Seingat aku, sepupu-sepupu aku berhenti setelah dilarang berkali-kali. Aku saja yang masih berdegil.

Melihat kanak-kanak dua orang ni, aku hanya menggelengkan kepala. Menyesal mengata diorang. Aku dulu pun macam tu. Terus insaf. Kenapa lah aku tak dengar cakap Umi dulu? Pengajarannya di sini, cermin diri dulu sebelum mengata. Eh tak, lagi sesuai kalau: Dengarlah cakap ibu! Sekian...



Di Studio Abah

Sudah lama aku tidak menyentuh oil paint. Semenjak semester 4 berakhir, aku belum pernah bermain dengan oil paint. Bayangkanlah kegembiraan aku apabila dipelawa membantu painting Abah aku. Suka!!!! Suka!!! Suka!!!

Aku duduk di studio Abah, sambil lagu-lagu Fiq Mentor berkumandang menemani aku. Aku suka Fiq. Opss.. tertukar topik pula. Sebenarnya, aku nak cakap, aku suka studio. Aku sedang berangan untuk memiliki studio sendiri. Entahkan dapat ke tidak..

Abah minta tolong aku bantu paintingnya. Aku dengan beraninya, sapu segala warna yang aku mahu ke atas permukaan kanvas tersebut. Sebab apa aku berani sangat? Sebab kalau hodoh pun tak apa.. Nanti Abah akan baiki lagi. Hehe.. Yang penting, aku suka Oil Paint. Tu je..

Bercakap pasal kanvas, Ini kali pertama aku melukis di atas saiz besar begini. Tingginya 6 kaki. Sebelum ini, paling besar aku pernah guna pun, 5 kaki sahaja. Iaitu, ketinggian yang sama dengan ketinggian aku. (Nampak sangat lah aku rendah kan..) Hehe..

Satu hari bermain Oil Paint di studio. Puas hati!! Namun, karya tersebut masih belum siap. Tak apa, Abah akan siapkannya. Hehe.. Tak sabar nak tunggu pratikal habis. Dapatlah aku bermain dengan Oil Paint sepuas-puasnya!!!


painting Abah sebelum diganggu aku.
Belum siap.



ini selepas dikerjakan aku. Nampak kartun kan?
Tapi ini pun belum siap..

Thursday, June 23, 2011

Fine Art dan Aku

Aku sedang menanti praktikal aku tamat. Semester 4 aku sudah lama berakhir. Jadi, jika ditambah masa diploma 3 semester dulu, keseluruhannya, aku telah berada dalam dunia Fine Art selama 3 tahun.

Ye, 3 tahun. Aku bakal berumur 21 tahun beberapa bulan lagi. Aku rasa, 21 tu masih muda. Aku masih boleh belajar lagi kalau aku nak. Aku rasa nak belajar sesuatu LUAR dari Fine Art. Boleh tak? Nak kena bermula dari Diploma semula ke?

Fine Art, sepanjang pemerhatian aku selama 3 tahun ni, ia sesuatu yang hebat, cool, dan unik. Aku suka berada dalam Fine Art. Tapi persoalannya, adakah aku sesuai dengan Fine Art? Painting aku yang teruk lagi hodoh tu buat aku fikir berjuta-juta kali. Mungkin aku ni tak sesuai untuk Fine Art...

Aku suka melukis sejak kecil lagi. Tapi, melukis tak bermakna perlu berada dalam Fine Art. Banyak lagi kos lain yang perlu melukis juga. Mungkin ke ada tempat lain yang lebih sesuai untuk aku selain Fine Art? Aku takkan tahu selagi tak cuba kan?

Abah aku tanya, "Nanti nak jadi apa?" Lepas tu, selamba je aku jawab: "Nak jadi isteri orang kaya, nak duduk melukis kat rumah je." Abah aku gelak. Dia tanya lagi, "Habis kalau painting tak terjual pun tak apa laa?" Perlu ke menjual painting? Aku sekadar nak melukis. Inilah masalah aku sekarang. Aku tahu aku suka melukis. Tapi lukisan aku tak diterima masyarakat. Baik aku lukis untuk diri sendiri je.

