Thursday, March 31, 2011

Contest I love my Friend

Nak masuk contest lagi! Nak masuk contest lagi!!! Ok, ni contest I love my friend. Indah tajuknya kan??? Sebab aku memang sayang kawan-kawan aku.



Dan, ini gambar yang aku letak! Aku bersama kawan-kawan sekolah menengah aku dulu...

Dari kiri, aku, Shida, Farah, Izzatie, dan Arnitha.

Gambar ni diambil semasa berjumpa kembali setelah masing-masing dah bawa haluan sendiri
selepas sekolah dah tamat.

Ok, tu je. Lalala...

Konvensyen Gila

Teater Konvensyen Gila sudah dipentaskan. Lega... Reaksi penonton pun agak baik. Alhamdulillah... Cuma kecewa sikit sebab Abah tak dapat datang tengok. Huhu.. Kawan-kawan pun beri komen yang positif. Terima kasih pada semua yang sudi hadir. Tapi rasa kosong pulak bila dah habis teater tadi. Sebab aku sangat suka teater!

Dalam semua watak yang pernah aku bawa, ini lah watak yang paling mencabar. Watak orang gila!

Inilah aku. Watak setiausaha. Cantik tak??? Hehe..


Barisan Pelakon. Dari kiri: Bendahari, Tuan Presiden, setiausaha, AJK 2, AJK 1, Pegawai Perubatan. (semua gila! kecuali si pegawai perubatan)


Selepas semuanya selesai.


Yang sebelah kiri ni, AJK 1. Suka la lakonan dia...

Bersama Sir Kamal (tengah). Aku suka kerja bawah arahan dia.
Sir Kamal terbaik~

Balik je bilik, terus tidur. Lalala... penat.

*padan muka Aiman. Dah la baju Melayu dia yang aku ambil,
lepas tu kena buli pegang kamera sepanjang lakonan aku. Hehe... Sori~

Wednesday, March 30, 2011

Contest Beautiful Eyes by Tennielicious


First time join contest dalam blog. Saja cuba-cuba. Sebab contest ni nampak cam best jer.. Huhu.. Cuba je la kan~

Jadi, ni lah matanya. Mata yang orang selalu kata menakutkan. (sebab besar sangat)

Tag lima rakan: Ilham, Tonah, Miza, Along, Ira

Monday, March 28, 2011

Tarikh itu semakin hampir...


Tarikh tersebut semakin hampir... Banner sudah dinaikkan di sini dan di sana... Jelas tertera angka 31. Itu bermakna tinggal dua hari saja lagi. Jantung aku laju. Laju sangat. Walaupun ini bukan kali pertama bagi aku, namun, kali ini lain dari sebelum-sebelum ni... Semoga segala-galanya berjalan lancar...

Kisah adik aku

Dah lama tak balik rumah. Oleh itu, dua hari lepas, aku pulang ke rumah tanpa perancangan awal dahulu. Kisahnya, apabila aku sampai di rumah, adik aku yang paling kecil ni, sangat teruja. Bila dia teruja, dia tak tahu duduk diam dan mulut dia pun tak henti-henti bercakap!!! Letih telinga aku ni...
Aku pun marah dia. Sebab aku sedang makan. Aku perlu keamanan.

Bila dimarah, dia mesti sebut: "Semua orang tak suka Najaa.." Ayat simpati lah tu... Aku yang mempunyai hati dan perasaan ni pun berasa kasihan padanya. Tak patut dia dimarah sebab banyak bercakap je kan... Jadi...

Aku pun memaksa diri dengar dia bersembang sambil senyum kan muka ini... Aku dah buat baik ni.... Tapi....
Dia berlalu pergi sambil berkata aku pura-pura je...
~TAMAT~

Begitulah kisah adik aku yang sorang ni.... Kalau rasa-rasa nak tengok blog budak 10tahun, cuba lah jenguk sini: Najaa's World


Happy Birthday Hilmi...

Happy Birthday Hilmi!!!!
Eh... dah 21??

Macam tak percaya kawan aku yang sorang ni dah berumur 21. Sebab, aku berkawan dengan dia masa umur 12!! Sekarang dah 21? Cepatnya masa berlalu..

Hilmi... kawan aku semasa zaman kanak-kanak dulu. Memori zaman kanak-kanak aku, semuanya berkaitan dengan dia. Haha.. Kalau nak diikutkan, sebenarnya, perkataan 'musuh' macam lagi sesuai je... Hehe..

