Tuesday, September 6, 2011

Kisah Si Kacak-Kacak

Lebih kurang seminggu lagi, aku akan pulang ke UiTM. Jadi, buat masa ni, aku duduk di rumah sahaja. tak buat apa. Tiba-tiba rasa nak bercerita mengenai kacak-kacak milik ku.

Bagi mereka yang ada membela kucing, pasti sudah faham dengan perangai kucing jantan begini. Kucing jantan, apabila sudah jadi kacak, (dalam erti kata lain sudah dewasa) akan meninggalkan rumah, lalu pergi merantau entah ke mana. Betul kan?

Kucing jantan aku, semuanya begitu. Lepas satu, satu pergi merantau. Tapi, sudah tentulah, mereka sangat kacak! Tak percaya? Ni aku sertakan gambar mereka:

Dari kiri: Pep Chan, Kopi, dan Keiko.




Keiko dah lama tak pulang. Sejarah Keiko ni, masa kecil dulu, dia boleh tidur di atas air. Tak pernah aku jumpa kucing macam ni.



Seterusnya, Kopi. Kopi ni, walaupun sekarang kelihatan gagah, tapi masa kecik dulu, dia sangat lembik. Adik aku main main dengan dia macam main teddy bear. Kopi sikit pun tak melawan. Rela je. Tapi, sebaik sahaja Kopi menjadi gagah, dia tak pulang ke rumah lagi dah.


Pepsi atau Pep Chan, sangat lah kacak dan gagah. Sebenarnya, masa dia kecil dulu, dia dilahirkan dalam adik beradik yang comel. Jadi dia langsung tak menyerlah. Sedar-sedar, makin besar, makin kacak pula dia.

Pep Chan sudah jarang pulang ke rumah. Tapi sekali sekala, nampak juga batang hidung dia di kawasan berdekatan. Baru-baru ni, aku sempat mengambil gambar dia. Makin kacak!!!

Pep Chan (Pepsi)


Yang masih melekat di rumah ialah Bubu dan Kembang. Nakal dua ekor ni. Belum matang. Tak kacak pun.


Tapi, dah nampak semakin ke arah kacak laa.. Bila tengok gambar mereka kecil-kecil dulu, comel jer..


Kembang



Bubu.


Aku juga memiliki beberapa lagi yang 'bakal' jadi kacak. Sekarang ni dengan penuh sabar aku menanti anak-anak Abby untuk pandai berjalan.

Anak-anak Abby

Mereka ialah Icing, Maple, Butter dan Custard. (Disebabkan lahir pada bulan Ramadhan, TERpaksa lah letak nama-nama bahan biskut raya) Mengikut tilikan aku, tiga daripada mereka akan jadi kacak, satu lagi akan jadi jelita. Tak tahu lah tepat atau tidak tilikan aku ni. Kenalah sabar menanti mereka besar~

Begitu lah kisah kaca-kacak milik ku. Korang ada?


*Aku banyak bercakap pasal kucing kan? Biarlah.. Aku suka!! Haha..


5 comments: