Kehidupan hari-hari aku kini, menghadap budak berdua tu saja lah. Siapa budak berdua tu? Mereka adalah Upin dan Ipin. Budak tadika yang pelbagai ragam dan kerenah. Mereka tak nakal sangat. Baik dan patuh. Comel pulak tu. Jadi, rasanya tak ada masalah untuk aku terus berada di sini buat masa ini.
Namun, tak dinafikan... Adakalanya, aku akan terkenang pada Kris, watak dari tempat kerja lama ku. Watak? Kris bukan sekadar watak. Kris dan aku amat akrab. Kris ni nakal. Sangat nakal!!! Tapi dia sanggup buat apa saja demi kawan-kawan dia. Kris juga cool, kelakar, hebat dalam pelbagai perkara. Selalu buat aku terkejut dengan kebolehan dia. Dia boleh menunggang kuda, memanah, menaiki papan luncur, dia boleh buat apa saja! Hebat!!!
Tapi, macam mana aku rindu Kris sekalipun, aku tak akan berpatah balik. Ada sebab mengapa aku di sini. Jadi, Kris hanya tinggal kenangan sahaja lah buat aku.
Hehe.. Entri tak ada apa-apa. Saja cari alasan nak lukis Kris je.
ahahaha..ensek kris..heee..avatar eh..apa pon selamat hari raya dear
ReplyDeletenampak mcm avatar kris tu...
ReplyDeletehehehhe... suka lukisan yang ini.. XD
ReplyDelete