Kalau korang ditanya soalan: "Apakah falsafah cinta korang?" apa yang akan korang jawab?
Sewaktu modul minggu lepas. Soalan itu ditanya. Selepas itu, masing masing memberi jawapan. Jawapan yang diberikan banyak yang agak mengejutkan. Melalui pemerhatian aku, ramai perempuan memberi jawapan yang menyentuh perasaan. Terharu dengar jawapan daripada kebanyakan perempuan. Tapi, lelaki pula, tak fahamlah apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka segan ke dengan soalan macam ni? Ada juga yang buat lawak dengan memberi jawapan seperti: "Cintailah sungai kita" sebagai falsafah cintanya.
Sejujurnya, jawapan yang aku berikan sangat lah tak matang. Jawapan ku ringkas: "Cinta itu apa?" Tapi, aku bukan berniat nak buat lawak bodoh. Cuma, aku sendiri masih mencari jawapan itu. Apa yang dikatakan dengan cinta? Sayang ke? Minat ke? Kagum ke? Tak tahu laa... Ok. sila abaikan pasal falsafah aku. Hehe..
Sekarang ni, aku nak korang jawab: "Apakah falsafah cinta korang?" Boleh? Tak boleh mengelak. Sesiapa je yang dah terbaca post ni, kena jawab soalan ni. Haha.. Tak mau lari lari. Jawab ye kak, adik, abang, sesiapa je lah yang ada cinta di hatinya. Jawab ok??
kalau aku,
ReplyDeleteaku x tanya ape itu cinta.
tp aku akn tanye; apa itu falsafah?
hahahaha~
siyuzly,
bercinta perlu ada falsafah ke?
ok, mungkin aku ada prinsip cinta aku sendiri,
& tanpa sedar,
aku juga punyai falsafah.
tp..
aku bukan la jenis org yg mampu mengungkapkan
prinsip aku, perasaan aku,
menjadi ayat yg layak digelar falsafah.
cinta-anugerah yg dikurniakan oleh yang Maha Esa. Setiap manusia ada perasaan cinta. Cinta ibu bapa dan kwn2 terhadap kte adalah cinta yg datangnya dr Allah jgk. Oleh itu, sblum kte cinta sape2 pun ats bumi ni, mesti lah cinta terhadap Allah tu yg paling atas dlm hati. & cintailah saudara2 kte demi Allah. "Tidak akn sempurna iman seseorang itu sehinggakan dia mencintai saudaranya lebih dari mencintai dirinya sendiri."
ReplyDeletehuhu..
ReplyDelete"cinta itu cahaya sanubari,kurniaan tuhan fitrah insani,.dan dimana terletaknya cinta disitu rindu bermula..cinta itu tidakpernah meminta tetapi memberi sepenuh rela..rasa bahgia buarpun sengsara berkorban segala-gala.."ni lirik lagu yang bila dinyanyai ketika hati gumbira ia menjadi satu medium keriangan,.tapi lagu ni jugak bila dinyanyi ketika sedih ia menjadi satu medium untuk air mata mengalir dengan lajunye..hehe
apa itu cinta untuk k'qhazi: cinta ialah..satu perasaan dimana hati berkata ya,dialah orangnya..! ketika mata tak mampu merenung dia,. ketika langkah menjadi sumbang jika dia memandang,.hati menjadi luluh ketika dia tersenyum,.perut menyanyi riang kekenyangan walau sehari tak makan,.tu la cinta,. cinta bukan kekaguman,cinta bukan kesukaan, cinta bukan atas hormat padanya,.cinta itu cinta, amna akan dapat definisi cinta bila amna sendiri berhadapan dengan cinta~
ya rabb...jangan lebihkan cintaku pada seseorang atau pada dunia ini melebihi cintaku pada mu,..
by: dr.love