Tuesday, July 24, 2012

Aku dah bebas!

Mimpi semalam indah sangat. Aku mimpi aku adalah seekor burung dan aku bermigrasi dengan sekumpulan burung dari satu tempat, ke tempat yang lain. Pemandangan dari atas langit, sangat cantik.Subhanallah, memang sangat cantik. Ada awan, di bawah kelihatan pokok, sungai dan air terjun. Cantiknya sampai aku dapat ingat pemandangan tersebut walaupun selepas bangun tidur.

Tanpa memikirkan apa-apa, aku cerita mimpi tersebut kepada kawanku. Dia ketawa. "Kebebasan sangat!" Katanya.

 Bebas? Baru aku faham... Semalam, aku sudah hantar thesis, maka dengan ini tamatlah kisah Degree ku. Ya, bebas! Aku sudah bebas untuk terbang ke mana saja aku mahu. Langit biru, nantikan aku!

Friday, July 20, 2012

Tamat Kisah Degree



Baru-baru ni, aku agak beremosi sedikit. Sebab sedang berpisah dengan kawan-kawan. Aku masih di kolej kerana belum selesaikan thesis. Bersama aku ada beberapa lagi rakan-rakan yang senasib. Tadi, aku ke bilik seorang rakanku, tapi di biliknya tiada siapa. Dia sudah pulang terlebih dahulu tanpa memberitahu aku. Sedihnya aku rasa. Aku segera sms dia. Tapi aku fahamlah, dia kelam kabut nak balik, tak sempat memberitahu aku.


Aku benci perasaan begini. Dulu semasa sebelum SPM, begini jugalah aku rasa. Rasa berat hati yang amat sangat.Tak mahu berpisah dengan kawan-kawan.

Semua kenangan di UiTM Shah Alam, kalau boleh, satu peristiwa kecil pun aku tak mahu lupakan. Kadang-kadang, aku terfikir juga.. 10 tahun akan datang.. atau 20 tahun akan datang.. siapa di antara rakan-rakan UiTM aku ni yang masih ingat aku? Semoga masih ada yang akan mengingati ku...

*Sudah tiba masa untuk fikir tentang masa depan pula.

Sunday, July 15, 2012

Wanna Be


Semalam ada dinner untuk pelajar sem06 fakulti Art and Design. Temanya 'wanna be'. Dalam kekalutan thesis yang belum siap dan Degree Show yang belum selesai, aku dan rakan-rakan sempat juga datang. Tak ada apa nak diceritakan, letak gambar sahaja lah.



 Kami sama tema pulak.


 Pertembungan dua budaya

 Bersama kawan baik aku dari department grafik, Fathin.
Fathin, serius aku tak kenal kau bila tutup muka begitu. Hehe..



Tia dan Kak Nisah, dua-dua cantik!!!!

 Geng aku.


Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi tunjuk ini sahajalah. Gambar daripada kawan-kawan pun belum copy. Ok lah, perlu pergi menyiapkan thesis. 

Saturday, July 14, 2012

Degree Show

Aku meneliti, menganggar, mengira, memikir, mempertimbangkan.. Rumah bagaimana harus aku beli? Ya, aku ingin membeli rumah. Rumah pertama yang akan aku beli! Jadi, pemilihan kena lah betul. 


Eh.. Tiba-tiba aku tersedar dari tidur. "Huh, mimpi je" keluh hatiku. Mimpi ingin membeli rumah? Degree pun belum habis. Ya, aku kini sedang menanti Degree tamat. Kini Degree Show aku sedang berlangsung. Lima hari sudah berlalu. Hari pertama presentation di auditorium Fine Art. Tapi giliran ku tak sempat. Maka presentation dari ku berlaku pada hari kedua. Hari kedua sehingga hari kelima, (iaitu hari ini) karya-karya kami dinilai. Aku agak kecewa apabila tiga orang daripada penilai tersebut menggemari karya realistik. Karyaku hanya ada satu sahaja realistik, yang selebihnya berbentuk linear. Aku tidak menyalahkan sesiapa kerana aku sendiri yang mengambil keputusan untuk mengekalkan gaya linear. Malah, ibu bapa aku juga suka gaya tersebut. Jadi memang tak terlintas lagi di hati ini untuk membuat sesuatu yang realistik. Tapi tipulah kalau aku kata aku tak kecewa kan? Tiga daripada penilai tersebut menggemari gaya realistik. Bagaimanakah markah aku nanti?


 Inilah cabaran dalam dunia seni. Kecantikan itu subjektif, minat setiap orang berbeza, jadi mustahil dapat memuaskan hati semua orang. Tak apalah. Kalau rezeki aku tiada untuk markah tinggi, mungkin rezaki aku di tempat lain. Aku dah usaha dengan kemampuan yang maksima untuk Degree Show ini. Bagaimanapun markah aku, aku akan terima seadanya. 