Dulu.. entah berapa tahun dulu.. aku ke surau mengaji Al-Quran. Bersamaku, ada ramai lagi kanak-kanak lain yang turut belajar mengaji dengan ustaz dan ustazah di situ. Dah nama pun kanak kanak, pergi surau bukan untuk mengaji je. Untuk main!!! Dan Hilmi adalah antara yang bersama aku belajar mengaji di surau itu.

Seingat aku, pada tahun 2002, (kami berumur 12 tahun) aku dan Hilmi memang selalu bergaduh. Hilmi mengetuai budak-budak lelaki, dan aku mengetuai budak-budak perempuan. Aku ingat lagi kami selalu bergaduh pasal buku lukisan aku. Hilmi selalu je nak rebut buku lukisan aku. Dan aku pula, entah kenapa buku tu rahsia sangat, lelaki tak boleh tengok. Kawan-kawan perempuan aku semua boleh je tengok buku tu.

Peperangan berebut buku tu berlaku setiap hari. Aku ingat lagi, rehal Quran aku dah 3 kali patah sebab peperangan ni. Haha.. Lepas tu, bila buku tu dah dapat ke tangan budak lelaki, budak perempuan akan menghadapi kesukaran untuk rampas balik. (Takut batal air sembahyang. Nak mengaji kena ada air sembahyang!) Haha... Budak-budak~

Tibalah satu musim tu, budak-budak sibuk kumpul sticker Digimon. Haha.. korang ingat tak?? Aku dan Hilmi pun antara yang sibuk dengan aktiviti tu. Di sini, wujud kerjasama pula. Kami saling bertukar sticker untuk melengkapkan masing-masing punya.

Ketinggian selalu menjadi sebab pergaduhan aku dan Hilmi. Kami masing-masing lawan siapa paling tinggi. (Sebenarnya, dua-dua rendah) Hilmi selalu kata dia lebih tinggi. Sebenarnya dia nampak tinggi sebab songkok je. Haha... Satu hari, Hilmi berkata: "Tinggi aku 130. Ko berapa?" Aku diam je.. Sebab tinggi aku masa tu 129!!!! Cis, kalah 1cm!!!

Aku teringat ada sekali tu, kami adakan pertandingan melukis. Aku mewakili budak perempuan, dan Hilmi mewakili budak lelaki. Aku melukis satu watak kartun Digimon. Hilmi tak puas hati sebab dia kata itu ciplak! Haha... akhirnya, tiada siapa menang.

Pada tahun 2003, kami menjadi pelajar tingkatan 1. Ketika itu, Hilmi telah khatam Quran. Jadi dia tidak lagi berada di surau tu bersama kami yang lain. Waktu tu lah baru aku sedar. Orang yang selalu bergaduh dengan kita, adalah orang yang akan kita ingat sentiasa. Keadaan surau rasa lain bila Hilmi tak ada. Aku nak gaduh dengan siapa??? Huhu..

Satu hari, Hilmi kembali semula ke surau itu. Dia datang bersama ibunya. Dia membawa pulut kuning dan bunga telur. (Adat bila dah khatam Quran). Jadi, aku dapatlah setangkai bunga telur warna biru. Untuk satu ketika, aku simpan bunga telur biru itu. Haha... Hilmi, ko jangan nak perasan aku rindu kau taw!

2004, aku telah pindah rumah. Macam tu je aku pergi tanpa sempat ucap selamat tinggal pada Hilmi. Entah macam mana, lepas tu aku dapat nombor telefon Hilmi. Jadi, kami terus berhubung sehingga kini.

Pada tahun 2009, kami masih berhubung dengan sms. Tergerak pula hati untuk berjumpa. Apatah lagi kami ketika itu sama-sama berada di Melaka. Jadi pada suatu hari dalam tahun 2009, aku dan Hilmi berjumpa di KFC Alor Gajah. Apa? Ingat senang ke nak jumpa macam tu?? Cuak aku masa tu. Mula-mula fikir apa salahnya berjumpa sebab kami dah kenal sejak kecil. Tapi kemudian aku fikir; "Gila!!! Kali terakhir jumpa masa kanak-kanak!!! Takut la nak jumpa sekarang!!! Mesti dia dah lain! Aku sendiri pun dah jauh berbeza dari dulu!" Tapi lega~ Pertemuan kali tu ok je. Dan Hilmi tak banyak berubah. Yang bezanya cuma kami tak bergaduh macam dulu dah. Tapi kalau pasal ketinggian, aku mengalahlah! Dia menang!

