Thursday, August 29, 2013

Aku naik kuda


Pernah dalam post sebelum ini, aku menyatakan keinginan mahu sentuh kuda. Akhirnya, aku dapat sentuh kuda. Bukan sekadar sentuh, naik kuda pun dapat. Syukur Alhamdulillah... Kisahnya, semasa aku pulang ke Kedah masa hari raya baru-baru ini, Pak Su ku membawa aku dan saudara-saudara ku lihat kuda.


 Lihat! Teruna suka aku!!!


 Muka teruja menunggu giliran nak naik kuda.


 Kuda ni Bella namanya.
Gembiranya aku naik kuda, sampai aku rasa seperti aku ni masih kanak-kanak.


Sambil-sambil layan perasaan naik kuda, tahu tak apa yang aku rasa? Aku rasa diri ini bagai seorang Putera dalam kisah dongeng. Kacaknya aku...



*Lambat sangat Sang Putera mencari aku. Kan aku sendiri sudah jadi Putera. Nasiblah...


Doodle untuk The Beautiful Story




Curi-curi masa, aku sempat menyiapkan doodle untuk  Nursyaida Nasuha atau blognya The Beautiful Story.
Harap Nasuha suka. Ini sempena ulang tahun kelahiran Nasuha ya? Selamat Hari Jadi, semoga gembira selalu dan dimurahkan rezeki....

Biar aku kenalkan, Nasuha ni sepupu aku yang paling rapat. Rapat sudah seperti adik-beradik sendiri. Silalah lawat ke blog dia.


*Tiba-tiba tersedar sesuatu. Ini kali pertama aku buat doodle untuk orang. Doodle aku ni cincai je. Sebab aku suka style cincai (cakap je lah malas). Jadi, cincai-cincai pun, harap dia suka lah. Hehe...

Wednesday, August 28, 2013

Misteri Guli

Aku ada seekor anak kucing. Guli namanya. Masih kecil, berwarna hitam. Jantan, tapi diberi rantai berwarna merah jambu oleh aku. Harap kau membesar jadi gagah perkasa walaupun rantai merah jambu ya Guli? Salah satu keunikan Guli ni, terletak pada ekornya. Bagai pembaris sesiku L bentuk ekornya. Genab 90 degree lah. Memang semula jadi bentuk begitu. Tolong jangan kata aku yang patahkan ekornya.



Apa yang misteri tentang Guli ni, setiap kali malam menjelma, dia hilang. Jika malam hari, memang tak nampak batang hidung dan batang ekor dia lah. Ke mana dia pergi setiap malam? Soalan itu sering mengganggu ruang fikiranku. Ini bukan lawak bodoh, sebab dia hitam, jadi tak nampak di malam hari, bukan!! Bukan begitu. Memang dia tiada di malam hari. Adikku Najaa, yang berusia 12 tahun itu berkata: "Dia pergi Disko kot.." Tapi aku selaku tuan Guli, aku yakin benar Guli ku tidak sejahat itu.


Selepas berfikir, berfikir dan berfikir, aku rasa ada satu kemungkinan saja mengapa Guli hilang pada waktu malam. Sebenarnya, Guli adalah super hero. Dia pergi melawan kejahatan dan menegakkan keadilan pada waktu malam.


Hebat bukan Guli aku? (Berangan  pulak aku ni)


Saturday, August 24, 2013

Perbezaan antara Abby dan Kiddie


Hari ni aku ingin bercerita mengenai kucing. Topik yang menarik bagi bagi pencinta kucing, dalam masa yang sama, ia topik yang bosan bagi pembenci kucing. Betul tak? 

Aku memiliki tiga ekor kucing buat masa ini. Salah seekornya adalah Abby. Kucing berusia 5 tahun, sudah beberapa kali beranak, tapi buat masa ini hanya ada seekor anak yang tinggal bersamanya.

Sementara itu, di tempat kerja aku, ada seekor Kucing bernama Kiddie. Kiddie bukan kucing aku. Dia kucing salah seorang rakan sekerja aku. Tapi nampaknya semua orang di pejabat ku bersikap baik terhadap Kiddie.