Degree Show... Ini adalah penamat perjalanan aku sejak Diploma dahulu. Tapi ianya satu permulaan untuk perjalanan yang lebih mencabar di luar nanti. Aku ada perancangan untuk selepas ini, tapi apa-apa pun, aku akan lihat dulu bagaimana. Masih kabur lagi bagaimana hidup aku selepas Degree. Jika diikutkan angan-angan aku, pelbagai benda aku ingin cuba selepas ini. melukis komik mungkin, jadi painter pun mungkin, teringin juga kalau boleh jadi kurator, art writer atau art critic. Tapi itu semua baru angan-angan. Entah apa yang benar-benar aku akan ceburi.


Degree show, bukan tiada gambar. Ada banyak gambar! Tapi aku tak mahu tunjuk dulu di sini. kerana degree show sedang berlangsung. Siapa nak lihat, sila datang UiTM Shah Alam ye?

Wednesday, July 4, 2012

Degree Show 5 hari lagi...

Ini diberi oleh adik ku:


Entah apa perasaan sekarang. Takut? Entahlah.. lebih kepada perasaan sayang nak tinggalkan kawan-kawan. Sayang nak tinggalkan UiTM. Ok, sebenarnya, memang takut.

Mengenai Degree Show, ya, aku mengharapkan yang terbaik. Yang terbaik dari diri aku. Usaha yang terbaik dari aku, dan sudah tentu aku mengharapkan keputusan yang terbaik. Tapi jika soal keputusan, itu kerja Allah SWT. Berserah je lah. Aku cuma mampu berikan usaha yang terbaik.

Aku mengaku, aku terlalu mengharapkan kejayaan. Ya, benar-benar mengharap! Jika tak dapat, aku akan kecewa. Tapi, aku cuba ingat semula diri aku yang dulu. Dulu ketika PMR dan SPM, aku tak mengharapkan keputusan yang bagus. Aku hanya berikan usaha tanpa menantikan apa-apa pulangan yang baik. Jadi, apabila mendapat keputusan peperiksaan PMR dan SPM, aku bersyukur saja. Aku merasai ia berbaloi dengan usaha aku.

Masalahnya, sudut pandangan masyarakat sentiasa lain dengan aku. Aku ingat lagi, aku mendapat kata-kata pujukan selepas PMR: "Tak apa, lain kali cuba lagi.." Sedangkan aku benar-benar gembira dengan keputusan aku. Mengapa ayat pujukan pula dapat? Mengapa tidak: "Tahniah" ? Tiba-tiba, result PMR yang aku berpuas hati tu, nampak seperti benda murah yang cuma aku seorang pandangnya mahal. Tragis nya.

Apabila dah Degree, aku dah tak sama dengan aku yang PMR dulu. Aku nak keputusan yang boleh buat masyarakat cakap "Tahniah". Bukan lagi keputusan yang cuma aku sahaja berpuas hati. Salah ke impian aku ni? Bunyi nya macam niat salah.. Tapi sejujurnya, keputusan aku untuk kebanggaan Umi aku juga. Bukan untuk kebanggaan diri sendiri. Jadi, Tak salah kan? Aku tak nak benda yang sama berulang.. Dulu ketika UPSR... (jauh pula flashback nya..) Kawan Umi tanya Umi result UPSR aku. Aku ingat lagi, Umi aku jawab : "Dua.." dengan nada rendah diri. Selepas itu, dua orang adikku pandang ke arah ku. Jadi, tahulah aku, result tu memalukan. Jadi untuk kali ni, aku betul-betul sangat nak yang terbaik. Aku sanggup buat apa saja, aku tak kan mengalah! Niat aku tak salah kan?

Ok, salah dah ni, awal-awal tadi aku dah sebut, soal result tu kerja Allah SWT. Jadi, ya, aku seharusnya terima apa saja keputusan yang aku dapat nanti. Aku nak jadi seperti masa PMR dulu. Bersyukur dengan apa yang aku dapat. Cukup! Tak nak fikir lagi pasal result. Lima hari ini masa untuk berusaha bermati matian. Ini perjuangan! Gagal dalam perjuangan tu soal lain. Sama ada aku berjaya menyeberangi jambatan dengan selamat, atau aku jatuh ke dalam sungai. Dua pilihan saja.


Aku bersama sculpture milik seseorang.
Hehe..


Monday, July 2, 2012

Degree Show 1 minggu lagi...

Cuma tinggal seminggu untuk 
bersama kawan-kawan?

..akan rindu mereka...