Aku meneliti, menganggar, mengira, memikir, mempertimbangkan.. Rumah bagaimana harus aku beli? Ya, aku ingin membeli rumah. Rumah pertama yang akan aku beli! Jadi, pemilihan kena lah betul.
Eh.. Tiba-tiba aku tersedar dari tidur. "Huh, mimpi je" keluh hatiku. Mimpi ingin membeli rumah? Degree pun belum habis. Ya, aku kini sedang menanti Degree tamat. Kini Degree Show aku sedang berlangsung. Lima hari sudah berlalu. Hari pertama presentation di auditorium Fine Art. Tapi giliran ku tak sempat. Maka presentation dari ku berlaku pada hari kedua. Hari kedua sehingga hari kelima, (iaitu hari ini) karya-karya kami dinilai. Aku agak kecewa apabila tiga orang daripada penilai tersebut menggemari karya realistik. Karyaku hanya ada satu sahaja realistik, yang selebihnya berbentuk linear. Aku tidak menyalahkan sesiapa kerana aku sendiri yang mengambil keputusan untuk mengekalkan gaya linear. Malah, ibu bapa aku juga suka gaya tersebut. Jadi memang tak terlintas lagi di hati ini untuk membuat sesuatu yang realistik. Tapi tipulah kalau aku kata aku tak kecewa kan? Tiga daripada penilai tersebut menggemari gaya realistik. Bagaimanakah markah aku nanti?
Inilah cabaran dalam dunia seni. Kecantikan itu subjektif, minat setiap orang berbeza, jadi mustahil dapat memuaskan hati semua orang. Tak apalah. Kalau rezeki aku tiada untuk markah tinggi, mungkin rezaki aku di tempat lain. Aku dah usaha dengan kemampuan yang maksima untuk Degree Show ini. Bagaimanapun markah aku, aku akan terima seadanya.
Degree Show... Ini adalah penamat perjalanan aku sejak Diploma dahulu. Tapi ianya satu permulaan untuk perjalanan yang lebih mencabar di luar nanti. Aku ada perancangan untuk selepas ini, tapi apa-apa pun, aku akan lihat dulu bagaimana. Masih kabur lagi bagaimana hidup aku selepas Degree. Jika diikutkan angan-angan aku, pelbagai benda aku ingin cuba selepas ini. melukis komik mungkin, jadi painter pun mungkin, teringin juga kalau boleh jadi kurator, art writer atau art critic. Tapi itu semua baru angan-angan. Entah apa yang benar-benar aku akan ceburi.
Degree show, bukan tiada gambar. Ada banyak gambar! Tapi aku tak mahu tunjuk dulu di sini. kerana degree show sedang berlangsung. Siapa nak lihat, sila datang UiTM Shah Alam ye?
No comments:
Post a Comment