Tuesday, March 26, 2013

Dikecewakan oleh kucing

Semalam, aku pulang ke Kelantan oleh kerana sesuatu urusan yang perlu aku laksanakan.
Kelantan adalah kampung Umi aku.
Di sini, aku bertemu dengan bapa saudaraku yang ku panggil "Ayah Teh". 
Ada pula seekor kucing dalam pelukannya. 
Memang keturunan kami, keturunan suka kucing agaknya. 
Nama kucing itu ialah 'Bum'. (betul ke ejaan ni?)







Oh Bum...
Dia nampak aku, macam nampak hantu.
Menggelupur dia lari menyelamatkan diri.
Sampai hati kau Bum!
Aku tak pernah dikecewakan dan dimalukan begini.
Sob.. sob... sob...



P/S: Kepada pemilik Bum, (my cousins) hehe... gurau je la... tak makan hati pun.

Thursday, March 21, 2013

Jumpa seseorang yang sama denganku.

 Tadi, aku pergi ujian memandu. Err.. sebenarnya bagiku, ia adalah ulangan yang ke ___. Hehe... Di sana, aku terjumpa seorang gadis Sabah yang cun.





Selepas ujian memandu kami selesai, kami bersembang lagi.




Hehe.. jangan salah faham. Bukannya aku bergembira di atas kegagalan orang lain. Aku cuma rasa lega, rupanya, aku ni bukanlah teruk. Sebab ada je orang yang sepertiku. Sebelum ini aku sangka, akulah paling teruk atas muka Bumi ini.

Namun, apa-apa pun, sebenarnya aku merahsiakan perkara ini daripada rakan-rakan aku. Malulah andai mereka tahu aku seteruk ini. Huhu.. Tapi aku perlu luahkan juga. Jadi aku luahkan di blog. Selepas anda baca ini, sila jangan beritahu sesiapa pasal ini. Jika anda adalah rakan-rakan ku, buat-buat lah kononnya anda tak pernah terbaca kisah ini. Hehe.. boleh?

*Agaknya, orang cun memang tak pandai memandu. (Ayat nak sedapkan hati)

Tuesday, March 19, 2013

Kelemahan

Aku membelek-belek internet di malam hari walaupun, internet bukanlah helaian yang boleh 'dibelek' seperti buku. Mungkin penggunaan kata 'belek' tadi patut ditukar kepada 'melayari' internet. Err.. walaupun internet bukan seperti angin dan air, boleh dilayari. Ah, tidak apalah, abaikan.

Kemudian, di satu laman web, aku terbaca sesuatu yang membuatkan aku tersentap seketika. Atau boleh juga dikatakan, tersentap hingga kini. Ini adalah petikan tersebut:

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan
KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

Aku terasa pada perkataan 'KELEMAHAN' itu. Aku seorang yang sangat benci pada kelemahan diri. Aku usaha, usaha dan usaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Tapi, kelemahan diri aku, selalu menjadi batasan. Aku tak mahu jadikan kelemahan ku sebagai alasan untuk kegagalanku. 

Aku selalu mendengar ayat yang biasa disebut orang: "Yang mana baik, ianya datang dari Tuhan, yang mana buruk, datang dari diri saya sendiri..." Biasa dengar kan ucapan sebegitu? Dulu, aku berfikir sebegitulah. Sebab itu setiap kali aku gagal sesuatu, aku akan salahkan diri sendiri. Sebab yang buruk, pasti datang dari diri sendiri. Tapi kini, selepas terbaca petikan yang aku jumpa tadi, aku terfikir, mungkin ada sebab Tuhan memberikan aku sesuatu kelemahan itu. Yelah, aku berusaha, dan berusaha, tapi masih gagal. Ini memanglah kelemahan diri, tapi, kelemahan diri juga adalah sesuatu yang Tuhan tentukan. Bukankah begitu? 