Apa pun, Hilmi yang ada dalam fikiran aku, sentiasa Hilmi yang berumur 12 tahun tu. Pakai songkok, berbaju melayu warna merah dan membawa Quran merah. Kami masih berhubung sehingga sekarang. Mestilah kan... kawan lama...

Jadi, kepada Hilmi yang berumur 21 tahun ni, "Selamat Hari Jadi, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Paling penting, ko jangan lupa aku! ok?!!!" Lagi satu, nanti aku nak tuntut balik ganti rugi untuk rehal yang patah dulu. Haha.... Nak hadiah? Hadiah tak ada.. Ada post ni je. Khas untuk birthday ko.

*Oh ya... Tira sampaikan kepada Amna, ucapan 'Selamat Hari Jadi untuk Hilmi...

Saturday, March 26, 2011

Best Friends Forever

Apa itu kawan baik? Biasanya orang kata, kawan baik tu adalah seperti ini:
~Sentiasa bersama waktu senang dan susah.

Kawan baik aku macam mana? Dah lama tak berjumpa dia.. Kami kawan baik jarak jauh. Masih berhubung sehingga kini. Tapi sudah tentu lah tidak 'sentiasa bersama waktu senang dan susah' seperti ayat di atas ni. Sebab kami jauh~ Jadi, aku rasa, ayat tu tak tepat untuk menggambarkan kawan baik. Kan?

Macam mana kami boleh menjadi kawan baik? Aku cuma boleh jawab: "Sebab kami memang ditakdirkan menjadi kawan baik". Kami berjumpa semasa kanak-kanak. Kami belajar mengaji Al-Quran di surau yang sama. Kalau bukan sebab pergi mengaji tu, kami tak mungkin kenal.

Kawan baik aku ni, namanya Athirah. Dia muda setahun dari aku. Dia kelakar. Dia comel. (Habislah dia kembang kalau baca ni) Kami berpisah semasa aku tingkatan satu, sebab aku pindah rumah. Tapi kami terus berhubung menggunakan SURAT. Sweet tak? sweet tak? Hehe... Sehinggalah zaman myspace tiba, tiada lagi surat menggunakan setem. Semuanya surat dalam myspace. (tak sweet da kan?)

Masa kanak-kanak dulu, kami selalu sebut untuk menjadi kawan baik sampai tua. Harap-harap begitu lah... Masa terus berlalu.. mungkin aku dah jumpa ramai lagi kawan lain. Tapi tak ada seorang pun yang boleh menggantikan Athirah. Hehe.. Rindu dia~

Tira

Friday, March 25, 2011

Kenali Penyu Kita

Terdapat tujuh spesis penyu di dunia ni. Empat daripadanya boleh didapati di Malaysia. (Masih boleh ke?) Jadi, mari berkenalan dengan empat penyu kita~

Penyu Agar/ Green Turtle

Penyu Belimbing/Leatherback Turtle

Penyu Karah/Hawksbill Turtle

Penyu Lipas/Olive Ridley Turtle

Monday, March 21, 2011

Aku dan Usop Sontorian


Korang masih ingat tak pada Usop Sontorian? Ye, Usop Sontorian ni kartun yang aku ikuti semasa kecil dulu. Boleh dikatakan, kartun kegemaran la jugak masa dulu-dulu. Masa terus berlalu... Pelbagai kartun baru terus muncul di kaca tv. Sehinggalah kini aku telah meninggalkan zaman kanak-kanak. Usop Sontorian juga semakin hilang dari memori aku.

Kini, ketika aku di kelas 'Cartoons and Caricature Studies', seorang kawanku memberi cadangan: "Kita buat pasal Usop Sontorian la untuk kerja berkumpulan kita."

"Usop Sontorian!" ketika itu juga, otak aku tiba-tiba terbuka kembali segala kisah zaman kanak-kanak yang telah lama tersimpan dalam 'setor' minda ini. Usop Sontorian, dia hadir dalam hidupku seketika saja, dan pergi meninggalkan aku begitu saja. Sesungguhnya memang tak banyak memoriku bersama Usop Sontorian. Yang aku menulis macam serius sangat ni kenapa? Suka hati aku lah... Aku memang serius.

