Tuesday, July 24, 2012

Aku dah bebas!

Mimpi semalam indah sangat. Aku mimpi aku adalah seekor burung dan aku bermigrasi dengan sekumpulan burung dari satu tempat, ke tempat yang lain. Pemandangan dari atas langit, sangat cantik.Subhanallah, memang sangat cantik. Ada awan, di bawah kelihatan pokok, sungai dan air terjun. Cantiknya sampai aku dapat ingat pemandangan tersebut walaupun selepas bangun tidur.

Tanpa memikirkan apa-apa, aku cerita mimpi tersebut kepada kawanku. Dia ketawa. "Kebebasan sangat!" Katanya.

 Bebas? Baru aku faham... Semalam, aku sudah hantar thesis, maka dengan ini tamatlah kisah Degree ku. Ya, bebas! Aku sudah bebas untuk terbang ke mana saja aku mahu. Langit biru, nantikan aku!

3 comments:

  1. kebebasan yang dirasai tak akan pernah sama dgn kebebasan yg diperolehi, jd tgh bebas2 ni, mimpi itu mnandakan cik amna kne rehat sbntar dr xtvt seni, dan buat xtvt riadah..senamkn mata, pnjat bukit bukau.

    ReplyDelete
  2. "hari ni sy sudah bebas... sy bebas.. bebasss.. bebassss" <--- terbyg johan @ ahchai dlm lawak ke der.. hahaha =P











    slm ramadhan,
    cik ana

    ReplyDelete