Masih ingat lagi... Ramadhan tahun lepas, aku menghabiskan hari-hari terakhirku sebagai pelajar UiTM. Aku dan rakan-rakanku telah tamat Degree Show, tapi masih berada di UiTM kerana thesis belum siap. Aku masih ingat bagaimana kami curi-curi makan kerana maklumlah, perempuan ada hari-hari yang tak boleh puasa. Aku ingat lagi, bagaimana kami berbuka puasa, bersama rakan-rakan sekelas yang juga belum pulang ke kampung kerana menyiapkan thesis juga. Aku ingat lagi, di bulan yang mulia itu, kami curi-curi menetap secara haram di kolej Seroja kerana sepatutnya kolej sudah perlu dikosongkan kerana semester telah tamat.
Itu cerita puasa tahun lepas. Puasa tahun ini, segala-galanya baru bagiku. Bukan lagi berstatus pelajar. Sudah mempunyai kerja. Rakan-rakan sekeliling semuanya lain. Tak sama seperti rakan-rakanku di UiTM. Tempat juga tempat yang asing bagiku. Aku sangka aku berada di luar negara, kerana terlalu ramai bukan warganegara di sini. Tak sangka, setahun telah berlalu. Tahun lepas masih dikira pelajar, tahun ini, bukan lagi.
Apa yang pasti, walaupun tahun ini tidak sama seperti tahun lepas, tapi aku masih membawa azam yang sama untuk tahun ini. Dalam bulan Ramadhan, aku mahu menjadi lebih baik, dan baik itu kekal walaupun Ramadhan telah habis. Bukan baik sebulan, selepas itu berubah kembali kepada diri yang lama. Rugi saja..
Selamat menyambut bulan Ramadhan, banyakkan ibadah, kurangkan perkara yang sia-sia.. Semoga Ramadhan kali ini membawa makna kepada kita semua...
Selamat berpuasa Cik Amna... XD
ReplyDeleteSelamat menyambut bulan ramadhan amna :)
ReplyDeletesemoga sihat selalu ... :)
Happy fasting ! Cute sketch ! I love it :D
ReplyDeleteaminnnn... semiga dipermudahkan
ReplyDelete