Wednesday, November 30, 2011

Aku Betul-Betul Marah Ni !

Ada la sorang budak lelaki dalam studio aku ni... Dia cukup suka usik aku. Tiap-tiap kali jumpa aku, memang ada je apa-apa dia kata nak buat aku marah. Aku dah lali dengan sikap dia. Jadi semester ini, aku tak marah dia pun. Aku biarkan je dia terus-terus mengata macam-macam padaku. Aku saja tak marah, sebab aku tahu, dia sedang cuba untuk buat aku marah!






Tapi, pada satu hari, sikap dia sudah melampau! Dia ganggu kerja stop-motion aku! Bagi anda-anda semua yang tahu bagaimana nak buat stop-motion, tentu anda faham kan, ianya satu kerja yang menguji kesabaran! Apabila dia sentuh barang-barang stop-motion aku, kerja jadi terganggu la! Benda ni tak boleh sentuh sebarangan. Kalau tak sengaja, lain cerita lah kan.. Ini sengaja! Aduh.. Susah lah nak cakap! Anda yang faham stop-motion tentu faham kesakitan yang aku rasa ni kan?


Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan aku! Rasa macam nak buat seperti gambar bawah ni kepada dia!

Tapi apakan daya.. Aku tak ada kuasa nak tukar badan aku jadi gergasi untuk pijak dia! Aduh!! Marah betul-betul ni.. Selama ni dia usik aku, aku anggap gurau sahaja. Tapi kali ni melampau! Kalau gurau sekalipun, jangan libatkan hal kerja boleh tak???! Sakitnya hati..

Kalau lah dia baca blog aku ni, aku.. Entah. Aku dah kehabisan perkataan nak cakap pada dia. Ya Allah ya tuhanku.. Bagaimana nak redakan kemarahan ni? Nak kata dia bodoh, dia budak bijak.. Kenapalah dia buat macam ni.. Nak tunggu dia minta maaf pada aku?! Huh~ dalam mimpi pun mustahil. Lelaki ego macam dia, mana reti minta maaf!

*Aku lukis gambar dia cincai je. Malas nak lukis betul-betul buat tambah sakit hati je.

Monday, November 28, 2011

Painting belum siap lagi

Aku pernah cerita pasal sebelum aku memulakan painting aku, di sini. Sekarang, aku nak ceritakan painting aku dalam proses pembuatan.

Ini gambar terbaru painting aku:


Aku memang saja duduk depan lindung painting tu. Saja.. Tak nak publish di blog painting yang belum siap. Tak misteri la nanti. (Tak habis-habis dengan misteri) Nanti dah siap, InsyaAllah aku tunjuk di sini ya?

Maka, nak cerita di sini, inilah yang aku buat setiap kali ke studio. Awal-awal, aku buat agak lambat. Sebab kurang keyakinan dengan work aku. Tapi, setelah mendengar pendapat seorang kawan yang hebat, aku bersemangat kembali. Kawan aku tu, boleh terangkan mengenai painting aku lebih daripada aku, pelukisnya sendiri. Dia siap nasihatkan patut buat apa, bagaimana nak nampak elok, dan semualah! Selepas tu baru aku nampak bahawa painting aku tak teruk! Masih boleh diselamatkan.

Sekarang, sedang buat painting lagi. Entah bila boleh siap. Lambat betul nak menghasilkan awan. Nampak awan di artwork aku kan? Baiklah, sila nantikan artwork aku yang siap ye? Nak sambung buat painting ni.


Cinta Enggang dan Pipit



Seperti peribahasa..
enggang sama enggang, pipit sama pipit...
Benar kata orang lama,

Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang..



Tidak pernah ku setuju pada pepatah ini,
Tapi akhirnya aku akur pada kebenarannya.
Lumrah alam, barangkali..



Atas nama enggang sama enggang pipit sama pipit,
Hubungan kami berakhir,
Tiada makan hati,
Tiada simpan dendam,
Kami mengerti..
Aku enggang dan dia pipit..






*Rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan penulis. Kalau ada pun, biar ia kekal misteri...



Sunday, November 27, 2011

Design Kasut

Cik Merahitujambu anjurkan satu aktiviti di Group We Love Art. Masing-masing semua memberikan idea yang hebat-hebat. Aku pun nak sertai sekalilah. Diberi gambar sepasang kasut kosong, maka, inilah hasilku:




Nak lihat kasut-kasut lain? Lihat di sini. Cantik-cantik semua...


Thursday, November 24, 2011

Aku, painting, dan studio


Beberapa hari ni agak sibuk.. Painting aku tak siap-siap juga. Hidup aku, boleh dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di studio. Balik bilik untuk tidur dan mandi je. Blog pun sudah jarang di update kerana kesibukan ini. Aku sudah bertukar kepada makhluk berjaga malam. Siang mengantuk malam berjaga.. Begitulah..

Ini, aku curi-curi masa sikit untuk memperkenalkan keadaan studio aku. Seperti yang anda lihat di gambar bawah ni, begitulah studio aku.

Aku tak ada kamera semenjak 'baby' aku rosak.. Ini ada satu gambar painting aku, yang di ambil dari facebook kawan aku.


Wednesday, November 23, 2011

The Mysterious Makcik

Ini segmen "The Mysterios Makcik" yang dianjurkan oleh Nurdani.
Aku sertai sebab ada perkataan "Mysterious" tu.
Aku kan Gadis Misteri.. Terasa ada kaitan dengan aku pula.
Hehe..
Siapa nak join, klik gambar ni.



Apa yang perlu aku buat ialah sambung kisah Nurdani. Sila baca cerita awalnya di blog beliau.

Sambungannya:

Mak Cik: Anak ni, nama siapa? Kita kenal-kenallah dulu sambil tunggu air siap tuh...

Milah: Saya Milah, yang pergi dapur tu, Mijah..

Mak Cik: Oo.. Milah~ (nada orang tua-tua)

Milah: Aii.. takkan saya je yang kenalkan diri? Mak Cik pula, siapa?

Mak Cik: Nama Mak Cik, Sharifah Aimi.. Tapi orang panggil 'Mi' je.. Lepas tu Mak Cik kahwin pula dengan Yus. Jadi, orang panggil Makcik, 'Mi isteri Yus'... Lepas tu, dah orang asyik sebut 'Mi isteri Yus, Mi isteri Yus..' Lama-lama, lekatlah gelaran "Makcik Mysterious". Lagipun, masa Mak Cik muda-muda dulu, Mak Cik lah pemilik blog: 'Gadis Misteri'... Haa.. sesuai sangatlah nama 'mysterious' tu dengan Mak Cik. Eh.. maaf lah anak oi... Mak Cik promote blog Mak Cik kat sini pulak..

Milah: (Sambil berfikir) Sharifah Aimi?... Mi isteri Yus?.... Mysterious?....


Tiba-tiba Mijah keluar dari dapur sambil membawa jag air.. Mijah yang tak tahu pokok pangkal cerita, terus menyampuk.

Mijah: Kenapa dengan 'Mi isteri Yus'? Bukan ke Isteri Yus tu jiran kita yang dah mati secara misteri semasa sedang bermain game angry bird... lebih kurang setahun yang lalu.. Itu cerita hangat kampung kita! (Nada selamba tak tahu apa-apa)

Milah memandang Mijah dengan mata terbeliak. Dengan perasaan yang takut tapi ingin tahu, Milah perlahan-lahan menoleh ke arah Mak Cik.

Mak Cik: (tersengih) Alamak.. identiti Mak Cik dah terbongkar pulak. Hehe.. Tak Misteri lagi lah nampaknya.. Kalau begitu, Mak Cik pulang dululah anak ye.. Mak Cik tak suka kalau dah tak misteri. Assalamualaikum (nada selamba sambil berlalu pergi)

Milah & Mijah: Waalaikumsalam...