Maka, bermula lah pencarian Usop Sontorian. Puas kami (Aku dan ahli-ahli kumpulanku) mengumpul maklumat, tapi bagai tiada satu pun maklumat kami yang berguna. Kami juga mencari mereka-mereka yang terlibat dengan pembikinan Usop Sontorian. Namun, susah betul nak hubungi mereka. Dengan mencari Usop Sontorian, aku secara tak sengaja terjumpa juga Keluang Man dan Silat Lagenda. Silat Lagenda adalah kartun kegemaran aku dulu. Nostagik sungguh.

Sehingga saat aku menaip ini, aku masih lagi mencari Usop Sontorian. Ada kalanya, aku rasa bagaikan ini balasan kepadaku, kerana melupakan Usop Sontorian yang boleh dikatogerikan sebagai kawan semasa kecil. Kini, aku mencari semula 'kawan' yang telah aku lupakan...

yang benar:
Amna
Sahabat lama Usop Sontorian

Tuesday, March 15, 2011

Lakaran dari mimpi 2



Aku selalu tergerak untuk melukis sesuatu yang aku nampak dari mimpi. Aku pun tak tahu kenapa. Pelukis memang begini ke?

Ini sebuah mimpi yang aneh. Aku berjalan melalui lorong yang gelap bersama adikku, Tonah. Kami hanya berbekalkan kuntum-kuntum bunga yang bercahaya. Tapi, seketika kemudian, kami kehabisan bunga tersebut.

Di depan kami, ada seorang budak perempuan yang duduk dalam gelap. Aku tak tahu dari mana yang aku tahu bahawa budak tersebut bukan manusia. Budak tu comel. Kulit dia gelap, mata dia bulat. Dia tak buat apa-apa selain merenung sekuntum bunga bercahaya yang berada di tangannya.

Aku bercakap dengan dengan budak tersebut. Aku meminta bunga di tangannya kerana tanpanya, kami tak boleh keluar dari situ. Tanpa sepatah kata, budak itu menghulur bunga itu kepadaku. Aku mengambilnya, jadi aku dan adik aku boleh keluar dari situ.

Setibanya di luar lorong gelap itu, aku terfikir untuk memulangkan semula bunga tersebut. Aku fikir, mungkin bunga ini penting untuk budak itu sebab dia tak buat apa-apa selain merenung bunga itu. Oleh itu, aku masuk semula ke tempat gelap itu sendirian dan memulangkan bunga itu.

Tanpa memandang aku, budak itu ambil dan terus merenung bunga itu...

*mungkin aku dalam kegelapan sekarang ni. Sedang menanti seseorang beri cahaya. Hahaha...

Jumpa Family Sekejap

Yea.. dapat jumpa family walaupun sekejap. Cuma, kakak aku je tak bersama kami. Tak apa lah, post gambar di sini, bolehlah dia tengok. Huhu...






Cerita Painting Aku

Seburuk-buruk painting aku
Ada yang sudi membantu


Secantik-cantik painting dia
dia tak lupa beri nasihat padaku.
"Amna, buat painting..."


*painting aku terpaksa dikaburkan kerana kehodohannya. Suka hati aku la.. blog aku~

Sunday, March 13, 2011

'The Wanderer' versi Amna

Ini 'The Wanderer' karya George Grosz. Dia menceritakan kegagalan dia dalam dunia seni.

Manusia dalam karya ni menunjukkan dirinya.

Aku berminat dengan karya ini. Aku suka warna dia, aku suka mood dia, aku suka brush stroke dia.. Cuma, karya ni agak bersifat negatif. Menceritakan kegagalan. Tak ke negatif tu?

Tak kisah lah, tu karya dia, bukan karya aku... Tapi kan, tiba tiba aku sedar sesuatu. Painting yang aku sedang hasilkan sekarang ni, bagai menghampiri karya ni.

Konon konon nya aku nak hasilkan sesuatu yang bersifat positif. Tapi lain pula jadinya. Karya aku kini jelas menunjukkan kegagalanku dalam dunia Fine Art... Agaknya, ia 'The Wanderer' versi aku...