Bagi mereka yang tidak mengenali kucing, semua kucing adalah sama. Tapi bagi yang sudah biasa membela haiwan ini, kita akan nampak perbezaan perangai kucing kucing ini. Aku sudah membela banyak kucing sehingga kini. Macam -macam perangai aku dah nampak. Ada yang bising, ada yang gedik, ada yang nakal, ada yang pendiam. Macam-macam lah ada.




Baiklah, sebenarnya, nak bercerita mengenai perbezaan Abby dan Kiddie. Abby ni, setia pada aku. Aku keluar rumah, dia setia menunggu depan pintu. Aku pulang ke rumah, dia sambut aku. Setianya dia kepada aku.






Berbeza dengan Kiddie. Disebabkan Kiddie bukan kucing aku, dia sentiasa mengabaikan aku. Tapi aku tetap mencarinya setiap hari. Sebab Kiddie ni sedap dipeluk. Maklumlah, gemuk.




Begitulah kisahnya. Si Abby setia kepada ku, tapi aku tetap mencari si Kiddie. Kiddie pula tak layan aku sebab dia setia kepada tuan dia. (Aku bukan tuan Kiddie)

Kesimpulannya, kucing setia terhadap tuannya. Tapi tuan kucing pula curang. Sentiasa cari kucing lain. Betul tak wahai tuan-tuan kucing di luar sana?

Post yang tak ada isi sangat pun. Tapi terima kasih bagi yang meluangkan masa baca. Jumpa lagi di entri seterusnya.

*Sedang demam ni. Sebab tu lukisan cincai.


Friday, August 23, 2013

Lagu seram

Sambil-sambil aku bekerja, aku akan mendengar radio. Tiba-tiba, lagu Spider, 'Relaku Pujuk' berkumandang. Sebuah lagu lama. Aku sudah biasa dengar.. Tapi...


.. Tapi kali ini, lagu itu kedengaran seram. Sebaris liriknya, bagai terkena batang hidung.. "Enggan dipunya, dan dipenjara..."




Tapi paling menyeramkan adalah bahagian: "Kau kan tetap ku miliki..." Ye, seram. Berdiri bulu romaku seketika.



Huhu.. adakah keadaan seperti aku ini normal bagi mana-mana perempuan lain yang sebaya denganku? Umur sudah kian meningkat, rakan-rakan selepas sorang, sorang, mendirikan rumah tangga. Tapi aku belum mahu! Aku tak nak hilang kehidupan aku yang bebas mengejar impian sendiri..


(Nasib la Amna oii... Kita lihat sajalah apa akan jadi.)


Monday, August 12, 2013

Dia dalam kenangan...


Kehidupan hari-hari aku kini, menghadap budak berdua tu saja lah. Siapa budak berdua tu? Mereka adalah Upin dan Ipin. Budak tadika yang pelbagai ragam dan kerenah. Mereka tak nakal sangat. Baik dan patuh. Comel pulak tu. Jadi, rasanya tak ada masalah untuk aku terus berada di sini buat masa ini.


Namun, tak dinafikan... Adakalanya, aku akan terkenang pada Kris, watak dari tempat kerja lama ku. Watak? Kris bukan sekadar watak. Kris dan aku amat akrab. Kris ni nakal. Sangat nakal!!! Tapi dia sanggup buat apa saja demi kawan-kawan dia. Kris juga cool, kelakar, hebat dalam pelbagai perkara. Selalu buat aku terkejut dengan kebolehan dia. Dia boleh menunggang kuda, memanah, menaiki papan luncur, dia boleh buat apa saja! Hebat!!!


Tapi, macam mana aku rindu Kris sekalipun, aku tak akan berpatah balik. Ada sebab mengapa aku di sini. Jadi, Kris hanya tinggal kenangan sahaja lah buat aku.


Hehe.. Entri tak ada apa-apa. Saja  cari alasan nak lukis Kris je.


Drama Pendek: Kisah Tiga Hidupan

Hai pembaca Gadis Misteri sekalian. Hari ini, aku sediakan sebuah drama pendek, untuk anda semua berfikir seketika. Selamat membaca!!!

*****

Pada zaman dahulu, ada dua sahabat. Sang Burung dan Sang Kucing. Mereka telah lama berkawan.