Ok, tamat~
Jangan marah ye ending begini je..








Tuesday, November 22, 2011

Sudah seminggu sejak pemergian dia..

*Ini cerita panjang dan bosan. Tak usahlah baca*


Hari ini hari Selasa. Genablah seminggu Kembang meninggalkan aku. Untuk tiga hari pertama, aku menangis dan tak makan nasi. Tapi sudah tentulah tak ada sesiapa tahu begitu rupanya perangai aku. Aku lebih senang menyembunyikan perasaan aku. Barulah misteri. Aku bercerita di blog je. Orang sekeliling aku tak tahu pun aku menangis. (Err.. ada kot sorang dua yang tahu) Oleh itu, andai ada pembaca blog ni yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas aku, tolonglah buat-buat lupa yang anda baca ini. Sebab aku perlu mengekalkan imej cool aku. Haha.. Ok?

Bagi yang tidak ada membela haiwan kesayangan, tentu mereka berpendapat orang yang sedih sebab kucing mati ni pelik. Tapi bagi aku, orang yang tak sayang haiwan jauh lagi pelik. Berkali-kali aku pujuk hati, lebih baik kucing kesayangan mati, daripada insan-insan tersayang meninggal dunia. Betul tak? Syukur, sekurang-kurangnya Allah SWT memberi aku perasaan menyayangi haiwan. Sudah tentu, yang hidup tetap akan mati. Sudah tiba masa Kembang mati. Terimalah kenyataan...

Sudah terlajak buka topic Kembang ni, aku nak bercerita sikitlah.. Banyak kucing aku bela. Tapi tak semua pergi meninggalkan kesan terhadap aku. Seingat aku, kucing pertama yang meninggalkan kesan pada aku ialah Cheeky. Kucing putih tompok hitam yang aku bela semasa aku berumur 7 atau 8 tahun. Tiap-tiap pagi, dia teman Umi aku tunggu bas nak pergi kerja. Lepas tu hilang. Kali pertama dia hilang, ada mak cik datang pulangkan. Kata mak cik tu, Cheeky selalu datang ke rumah dia. Kali kedua Cheeky hilang, aku ternanti-nanti mak cik itu untuk pulangkan Cheeky. Tapi mak cik tu tidak muncul-muncul. Maka tamat lah kisah cinta suci aku dan Cheeky.


Kucing kedua yang meninggalkan kesan besar pada aku, ialah Comat. Comat ialah seekor kucing betina warna coklat, kemungkinan ada campuran kucing siam sedikit. Di hidungnya ada satu garisan warna putih. Macam kuda pula. Comat ni, diberi oleh Pak Cik jiran sebelah rumah. Pak Cik tu lah yang bagi nama Comat. Comat adalah anak kepada Comot, dan ada adik beradik kembar bernama Comel. Dia juga ada abang bernama Sabun. Lepas tu ada boyfriend bernama Kuning. Tulah sedikit-sebanyak mengenai keluarga Comat. Keluarga yang agak besar. Nak besar lagi, dia ada kakak ipar, kucing putih dari rumah depan. Tapi, aku punya kucing Comat sahaja. Keluarga dia tak. Comat bersama aku selama 5 tahun. Sejak aku darjah dua sehinggalah tingkatan satu. Akhirnya, mati dilanggar lori. Aku tak nampak.. Ada orang beritahu aku. Comat ni bijak.. Baju yang jatuh dari ampaian, dia ambil bawa masuk rumah. Bijak tak?