*Belum tiba masanya untuk aku tunjuk karya ku yang gagal itu di sini...

Friday, March 11, 2011

Selamatkan Penyu Kita!

Yangtze Giant soft-shell turtle

Yangtze Giant soft-shell turtle adalah spesis penyu dari Vietnam dan China. Apa yang menyedihkan ialah, terdapat empat ekor sahaja spesis penyu ini yang tinggal di dunia ni. Tiga daripadanya jantan dan seekor betina. Para saintins bersusah payah untuk membiakkannya. Sedihkan?? Tapi ini kisah pada 2009. Aku tak tahu pula apa khabar penyu itu sekarang. Kasihan.. penyu betina inilah satu satunya harapan untuk meneruskan spesisnya..

Bagaimana pula dengan penyu Malaysia? Penyu kita!! Penyu kita ada empat spesis kesemuanya. Penyu Belimbing, penyu Agar, penyu Karah, dan penyu Lipas. Setahu aku, penyu Lipas berada dalam keadaan paling kritikal di antara penyu penyu ini. Sebabnya, sepanjang tahun 2003 hingga 2007, tiada pendaratan penyu Lipas dilaporkan. Maksudnya, tak ada penyu Lipas yang bertelur lah sepanjang tempoh tersebut. Penyu Belimbing pun berada dalam tahap kritikal juga. Jumlah pendaratan penyu ini semakin berkurang dari tahun ke tahun.

Jadikan kisah penyu Yangtze Giant soft-shell sebagai pengajaran. Takkan nak tunggu tinggal empat ekor baru nak risau? Kita semua kena ubah keadaan ni. Ya, KITA SEMUA. Pembangunan, pencemaran laut, penjualan telur penyu, semua tu punca kepupusan penyu. Penyu adalah spesis yang selamat daripada di makan dinosaur satu ketika dulu. Tapi, mereka tak selamat apabila berdepan dengan manusia??!!


Kejam tak manusia???

Rujukan:



Lagi, Gambar bersama Gayour

Syukur, ada kawan yang mengambil gambar ketika kartunis Gayour mengkritik artwork aku... Yay, ada gambar bersama Gayour~ Di sini, ada beberapa lagi gambar kenangan 9 Mac 2011.




Hehe.. Nampak sangat aku malu masa ni.
Yela... Pertama kali tunjuk kartun aku depan orang ramai..



Thursday, March 10, 2011

Gadis Misteri

Kenapa aku guna nama 'Gadis Misteri' untuk blog aku? Aku tak tahulah sebabnya. Tiba tiba perkataan tu terlintas di fikiran. Lagipun, aku memang selalu perasan yang diri aku ni misteri. Padahal, biasa je. Haha.. Tapi, aku memang banyak berahsia. Mungkin itu sebabnya sesuai perkataan misteri tu kot.

Rupa-rupanya, terdapat lagu yang bertajuk 'gadis misteri'. Aku terjumpa dua lagu bertajuk begini. 'Gadis Misteri' nyanyian Amy Search memang best. Dengarlah~ (Best bagi aku je ke?) Lagi satu, 'Gadis Misteri' oleh Indigo. Dua lagu yang berlainan, cuma tajuk je sama.

Untuk perkataan 'gadis' pula, aku guna sebab indah bunyinya. Lepas tu, sehingga kini, aku jumpa beberapa blog yang menggunakan perkataan 'gadis'. Ni lah antara blog yang aku jumpa. Menarik blog para gadis ni:



Wednesday, March 9, 2011

Tunjuk ajar dari Gayour

Alhamdulillah, aku dapat bertemu kartunis Gayour. Terima kasih kepada lecturer kami, Prof Muliadi yang menjemput beliau ke kelas kami.

Aku menggunakan kesempatan ini dengan menunjukkan karya aku. Ingat aku berani sangat ke nak tunjuk karya aku yang serba tak sempurna tu? Menggigil tangan aku ketika menghulurkan karya ku kepada Gayour. Tapi, demi ilmu, aku memberanikan diri.

Rasanya, ini pertama kali orang luar melihat lukisan kartun aku. Sebelum ni adik beradik aku je.. Tu pasal la takut semacam tu. Tapi Alhamdulillah, aku belajar banyak hari ini. Dan aku dapat semangat baru untuk teruskan melukis kartun.