Lusa, aku bakal menjalani ujian memandu buat kali yang ke _____. Ya, kali yang ke ____. Tidak ada manusia lain yang mengulangi ujian memandu sebanyak aku. Tapi kali ini, aku tidak mengharapkan kalian berdoa agar aku lulus. Cukuplah sekadar doakan supaya aku dapat menerima apa jua yang bakal terjadi lusa ini, dengan berlapang hati. Ya, mungkin kelemahan yang Tuhan berikan ini sebenarnya adalah ujian untuk aku agar redha dengan apa jua yang terjadi.


Friday, March 15, 2013

Awan dalam air



Waktu tengah hari tiba. Aku berjalan pulang dari makan tengah hari bersama rakan-rakan sekerja ku. Kami lalu di tepi kolam buatan manusia. Entah mengapa, tiba-tiba aku menjenguk melihat ke dalam kolam tersebut.  Aku terus terpesona pada bayangan dalam kolam itu. Gambaran Sang awan jelas dalam air, membuatkan aku merasa seolah-olah langit berada dalam kolam. Terus, pemikiranku terganggu dengan sesuatu perkara. Oh, awan. Sudah sekian lama aku lupakan awan.

Satu ketika dahulu, aku amat menyukai awan. Ketika dalam kereta yang dipandu Abah untuk pulang ke kampung, aku pasti merenung awan, bagi menghiburkan hatiku sepanjang perjalanan yang lama itu. Itulah kisah zaman kanak-kanak ku. Apabila melihat awan, pasti ada imej-imej yang muncul pada awan tersebut, hasil dari imaginasi kanak-kanak ku. Ketika zaman sekolah menengah aku, aku masih sama. Suka merenung awan. Teringat lagi pemandangan kelapa sawit, dihiasi awan-awan. Itulah pemandangan tempat lepak ku bersama rakan-rakan. Zaman universiti aku juga begitu. Awanlah jadi penghibur hati. Ada ketika terpaksa bermalam di studio kerana tugasan banyak. Apabila menjelang Subuh, pemandangan awan yang bertukar warna itu adalah pemandangan yang paling indah.

Kini, aku sudah bekerja. Aku keluar rumah pagi ketika cahaya terik kerana matahari sedang terbit. Sepanjang perjalanan, aku menundukkan muka menyembunyikan mataku dari terkena sinaran matahari. Kerana tundukkan mukalah, aku lupa melihat awan. Saat pulang dari kerja, langit sudah gelap. Aku mempercepatkan langkah kerana orang tua-tua tak bagi berada di luar rumah pada waktu Maghrib. Perjalanan pulang yang begitu juga melupakan aku untuk melihat pada Sang awan. Rupa-rupanya, semenjak terjebak dalam dunia pekerjaan, aku melupakan Sang awan yang selama ini adalah penghibur hatiku. Untunglah ada kolam yang mengingatkan ku kembali pada awan.

Ini baru saja kisah lupa pada awan. Bagaimana jika aku lupa untuk perkara yang lebih mustahak? Ketika aku lupa untuk mengejar akhirat lebih dari mengejar dunia, ketika aku lupa untuk utamakan solat apabila masuk waktu, ketika aku lupa untuk senyum, ketika aku lupa untuk bersyukur, ketika aku lupa untuk menghargai apa yang aku miliki sebaliknya mengejar sesuatu yang aku tak miliki. Aku manusia biasa. Tidak lari dari sifat lupa itu. Jika aku lupa pada awan, air boleh mengingatkan ku kembali. Namun, jika aku lupa pada perkara-perkara penting seperti yang ku nyatakan tadi, akan ada seseorang yang tampil untuk mengingatkan ku kembali kah? Aku harap, jawapannya ada...


Amna
15 Mac 2013


Sunday, March 10, 2013

Melukis Kuda 2

Selepas aku menyiapkan kerja aku yang bahagian ada kuda itu, seperti biasa, aku menghantar hasil tersebut kepada supervisor ku. Aku gembira, disamping itu ada sedikit kecewa.

