Wednesday, August 28, 2013

Misteri Guli

Aku ada seekor anak kucing. Guli namanya. Masih kecil, berwarna hitam. Jantan, tapi diberi rantai berwarna merah jambu oleh aku. Harap kau membesar jadi gagah perkasa walaupun rantai merah jambu ya Guli? Salah satu keunikan Guli ni, terletak pada ekornya. Bagai pembaris sesiku L bentuk ekornya. Genab 90 degree lah. Memang semula jadi bentuk begitu. Tolong jangan kata aku yang patahkan ekornya.



Apa yang misteri tentang Guli ni, setiap kali malam menjelma, dia hilang. Jika malam hari, memang tak nampak batang hidung dan batang ekor dia lah. Ke mana dia pergi setiap malam? Soalan itu sering mengganggu ruang fikiranku. Ini bukan lawak bodoh, sebab dia hitam, jadi tak nampak di malam hari, bukan!! Bukan begitu. Memang dia tiada di malam hari. Adikku Najaa, yang berusia 12 tahun itu berkata: "Dia pergi Disko kot.." Tapi aku selaku tuan Guli, aku yakin benar Guli ku tidak sejahat itu.


Selepas berfikir, berfikir dan berfikir, aku rasa ada satu kemungkinan saja mengapa Guli hilang pada waktu malam. Sebenarnya, Guli adalah super hero. Dia pergi melawan kejahatan dan menegakkan keadilan pada waktu malam.


Hebat bukan Guli aku? (Berangan  pulak aku ni)


7 comments:

  1. errr,,,haha,,,osem story!!
    guli oh guli :D
    jgn lupa jemput blog fi baca kisah en teddy fi plak ok :P

    ReplyDelete
  2. haaaa.. most likely laa.. dia mesti superhero bila waktu malam.. hua hua hua

    ReplyDelete
  3. done follow sini no.233
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. blog hang best. lukisan cantik, jalan citer simple je. mcm baca shin chan. kepala otak aku ilang stress. thanks. :)

    1. link blog hang aku dpt dari plain83.

    2. aku da baca few previous entries. kucing abby hang tu muka selebet tapi hati baik kot.

    3. moga ko up kt les copaque. keluarkan citer2 simple camni. letih aku tgk tv ngn polittaik, bunuh2 sana sini.

    aku bukan org utara. ckp hang hang ni pasal terbaca ko org kedah.

    ReplyDelete
  5. boleh jadi gak kot Guli buat misi menyelamat setiap malam haaa gitu.






    slm kenai,
    anamizu :)

    ReplyDelete
  6. firdaus m: Terima kasih banyak-banyak sebab bagi komen membina. Saya akan teruskan blog ni dgn style mcm ni. Tapi, saya bukan orang Kedah. Ayah saya orang kedah :)

    ReplyDelete