Keluarga Comat



Seterusnya, kucing yang turut meninggalkan kesan pada aku ialah Keiko. Ketika itu aku bersekolah di Saujana Utama, tetapi menetap di Puncak Alam. Aku terjumpa Keiko di Saujana Utama dan aku seludup bawa masuk bas sekolah dan bawa dia pulang ke Puncak Alam. Keiko ni pendiam. Buat hal sendiri je. Ketika aku ambil dia, dia masih kecil. Biasanya anak kucing ceria. Tapi dia senyap je. Lepas tu, dia boleh tidur atas lantai yang ada takungan air. Pelik tak? Semakin dia besar, dia makin jarang pulang ke rumah. Bila pulang je, badan dia penuh hitam-hitam kesan minyak kereta. Kitorang adik beradik buat lawak kata: "Keiko masuk askar". Lama kelamaan, Keiko cuma pulang ke rumah tiga hari sekali. Cuma tuhan je tahu betapa aku rindu pada dia ketika itu. Tak lama kemudian, seminggu sekali je dia pulang. Akhirnya, susah betul nak nampak dia. Pada satu hari, setelah dah lama tak jumpa Keiko, aku terjumpa dia di lorong hujung rumah aku. Gembiranya aku, Keiko masih kenal aku! Aku panggil dia pulang. Dia ikut aku, tapi sampai pada satu kawasan, dia tak berganjak lagi. Dia terpaku di situ. Aku panggil dia, dia sekadar menyahut, tapi tak maju ke depan. Ketika itu, fahamlah aku mengenai peraturan kehidupan kucing. Keiko tak boleh pulang ke rumah kerana kawasan rumah aku sudah jadi kawasan kucing jantan lain semenjak Keini (Kucing aku yang lain) beranak. Pernah terfikir, andai aku tak bela Keini, tentu Keiko masih bersama aku. Tapi, tak boleh fikir begitu.. Kerana Keini lah aku mengenali Kembang. Kembang ialah cucu Keini. Bagai Hang Tuah dan Tun Teja, aku dan Keiko berpisah walaupun kami saling menyayangi. Keadaan memaksa. Itulah kali terakhir aku jumpa Keiko, dan aku dah merelakan pemergian dia.

Keiko



Selepas Keiko, yang aku sayang ialah Kembang. Cucu Keini. Yang telah seminggu meninggalkan aku.

Keluarga Kembang

Sebenarnya, sebelum Kembang, aku ada kucing bernama Tiger. Tiger adalah sepupu Kembang. Ketika itu, Kembang belum lahir. Tiger ni, memiliki rupa yang buruk. Muka dia memang peliklah. Hidung panjang. Tak macam muka kucing biasa. Aku dan adik beradik aku selalu ejek Tiger buruk. Tapi, yang buruk-buruk tulah aku sayang. Sebab bagi aku, muka dia unik! Suka betul kat dia!!


Tiger



Malangnya, Tiger mati ketika masih kecil. Aku tak terasa sangat pemergian dia sebab tak lama dia bersama aku. Tapi, tetap terkilan sebab aku suka dia. Tak lama kemudian, lahirlah Kembang. Mungkin sebab aku masih teringat-ingatkan Tiger, aku jadi suka pada Kembang. Sebab warna Kembang seperti warna Tiger. Itulah kisah permulaan aku dan Kembang.. Dan aku tak pernah sangka yang Kembang akan jadi seekor kucing yang cukup bermakna buat aku..

Sampai sini saja dulu.. Cheeky, Comat, Keiko dan Kembang.. Banyak juga aku bercerita.

Kembang

Potret untuk follower Gadis Misteri


Aku benar-benar berterima kasih kepada follower blog aku. Blog tak seberapa seperti ini pun, ada yang follow. Terima kasih sangat.. Jadi, seperti yang aku janjikan, ini potret-potret perserta. Minta maaf sebab ambil masa yang agak lama.. Sibuk juga sebagai seorang pelajar. Assignment bertimbun.

Jadi, harap korang berpuas hati dengan hasilnya ya? Lagi sekali, minta maaf sebab lambat. Huhu.. Aku kan comel, jadi korang kenalah maafkan aku. (Eh? apa kaitan?) Hehe.. gurau ok..










Pemilik-pemilik potret ni, bolehlah e-mail kan alamat anda ke amna_sya@yahoo.com jika mahu potret ini di pos kepada anda. Kalau dah bagi alamat, jangan lupa beritahu di sini ya?