Pada suatu hari, muncul lah kekasih lama Sang Kucing. 


Konflik terjadi. Sang Kucing tersepit antara dua. Ada dua hati yang perlu dijaga oleh Sang Kucing.


Maka, Sang Burung ambil keputusan untuk pergi jauh dari Sang Kucing. Ini dapat membantu Sang Kucing yang tak boleh membuat pilihan itu.



Tamat....

*****



Ini ada beberapa nasihat yang boleh kita ambil dari cerita ini:



Baik, mari guna akal dan pendapat pembaca-pembaca sekalian. Jika anda ialah Sang Burung, adakah anda akan membuat tindakan yang sama seperti Sang Burung? Atau anda ada jalan lain yang lebih baik? Sila tinggalkan pendapat masing-masing.

Terima kasih...

Raya 2013

Tahun ini aku beraya di Alor Setar, Kedah. Terlalu banyak perkara hendak diceritakan, jadi aku pilih untuk tunjuk gambar sahaja lah. Lagipun, setiap orang juga ada kisah raya masing-masing, tak perlulah aku cerita kisah raya aku kan? (Sebenarnya, malas nak taip) Lihat sajalah gambar-gambar. 

Laman rumah Tok, penuh dengan kereta. Anak cucu Tok pulang beraya.

Senyuman pagi Syawal

Bersama adik beradik dan sepupu. 

 Ilyas yang manja. Mendagu atas riba aku tu.

 Bersama Umi

 Apa hal dengan gambar ni?
Aku dan Tonah nampak seperti sedang bergaduh.
Haha..


 Keluarga aku



Aku, Dibah dan Tonah.



Muka bahagia dapat Teh kegemaran dari German.
Terima kasih tak terhingga kepada Kak Uda. Huhu...



 Aimi, Najaa, Amal, Aisyah dan Amna.
Sedang hafal skrip untuk persembahan lakonan malam kedua Syawal.


Persembahan tarian dari si kecil berlima ni,
Amna, Najaa, Aisyah, Amal dan Aimi.
Hebat, semua orang terhibur dengan gelagat mereka.


Jadi, bagaimana pula dengan kisah raya anda? Selamat hari raya semua....


Tuesday, August 6, 2013

Buat semua pembaca Gadis Misteri...


Selamat hari raya, maaf zahir batin. Terima kasih kerana menyokong blog ini selama ini.


Bangun Sahur

Baru-baru ini, kakakku, Ilham pula yang mengambil alih tugas kejutkan aku bangun Sahur.



Geram kerana aku tak juga bangun, muncullah idea konon hebat, semata-mata nak kejut aku.


Dia pasang lagu K-Pop!! Dia tahu aku cukup benci, anti, menyampah dan meluat dengan lagu-lagu K-Pop! Sebenarnya, cara dia berhasil. Memang aku dah terjaga dari tidur. Tapi memandangkan aku marah sebab awal-awal pagi telinga aku dicemari bunyi buruk ini, aku terus pura-pura tidur.


Akhirnya, dia geram dan berlalu pergi.



Gembiranya... terasa bagai kemenangan dipihakku. Muahahahahahaha.....


Sebenarnya, selepas itu aku terus bangun untuk Sahur. Saja je bangun lewat sikit, buat orang marah di pagi hari. Ehehe... 


*Bulan puasa semakin menghampiri ke penghujungnya. Sayang.. Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu.

Ahli-ahli WLA




Lihat gambar di atas ini. Inilah doodle yang mewakili ahli-ahli dari group 'We Love Art' (WLA). Salah satu aktiviti WLA baru-baru ini adalah hasilkan doodle yang mewakili diri sendiri. Tak sangka ramai juga yang menyertai. Pelbagai rupa dan bentuk doodle boleh dilihat.

Aku menggambil beberapa doodle dari aktiviti tersebut dan kumpulkannya di dalam satu lukisan. Maka, terhasillah karya seperti yang di atas. Terasa meriah pula apabila melihat doodle-doodle kami dikumpulkan dalam satu lukisan.

Aku suka group 'We Love Art'!

*Dilarang ambil karya ini. Karya ini adalah hak cipta terpelihara setiap pelukis yang terlibat.