Aku gembira kerana dia puji aku. Dia kata aku dah banyak improvement. Malah, sebelum aku beredar, sempat lagi dia tambah lagi satu pujian: "good". Adakah aku jenis orang yang akan gembira kerana pujian? Bukan begitu. Tapi, dia ni, bukan jenis yang selalu puji orang. Lagipun, rasa gembira kerana usaha aku dihargai orang. Ya, aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki skill aku kerana aku sedar, aku tiada basic animasi langsung. Jadi aku perlu kejar untuk berada setaraf dengan mereka yang memang ada basic animasi.

Aku juga kecewa sedikit. Aku melukis aksi penunggang memberhentikan kuda. Aku mengkaji video kuda semata-mata untuk menjayakan aksi ini. Tapi aksi tersebut tak diterima. Sedih taw. Malah, alasan tak diterima, bukan kerana aku buat tak cantik, tapi kerana mereka mahu meringkaskan pergerakan agar tidak menyusahkan animator kelak. Dengan berat hati, aku akur dengan keputusan itu. Aksi tersebut diringkaskan, tak perlu si penunggang menarik kuda memusing ke belakang. Tidak apalah. 

Selesai sudah tugas ku dengan kuda. Tapi, pembelajaran ku melukis kuda, belum berakhir. Masih banyak benda harus aku pelajari. Jika company animasi luar negara, mereka begitu menekankan kemahiran melukis binatang. Selepas ini, mungkin aku cuba melukis lain-lain binatang pula.



Kuda, ada kalanya kelihatan kacak.
Tidakkah anda semua berasa begitu?


 Sang Kuda berlari merentasi kolam air.


*Rasa nak pergi tengok kuda secara dekat, dan boleh peluk kuda lagi. Ada ke tempat begitu?



Friday, March 8, 2013

Melukis Kuda

Baru-baru ini, di tempat kerja ku, aku perlu melukis kuda. Ini kerana, episod yang perlu disiapkan itu, terdapat kuda di dalam skripnya. Mahu tak mahu, aku kena juga buat. Aku tidak banyak rungutan. Pada pendapat aku, berilah aku lukis apa sekalipun, aku akan cuba.

Tapi, tak sangka pula aku, rupa-rupanya melukis kuda ini begitu mencabar. Aku terpaksa membuat sedikit kajian dan pemerhatian sebelum melukis kuda walaupun kemunculan kuda di dalam episod itu hanya beberapa saat sahaja.

Apa yang paling mencabar dalam melukis kuda adalah, bahagian kakinya ketika berjalan atau berlari. Rupa-rupanya, cara kuda berjalan tidak sama seperti cara kucing berjalan. Rentaknya berbeza. Langkahnya berbeza, turutan kakinya juga berbeza.

Oh Fine Art ku. Selama berada dalam Fine Art, Fine Art tidak mengajar semua ini. Apabila melukis binatang dalam Fine Art, perkara yang ditekankan adalah proportion dan shape. Namun, apabila dalam bidang animasi, ia lebih dari sekadar proportion dan shape. Ia harus ada pergerakan secara berturutan. Malah, dalam setiap pergerakan, proportion dan shape harus betul.

Ilmu aku masih terlalu sikit dalam bidang animasi ini. Terlalu banyak benda aku perlu perbaiki tentang skill aku. Aku terlalu tamak, semua benda aku nak belajar dalam masa yang sama. Haha..  Bertenang Amna. Buat satu-satu. In Shaa Allah semuanya akan berjalan lancar.

lakaran secara kasar


Aku ulang tengok cerita Brave hanya dibahagian kuda berlari.
Boleh dikatakan, aku belajar dari situ.



***Bulan lepas, pertama kali semenjak aku kerja di sini, aku dapat melihat hasil kerjaku menjadi animasi yang siap. Perasaan ku ketika itu sukar digambarkan. Ya, salah satu hajat masa kecilku telah termakbul. Meskipun bahagian yang aku buat hanya beberapa saat kerana itu adalah kerjaku semasa mula-mula masuk kerja, namun kegembiraan yang aku perolehi, tidak ternilai. Ya, aku suka kerja ini.

***Kena banyak belajar lukis binatang lagi ni....