Aku sedang menanti praktikal aku tamat. Semester 4 aku sudah lama berakhir. Jadi, jika ditambah masa diploma 3 semester dulu, keseluruhannya, aku telah berada dalam dunia Fine Art selama 3 tahun.
Ye, 3 tahun. Aku bakal berumur 21 tahun beberapa bulan lagi. Aku rasa, 21 tu masih muda. Aku masih boleh belajar lagi kalau aku nak. Aku rasa nak belajar sesuatu LUAR dari Fine Art. Boleh tak? Nak kena bermula dari Diploma semula ke?
Fine Art, sepanjang pemerhatian aku selama 3 tahun ni, ia sesuatu yang hebat, cool, dan unik. Aku suka berada dalam Fine Art. Tapi persoalannya, adakah aku sesuai dengan Fine Art? Painting aku yang teruk lagi hodoh tu buat aku fikir berjuta-juta kali. Mungkin aku ni tak sesuai untuk Fine Art...
Aku suka melukis sejak kecil lagi. Tapi, melukis tak bermakna perlu berada dalam Fine Art. Banyak lagi kos lain yang perlu melukis juga. Mungkin ke ada tempat lain yang lebih sesuai untuk aku selain Fine Art? Aku takkan tahu selagi tak cuba kan?
Abah aku tanya, "Nanti nak jadi apa?" Lepas tu, selamba je aku jawab: "Nak jadi isteri orang kaya, nak duduk melukis kat rumah je." Abah aku gelak. Dia tanya lagi, "Habis kalau painting tak terjual pun tak apa laa?" Perlu ke menjual painting? Aku sekadar nak melukis. Inilah masalah aku sekarang. Aku tahu aku suka melukis. Tapi lukisan aku tak diterima masyarakat. Baik aku lukis untuk diri sendiri je.
Jangan salah faham. Menjadi isteri orang kaya dan duduk melukis di rumah tu, bukan cita-cita aku. Aku dah lama tiada cita-cita. Pernah memiliki satu cita-cita dahulu, tetapi cita-cita itu terpaksa dilupakan atas sebab ianya luar dari Fine Art.
Aku boleh capai cita-cita tersebut sekiranya aku ada keberanian untuk keluar dari Fine Art, ambil risiko untuk belajar sesuatu yang lain. Umur pun masih muda. Tapi agaknya, kenapa aku tiada keberanian tersebut?
Sebab aku dah sayang Fine Art.
No comments:
Post a Comment