Ada sesiapa nak potret juga tak? Kalau banyak permintaan, aku boleh buat lagi segment lain akan datang.

Monday, November 21, 2011

Bosco Wong


Dah beberapa hari tak update blog. Terlalu sibuk sehingga tiada apa nak diperkatakan. Hari ni pun nak cakap sikit je..

Ini Bosco Wong. Pelakon Hong Kong kegemaran aku. Kacak tak?


Thursday, November 17, 2011

Kosong

Semalam aku mimpi ada anak kucing kecil warna oren datang ke arah aku.
Sudah tentulah, ia bukannya Kembang kesayangan ku.
Tapi warnanya seperti Kembang.

Aku tak pernah rasa macam ni..
Semenjak pemergian Kembang,
Terasa ada kekosongan di hati ni.

Apa saja aku buat kebelakangan ni, serba tak kena.
Tak dapat aku gambarkan dalam bentuk bahasa, bagaimana perasaan aku sekarang.
Aku bukan jenis layan sangat perasaan,
Aku cuba buat macam-macam.
Aku sembang dengan kawan-kawan..
Aku online, aku layan anime..
Tapi setiap kali aku duduk seorang,
perasaan sebak tu datang balik.

Tiba-tiba, aku dapat idea nak melukis watak
Kembang dan abang kembarnya, Bubu,
Dalam bentuk manusia.
Tengoklah~

yang rambut oren itu Kembang.
Bubu rambut hitam.
Bagaimana? Ok tak?
Aku lukis spontan je ni. Tak lakar dulu pun.
Tu yang banyak kesalahan tu.
Nanti aku lukis semula yang serius punya.




Maka.. muncullah watak baru..
Si kembar tak seiras, Kembang dan Bubu.
Kedua-dua mereka sangat kacak, dan NAKAL!

Tapi, Kembang agak manja.
Bubu pula agak periang, gemuk, gelojoh dan tamak.
Haha..

Yang pastinya, hubungan persaudaraan mereka agak kuat.
Mereka saling menyayangi antara satu sama lain.
Sweet tak?

Tengoklah.. nanti aku buat cerita guna watak-watak ni. InsyaAllah...
Ni je yang aku boleh buat untuk isi kekosongan ni...







Tuesday, November 15, 2011

Kembang dalam Kenangan

*AMARAN* siapa baca post ini sambil gelak, akan terkena sumpahan.




Ini Kembang. Rasanya dah beberapa kali aku cerita mengenai Kembang di blog ni. Contohnya, di sini, dan di sini.

Hari ini, 15 November 2011, Kembang telah pergi selama-lamanya. Tinggalkan aku tanpa ucap selamat tinggal. (Walaupun dia cuma boleh ucap 'miow' je)

Aku di UiTM. Kakak aku sampaikan berita tersebut pada ku. Sumpah, rasa macam nak lari balik rumah je. Tapi, orang kata, yang dah pergi takkan kembali. Yang hidup, kenalah teruskan hidup. Jadi aku tetap ke kelas petang tu. (Walaupun aku rasa macam tak belajar je duduk dalam kelas)

Kembang adalah kucing yang setia. Sentiasa tunggu depan pintu rumah. Tapi, kalau tiada sesiapa di rumah, dia merayau entah ke mana. Memanglah bagi orang lain, dia kucing yang tak comel. Warna oren seperti kucing jalanan je. Tapi bagi aku, dia yang paling aku sayang.

Kakak aku kata, mungkin dia mati kerana berlawan dengan anjing. Kalau ikutkan, dia boleh je lari dari anjing. Tapi mungkin, dia berlawan kerana melindungi keluarga dia. Dia memiliki ibu, abang kembar, dan adik perempuan. (Oh betina la) Mak Cik dia pun ada.