Memang tak dinafikan, kartun aku memiliki banyak sangat ketidaksempurnaan. Tapi, sekurang kurangnya, aku dah tahu di mana silap aku. Jadi, InsyaAllah aku akan tunjukkan kartun aku di sini, satu hari nanti. Buat masa ini, banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Gayour bagi~ Sukanya...


Sebahagian daripada kelas kami, bersama Gayour.

Lakaran dari mimpi

Ada apa dengan mimpi? Orang kata mainan tidur je.. Ada juga yang kata petunjuk masa depan. Tak kisah la mimpi tu apa. Aku tak tahu kenapa, kalau aku mendapat mimpi yang sukar untuk aku lupakan apabila tersedar dari tidur, aku akan tergerak untuk melukis mimpi tersebut. Jadi, ini adalah salah satu lukisan berdasarkan mimpi aku.

Setiap kali kawan-kawan aku membelek belek sketch book aku, kebanyakan daripada mereka akan tertarik dengan lukisan yang ini. Kemudian, mereka akan bertanya mengenainya.

Biarlah aku bercerita di sini. Ini satu mimpi yang agak aneh. Aku menyertai satu perlumbaan. Pada permulaan perlumbaan, aku kena memanjat pagar. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan seekor monyet. Monyet tu memiliki ekor yang seperti buah durian yang kecil. Tajam! Monyet tu garang dan suka mengetuk kaki orang dengan ekornya yang tajam tu. Aku takut. Tapi aku beranikan diri marah moyet tu. Nasib baik monyet tu takut dengan aku. Akhirnya, aku ternampak pintu gerbang yang menandakan garisan penamat untuk perlumbaan tersebut. Masalahnya, terdapat sebatang sungai yang menghalang aku untuk sampai ke sana. Tiba tiba, muncul kenderaan-kenderaan di atas air. Kenderaan-kenderaan itu beratur di depan aku, mencipta laluan untuk aku menyeberangi sungai itu. Muncul pula seorang perempuan cantik yang memakai dress merah hitam. Perempuan itu menjemput aku untuk lalu melalui laluan tersebut. Tamat.

Itulah maksud lukisan ni. Penceritaan semuala mimpi aku. Kawan kawan aku yang tanya pasal lukisan ni, semuanya gelak apabila aku ceritakan kisah ni. Apa reaksi korang yang baca ni? Ada beberapa lagi lukisan yang berdasarkan mimpi. Tapi, yang lain tak ada apa sangat.

Tuesday, March 8, 2011

Jendela Ruzaika



Inilah hasil kerja Time Based kumpulan kami. Tak dapat dinafikan, menghasilkan benda ni sememangnya satu bebanan yang mengganggu ketenteraman emosi. Ketika video ini dimainkan di hadapan kelas, satu perasaan debar debar yang luar biasa terasa. Kerana, inilah dia~ Inilah dia penamat bagi segala kesusahan yang telah kami lalui!

Zai, Aiman dan Ajin, koranglah ahli kumpulan yang terbaik! Adanya korang, beban di bahu terasa kurang beratnya. Yelah, berat sama dipikul kan~

Yay dah siap! Meskipun ada banyak lagi kumpulan lain yang menghasilkan video yang hebat, namun, aku tetap berpuas hati dengan hasil kami. Sebab, banyak juga ilmu dan pengalaman yang kami dapat sepanjang penghasilan ini.

Huhu.. senangnya rasa hati...



Jendela Ruzaika

...part 1

...part 2

...part 3

Rajin-rajin lah tengok ye... Lepas tu komen ... Terima kasih...

Sunday, March 6, 2011

Encik Perasan Hensem


Ini kisah seorang lecturer yang perasan hensem dan seorang pelajar perempuan yang tak suka lecturer ni. Kisah benar. Haha..

Di bawah sepohon pokok


Aku terjumpa lakaran ini di dalam buku nota semester dulu-dulu. Aku ingat lagi, aku hasilkan ini ketika kebosanan dalam kelas...

Gadis yang sedang melukis di bawah pokok itu ialah aku. Agaknya, aku sedang berangan untuk keluar daripada kelas ketika itu juga.

Falsafah Ukiran Melayu


Tumbuh berpunca
Punca penuh rahsia
Tajam tidak menikam lawan
Memaut tidak merebah kawan
Tetapi melingkar penuh mesra


Saturday, March 5, 2011

Falsafah Cinta


Kalau korang ditanya soalan: "Apakah falsafah cinta korang?" apa yang akan korang jawab?