Jangan salah faham. Menjadi isteri orang kaya dan duduk melukis di rumah tu, bukan cita-cita aku. Aku dah lama tiada cita-cita. Pernah memiliki satu cita-cita dahulu, tetapi cita-cita itu terpaksa dilupakan atas sebab ianya luar dari Fine Art.

Aku boleh capai cita-cita tersebut sekiranya aku ada keberanian untuk keluar dari Fine Art, ambil risiko untuk belajar sesuatu yang lain. Umur pun masih muda. Tapi agaknya, kenapa aku tiada keberanian tersebut?

Sebab aku dah sayang Fine Art.

Sunday, June 19, 2011

The best ABAH in the world..

Hari ni, semua orang sibuk tulis pasal bapa di blog masing-masing. Maklumlah.. Hari Bapa. Aku nak tulis pasal apa ya?

Aku nak bercerita asal-usul URL blog aku. Seperti yang korang lihat di atas, URL blog ni, amnashark.blogspot.com. Tapi, dari mana datangnya 'amnashark' tu? Hari ini, aku akan bongkarkan rahsianya. (Macam lah rahsia sangat..) Sebenarnya, sebab Abah laa... Hehe.. Abah aku panggil aku 'Amna Syak'.. Singkatan kepada 'Amna Syakira'. Maka, aku jadikanlah 'amnashark'.. Ok, Tamat...

Kesimpulannya, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal URL blog pun. Aku nak cerita pasal Abah. Tapi cukuplah cerita banyak tu je. Kalau cerita banyak-banyak lagi, hilanglah 'misteri' aku. Haha..

Selamat hari bapa...

Friday, June 17, 2011

Pagi Jumaat


Hari ini, semua orang bising mengenai result. Kiri kanan, semua tanya: "Bagaimana result kau?". Aku? Aku dah tengok result aku. Sejujurnya, result aku meningkat dari semester lepas. Tapi aku amat kecewa. Serius, aku kecewa.

Subjek major aku, painting, dapat markah yang sangat teruk!!! Sangat teruk. Bukannya aku tidak bersyukur, tapi, aku mengharapkan lebih dari diri aku. Hati aku sekarang, amat pedih! Pedih, pedih, sakit sangat sehingga aku tak boleh gambarkan bagaimana perasaan sakit itu. Aku tak nak dengar siapa-siapa sebut: "Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya," Sebab aku tak gagal! Aku cuma belum dapat mencapai apa yang aku nak. Faham? Aku tak gagal!

Bagi sesiapa yang ikut perkembangan blog aku, sudah tentu korang tahu.. Akulah budak perempuan yang tak layak masuk painting dulu tu, tapi meraya-rayu bagaikan terlalu terdesak untuk masuk kelas painting. Dan kini, walaupun sudah berada dalam kelas painting, aku jadi begitu teruk. Aku kata begini bukan untuk menyesal. Aku tahu, andai aku berada dalam sculpture, ceramic atau printmaking, ada kemungkinan aku jadi jauh lebih teruk! Aku tahu painting lah yang terbaik untuk aku, tapi malangnya, aku bukan yang terbaik untuk paintung. Ramainya mereka yang hebat dalam kelas painting.

Aku sedar, aku ni terlalu tak sempurna. Bakat kurang, ilmu kurang, kemahiran kurang, aku sentiasa cuba mengejar korang semua yang terlalu hebat. Malangnya, korang dah terlalu jauh ke depan. Tak mampu aku nak kejar. Ada kalanya, aku tertanya-tanya.. adakah terlalu susah bagi seorang perempuan cuba untuk berjaya dalam Fine Art? Sepatutnya, tak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan kan? Tapi kenapa lebih ramai lelaki yang hebat dalam Fine Art berbanding perempuan?