Kalau benarlah dia mati sebab itu, dia mati sebagai pahlawan. Pahlawan! Dialah kucing aku!!! Tak apalah, dia sudah buktikan pada aku kesetiaan dia, kini dia buktikan pula keberanian dia. Kata orang dulu-dulu, "Apa tanda anak jantan, matinya di tengah gelanggang", Kau memang jantan lah Kembang! Jadi, tahulah aku, selepas ini, walau berpuluh ekor lagi kucing yang aku bela, tiada satu pun yang dapat gantikan dia.

Entah bagaimana aku nak sampaikan terima kasih pada dia. Terima kasih sebab gunakan seluruh hayat dia untuk hidup sebagai kucing aku, dari lahir sehingga mati. Aku dah anggap dia sebahagian dari keluarga aku.


Gambar-gambar Kembang dari kecil hingga besar:








Monday, November 14, 2011

Sedang Study!




Lepas ni ada test Japan. Sedang study Japan ni... Good Luck Amna~~~ (Ucap pada diri sendiri)



Saturday, November 12, 2011

Artwork aku dalam Arena Komik


Aku pembaca setia majalah Arena Komik. (Apa? Baca Arena Komik? Tak misteri langsung) Aku suka hantar artwork aku ke Arena Komik. Alhamdulillah, baiknya Arena kerana siarkannya. Ini antara artwork ku di majalah kesayangan ku itu:






Arena Komik adakan ruangan Bakat baru. Mereka mengkritik karya-karya yang dihantar pada mereka. Suka ruangan ni!!!


Tapi, apa yang aku tak suka di sini,
mereka tulis nama aku 'Syakira'.
Tulis lah 'Amna'...





Kedua-dua di atas ni lukisan aku.
Yang sebelah kiri tu,
aku lukis aku dan kawan-kawan UiTM Melaka aku.
Kami sama-sama suka Arena!!!



Atas ni pula,
lukisan aku berada di sebelah kanan.
Yang sebelah kiri tu dilukis oleh Kid Kun.
Dia banyak menghantar karyanya ke Arena.
Aku teringin nak tahu siapa itu Kid Kun.
Aku minat lukisan dia.



Sedar tak sedar, dah banyak koleksi majalah Arena Komik aku. Tiap-tiap bulan dia keluar dua kali. Aku tak pernah ketinggalan belinya taw! (Tipu.. Pernah tertinggal sekali)


Sehinggalah pada satu hari... Sebaik sahaja buka Arena Komik ku yang baru dibeli pada Julai 2011, aku mengalami kejutan jantung berserta paru-paru kerana di situ tertera notis bahawa....


Itu adalah Arena Komik isu terakhir...



Atas sebab yang aku tak tahu kenapa, Arena Komik telah meninggalkan pasaran dan lenyap dari dunia ini.. (Tapi tak lenyap dari hatiku)

Dalam isu terakhir itu, krew-krew Arena mengucapkan selamat tinggal dengan tangisan dan ayat-ayat menyentuh hati. Aku terasa sebak di dada dan juga di paru-paru. Aku seakan-akan dapat mendengar juga tangisan pembaca setia Arena yang lain. Sedih woo..

Tamatlah kisah ku dan Arena. Artwork-artwork di sini adalah sebagai kenangan.

*Macammana? Sedih tak kisah ni? haha...



Thursday, November 10, 2011

Kisah Comel Si Radio Kecil

Ada sebuah radio kecil di rumah ku. Brand Akira warna hijau kekuningan.







Pada satu hari, tiba-tiba Abah terfikir sesuatu.






Abah tambah huruf 'SY' di depan tulisan 'AKIRA' tu,
jadilah namaku, 'SYAKIRA'.






Lepas tu, adikku, Tonah, iaitu pemilik asal radio tersebut ternampak tulisan itu.
Dia pun marah la.






Tonah tidak berdiam diri sahaja...






Maka, lahirlah sebuah radio 'SYAKIRA TONAH'.








Monday, November 7, 2011

Fizgraphic: Ciri Lelaki yang Aku Idamkan



Sedang bosan-bosan, terbaca pula segmen yang Fizgraphic buat. Eh? Lelaki idaman? Tiba-tiba aku pun menggedik nak sertai...