Sewaktu modul minggu lepas. Soalan itu ditanya. Selepas itu, masing masing memberi jawapan. Jawapan yang diberikan banyak yang agak mengejutkan. Melalui pemerhatian aku, ramai perempuan memberi jawapan yang menyentuh perasaan. Terharu dengar jawapan daripada kebanyakan perempuan. Tapi, lelaki pula, tak fahamlah apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka segan ke dengan soalan macam ni? Ada juga yang buat lawak dengan memberi jawapan seperti: "Cintailah sungai kita" sebagai falsafah cintanya.

Sejujurnya, jawapan yang aku berikan sangat lah tak matang. Jawapan ku ringkas: "Cinta itu apa?" Tapi, aku bukan berniat nak buat lawak bodoh. Cuma, aku sendiri masih mencari jawapan itu. Apa yang dikatakan dengan cinta? Sayang ke? Minat ke? Kagum ke? Tak tahu laa... Ok. sila abaikan pasal falsafah aku. Hehe..

Sekarang ni, aku nak korang jawab: "Apakah falsafah cinta korang?" Boleh? Tak boleh mengelak. Sesiapa je yang dah terbaca post ni, kena jawab soalan ni. Haha.. Tak mau lari lari. Jawab ye kak, adik, abang, sesiapa je lah yang ada cinta di hatinya. Jawab ok??

Friday, March 4, 2011

Demi Time Based

Walaupun kami yang fine art ni semua sibuk, tapi terpaksa juga luangkan masa untuk buat kerja subjek Time Based Media kami... Awal pagi Khamis, aku bersiap awal pagi dan menunggu ahli kumpulan aku datang menjemput aku di kolej ku. Sementara menunggu, main main dengan kucing sekejap. Hehe..
Biar aku kenalkan, ini ahli kumpulan aku. Ajin, Aiman, Zai dan aku. Ada lagi sorang, tapi dia ada hal. Tak boleh datang...
Dari kiri, aku, Ajin dan Zai

Mula mula, kami menaiki kereta menuju ke UiTM Jalan Othman. Di sana, kami menemu ramah Dr Ruzaika Omar. Lepas tu kami shooting sikit. Terima kasih banyak banyak kepada Dr Ruzaika kerana sudi meluangkan masa.

Selepas itu, kami menuju ke Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Niat ke sini untuk membuat rakaman jendela rumah tradisional lah kononnya... Huhu.. tapi kene bayar masuk laa.. RM3 seorang. Assignment punya pasal, kami bayar je la kan. RM3 je pun.. Lepas tu kena sewa basikal la pulak. RM5 satu jam. Tak apa, demi Time Based. Huhu..

Berbasikal la kami berempat mencari rumah tradisional tu... Kayuh, kayuh, kayuh... Letih laa.. Serius. Tak tahu pula aku selemah ni. Tapi, pemandangan memang cantik laa. Berbaloi penat mengayuh pun.


Kayuh, kayuh, tapi rumah yang di cari tak jumpa pula. Alamak.. dah salah jalan laa... Patah balik. Adoi.. Dah patah balik tu, singgah beli air laa.
Muka penat mengayuh. Paksa senyum jugak.


Bergambar dengan Aiman.


Akhirnya, jumpa juga rumah tradisinal yang kami cari. Ok, boleh la mulakan kerja kerja shooting. Sambil sambil tu, kami bergambar. Hehe..


Inilah jendela tempat kami shooting. Mencabar betul bekerja dengan tingkap ni. Lepas tu suasana daun terbang, pokok pokok juga di ambil.

Ok, dah selesai. Mari mengayuh pulang~



Ini, konon konon nya adalah kemalangan. Kemalangan apa pun aku tak tahu. Aku join je bergambar.


Kami memang suka bergambar! Aiman tolong ambil gambar je lah. Hehe..

Selesai semuanya. Kami semua pulang kepenatan. Aku tidur mati
sebaik sahaja tiba di katil aku. Malamnya, kami semua berkumpul
semula untuk kerja meng edit.

Kerja Time Based kami belum selesai sepenuhnya nampaknya.
Tapi harap semuanya terus berjalan lancar. Apa apa pun, aku
gembira hari ni. Sekian~