Orang lebih memandang hasil dari usaha kan? Siapa nak lihat sama ada kita berusaha atau tidak. Orang hanya mahu melihat hasil kita baik atau tak. Oleh itu, aku malas lah nak bising-bising beritahu satu dunia bahawa aku ni berusaha. Cukuplah dengan hasil, orang menilai siapa aku. Sejujurnya, aku sendiri sedar bahawa hasil aku teruk. Jadi aku cuma boleh diam seandainya korang nak kata aku tak ada bakat. Bukan dah mengaku kalah, tapi itulah fakta buat masa sekarang.

Jangan salah faham. Aku tidak berputus asa! Aku tidak gagal! Aku tak nak dengar sebarang nasihat seperti: "Berusaha lah lagi," Pernah dengar kucing yang berusaha untuk berenang? Ikan yang berusaha untuk berjalan? Patut ke kata pada mereka: "Berusahalah lagi,"? Patut tak? Tak kan.. jadi, sila senyap. Maaf, merepek sekejap. Haha..

Secara keseluruhannya, aku tidak kecewa dengan result aku. Aku kecewa dengan painting aku. Perasaan kecewa sangat sakit ye.. sakit!






*Terlalu kagum padanya. Pernah satu ketika work dia pecah, dia tenang je. Ketika result dia jatuh pun, dia tenang je. Dia memang hebat! Terlalu hebat! Bagaimana nak jadi seperti dia?





Wednesday, June 15, 2011

Praktikal, lagi 4 minggu.


Lagi 4 minggu nak habis. Yay!!! (Gambar tak ada kaitan)




Monday, June 13, 2011

Melukis potret semasa praktikal

Inilah kisah praktikal aku, hari ke... hari ke... err.. tak ingat dah hari ke berapa. Aku ni asyik bilang hari je. Tak sabar sungguh mahu menamatkan praktikal. Bukan kerana bosan dengan praktikal, tapi aku ada banyak rancangan lain cuti nanti.

Itu kisah cuti nanti. Sekarang ni. sekadar nak bercerita kisah praktikal ku. Aku mengikuti muzium ke Morib untuk Program Jalinan Adat, dan aku melukis potret di sana. Tu je.. Malas nak cerita banyak-banyak.
Aku melukis potret




Bersama rakan-rakan praktikal.

Wednesday, June 8, 2011

Jejaka Melayu

Hari ke 17 praktikal... Sepanjang praktikal ni, aku banyak baca kisah puteri-puteri Melayu. Hari ni, membaca kisah jejaka pula. Tidak la menarik seperti kisah Puteri Melayu, tapi ciri-ciri jejaka ini digambarkan begitu indah, gagah.. Jadi, aku lukis la mereka..

Jadi, ini adalah antara jejaka-jejaka segak tersebut.. (Tapi dilukis secara cincai je oleh aku)


Langkahnya menghentam bumi,
Lenggangnya mengipas semak...






Semut dipijak tidak mati,
Gajah diharung bergelimpangan,
Itulah sifat hulubalang sejati...




Jejaka kuda kepang...



Akhir sekali, jejaka pilihanku, yang paling segak antara yang tersegak...







ialah...





























Ilyas!!!
Huhu.. comel lah Ilyas~
Geram tengok dia...


Friday, June 3, 2011

Hari ke-14 praktikal

Pegh.. sedar tak sedar, sudah 14 hari aku menjalani latihan praktikal. Kehidupan aku di sini santai je.. Sampai hari ini tak buat apa apa lagi. Cuma Isnin lepas, adalah sekadar gotong royong bersihkan muzium.

Hehe.. tapi kan, aku ada satu berita gembira!!! (Berita gembira untuk diri sendiri.) Dalam bulan Julai nanti, aku boleh sertai muzium pergi aktiviti cari gali artifak. Hehe.. Best tak? Best tak? Pengalaman ni..

Seterusnya, biarkan gambar berbicara...