Ini syarat-syaratnya.. Kalau nak sertai, boleh lihat di Fizgraphic.

korang wajib tengok SINI, SINI dan SINI dulu..
1. Buat ENTRY bertajuk : Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan
2. Pilih la gambar doodle yang korang suka kat bawah nie..dan link kan ke entry nie supaya blogger lain dapat tahu jugak..
3. nyatakan 5 hingga 10 sifat/ciri/perangai lelaki yang jadi pilihan korang selama ini..
4. korang tag 3-5 kawan blogger korang..
5. tinggalkan link entry korang kat ruangan komen di bawah..





Ini ciri-ciri idaman je kan? Jadi kalau nak letak ciri-ciri yang terlalu mustahil nak jumpa pun tak apalah kan.. Dah nama pun 'idaman' je.. Jadi, ciri-ciri nya ialah:

1. Lelaki, Islam, Melayu, dan KACAK!
Muka tu sekurang-kurangnya macam Farish Aziz. Boleh?


2.Misteri
Disebabkan aku adalah Gadis Misteri,
jadi aku nak cari 'Abang Misteri'.
Nak seorang yang senyap, tak banyak bercakap. Barulah nampak cool.
Tak kisahlah dia nampak sombong, asalkan hati dia baik.
Baru Misteri~


3. Tahu Bersilat
Nak yang pandai bersilat.
Bukan sekadar pandai bersilat,
kenalah ada sifat pahlawan sejati seperti:
"Semut dipijak tak mati, Gajah diharungi bergelimpangan"
Kalau tak dapat Hang Tuah, dapat Hang Jebat pun jadi laa..


4. Sentiasa Cool~
Mood ok je sentiasa, tak marah-marah, tak panas baran.
Apa keadaan yang menimpa dia, dia ada je jalan penyelesaian.



5. Mega
Tak mainlah kenderaan sekadar motor sebutir..
Kalau kereta Mercedes merah pun belum memenuhi citarasa aku.

Dia mestilah naik pengangkutan gajah.
Baru macam pahlawan Melayu zaman dulu.
Haa.. Mega kan?




Macammana? Hebat tak ciri-ciri lelaki idaman aku? Agak agak boleh jumpa tak? Hehe..
Ok, sekarang aku nak dengar dari mereka pula. Jadi aku tag:


Haa.. senang-senang, join lah yer.. Sorilaa.. asyik tag korang jer.. jangan marah ea?


Friday, November 4, 2011

Syafeika Edora tag Gadis Misteri


Huhu.. macam best je buat benda ni. Syafeika Edora tag aku. Terpaksa la jawab kan.. (sebanarnya suka sebab tengah bosan ni.. Haha) Maka, bawah ni syarat-syaratnya:
Rules :

  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back !
11 benda mengenai aku ye... Inilah:

1. Amna Shark adalah gelaran aku yang hanya dipanggil oleh Abah aku. Gadis Misteri adalah gelaran ciptaan aku sendiri sebab aku rasa aku sangat misteri. Haha..

2. Anak kedua dari lima adik beradik. Adik beradik semua perempuan, ini menjadikan aku satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Eh?

3. Aku sangat suka kucing. Jadi aku benci orang yang pura-pura suka kucing semata-mata sebab nak diri mereka nampak comel sebab sayang kucing.

4. Ya, aku memang rendah je orangnya. Tapi aku berpegang pada kata-kata: "Kecil itu comel", maka, aku dah lali dengan panggilan 'pendek', ;kecik', dan sebagainya.

5. Aku dah jatuh cinta pada dunia Melayu. Adakalanya, aku berharap agar aku hidup di zaman Hang Tuah. Tapi aku nak jadi Puteri Gunung Ledang laa.. Bukan rakyat biasa.. (Fuh.. Memilih)

6. Aku seorang yang sangat serius sehingga aku tak dapat bezakan bila kawan aku buat lawak. Aku ingat diorang serius. Sehingga pernah ditipu: kononnya Fiq Mentor tu berasal dari Kelantan dan dulu merupakan penjual goreng pisang tepi jalan. Lepas tu aku percaya.

