Monday, July 29, 2013

Siapa yang merepek?


Hari-hari di bulan puasa ku, kebiasaannya berlalu begini....


Adikku, Diba, mengejutkan aku untuk bangun bersahur.









Setiap hari, tanpa disedari, aku selalu mengeluarkan ayat: "Apa Diba merepek ni?" dalam keadaan mamai. Cuma satu hari tu, agaknya bercampur dengan mimpi, aku cakap: "Apa Diba merepek ni? Nak lukis apa?"

Keesokan harinya, Diba ketawakan ku sepuas-puas hatinya... Sebenarnya, Diba atau aku yang merepek?

* Pada hari yang aku bangun sendiri tanpa dikejutkan Diba, aku rasa satu hariku tak lengkap. Sebab tak boleh cakap ayat:"Apa Diba merepek ni?"...

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan datang lagi





Masih ingat lagi... Ramadhan tahun lepas, aku menghabiskan hari-hari terakhirku sebagai pelajar UiTM. Aku dan rakan-rakanku telah tamat Degree Show, tapi masih berada di UiTM kerana thesis belum siap. Aku masih ingat bagaimana kami curi-curi makan kerana maklumlah, perempuan ada hari-hari yang tak boleh puasa. Aku ingat lagi, bagaimana kami berbuka puasa, bersama rakan-rakan sekelas yang juga belum pulang ke kampung kerana menyiapkan thesis juga. Aku ingat lagi, di bulan yang mulia itu, kami curi-curi menetap secara haram di kolej Seroja kerana sepatutnya kolej sudah perlu dikosongkan kerana semester telah tamat.

Itu cerita puasa tahun lepas. Puasa tahun ini, segala-galanya baru bagiku. Bukan lagi berstatus pelajar. Sudah mempunyai kerja. Rakan-rakan sekeliling semuanya lain. Tak sama seperti rakan-rakanku di UiTM. Tempat juga tempat yang asing bagiku. Aku sangka aku berada di luar negara, kerana terlalu ramai bukan warganegara di sini. Tak sangka, setahun telah berlalu. Tahun lepas masih dikira pelajar, tahun ini, bukan lagi.

Apa yang pasti, walaupun tahun ini tidak sama seperti tahun lepas, tapi aku masih membawa azam yang sama untuk tahun ini. Dalam bulan Ramadhan, aku mahu menjadi lebih baik, dan baik itu kekal walaupun Ramadhan telah habis. Bukan baik sebulan, selepas itu berubah kembali kepada diri yang lama. Rugi saja..

Selamat menyambut bulan Ramadhan, banyakkan ibadah, kurangkan perkara yang sia-sia.. Semoga Ramadhan kali ini membawa makna kepada kita semua...


Wednesday, July 3, 2013

Makan

Apabila makan kek atau kuih yang lembut-lembut, (Bahulu adalah kuih kegemaran aku) aku ada cara makan yang tersendiri. 


Aku suka cubit kuih itu terlebih dahulu, menggunakan kedua-dua tangan. Bukan apa, ini adalah cara aku menghargai teksturnya yang lembut. Kuih yang lembut, bukan hanya sedap dimakan, malah sedap untuk dicubit dengan tangan.



Tiba-tiba, aku terdengar perbualan seorang ayah kepada anak kecilnya...





Tuesday, July 2, 2013

Ilham

Asyik cerita pasal Tonah saja sebelum ni. Kali ni, nak cerita pasal kakak aku, Ilham. Aku ada seorang Kakak, namanya Ilham. Sebelum ni, pernah cerita mengenai dia di sini. Ilham berada di Sarawak, manakala aku di Bukit Jalil.

Pada suatu hari, aku mahu menelefon Umi yang berada di kampung halaman kami. Namun, setelah beberapa kali cuba menelefon, tidak berjaya juga. Hati aku terus menuduh, : "Ni mesti Ilham sedang call Umi..."











Begitulah kisahnya... Terasa bagai kalah kepada kakak sendiri. Sebab dia dapat menelefon Umi sebelum aku. Jadi, aku terus mendapat satu idea yang bernas. Aku nak cadangkan agar Umi pasang dua telefon di rumah. Barulah kami tak berebut untuk call Umi lagi. Tapi, idea itu tidak aku sampaikan kepada Umi. Sebab bila fikir-fikir semula, bagaimana Umi mahu menjawab dua panggilan dalam masa yang sama? Ish... Idea yang sungguh tak bernas.