7. Sekarang merupakan pelajar Fine Art, tapi tak kisah lah belajar apa.. Asalkan satu hari nanti dapat beli kereta merah idaman~ Hehe..

8. Selalu diketawakan kawan-kawan yang Kelantan apabila aku cuba bercakap Kelantan. Sob.. Sob.. Hey, walaupun aku orang Selangor, aku ada 50% darah Kelantan taw.

9. Aku suka warna kuning sampai cadar, bantal, tuala, semua nak kuning je. Aku suka warna kuning sebab masa kecil-kecil dulu selalu main jadi power rangers kuning. Percaya tak?

10. Sangat suka tengok perempuan cantik. (Tapi aku bukan les taw)

11. Tak tahan sejuk. Nasib baiklah di Malaysia tak ada salji.


Seterusnya, aku akan jawab soalan-soalan daripada Cik Syafeika Edora:

1. Apa pengalaman korang dalam berblogging ni?
~ Eh? pengalaman? Entah lah.. Buat blog untuk suka-suka je. Tak ambil berat pula pasal pengalaman yang aku dapat...

2. Blog aku berat tak?
~Tak. Sedang elok je..

3. Apa pandangan korang terhadap blog aku ni? best ke? menyampah tahap gaban ke?
~Suka!!! Simple dan santai je.. Tak ada sebab untuk menyampah.

4. Umur korang sekarang berapa?
~baru 21...

5. Aku comel tak?
~Comel laa.. Sebab tu follow. Hehe..

6. Kalau ada rm100 kat tengah jalan, apa korang buat?
~Hmm.. tak berani la nak ambil. Bukan nak tunjuk baik, tapi memang tak berani. Buat-buat tak nampak lah.

7. Entry apa yang korang paling suka kat blog aku ni?
~Entry yang cerita pasal temuduga tu. Tu entry yang aku mula-mula baca masa baru jumpa blog ni.

8. Bangun pagi, benda pertama yang korang buat?
~Mestilah buka mata.

9. Asal mana r?
~Lahir di Selangor, menetap di Selangor, walaupun Umi orang Kelantan dan Abah orang Kedah.

10. Dari mana korang boleh tahu tentang kehadiran blog ni? * ayat tak boleh bla *
~Dari mimpi. Ada pari-pari beritahu suruh follow blog ni. Hehe.. Gurau je.. Tak ingat la. Jalan-jalan lepas tu terjumpa.

11. Aku dah tak ada idea lah, sampai sini je boleh kan?
~Bole, bole...



Ok, giliran aku pula untuk menyoal:
1. Apa makna nama anda?
2. Suka kucing tak? Jawab jujur. Huhu...
3. Aku misteri tak?
4. Kalau tiba-tiba dapat magic untuk menunaikan satu impian, apa impian tu?
5. Blog anda secara keseluruhannya, mengenai apa ya?
6. Apa tiga benda yang anda tak akan buat walaupun keadaan memaksa?
7. Mana yang anda utamakan? Budaya kita atau trend semasa?
8. Buat masa sekarang, benda (milik anda) apa yang paling anda sayang?
9. Sebab apa follow blog Gadis Misteri ni?
10. Cinta pertama masa umur berapa ya? Hehe..
11. Jawab semua soalan ni dengan hati yang lapang tak?


Hmm.. Baiklah.. Nak tag mereka lah:


Itu je la.. Tak ada idea nak tag siapa lagi. Sebab rasanya ramai yang dah pernah buat ni kan? Ok, anda anda yang di tag, sudi-sudi lah jawab. Tapi kalau sibuk, tak jawab pun tak apa. Tak ambil hati pun. (Ambil jantung je) Hehe.. Selamat menjawab~~~~