Wednesday, September 28, 2011

Drama Pendek Gadis Misteri

Pada satu hari yang indah.. Gadis Misteri itu berkahwin dengan jejaka pilihannya. Majlis diadakan dalam keadaan yang serba sederhana. Malah, pakaian pengantin pun tak sedondon. "Lebih berseni kalau tak sedondon. Barulah ada unsur kepelbagaian." Kata Gadis Misteri itu yang merupakan seorang pelajar seni halus. Hadirin yang hadir pun tidak ramai. Cukuplah sekadar jiran tetangga 40 buah rumah di depan, di belakang, di kiri dan di kanan. Lagu dipasang bagi memeriahkan lagi majlis itu. Akan tetapi, lagu yang dipasang ialah lagu 'Tragis' nyanyian Fiq yang sememangnya tak bersesuaian dengan majlis yang penuh bahagia ini. Apa boleh buat, pengantin perempuan tu obses terhadap fiq.

Siapakah jejaka bertuah yang berjaya memiliki Gadis Misteri yang pandai masak daging kuda belang itu? Siapa lagi kalau bukan Roronoa Zoro.

Memang tak sesuai digelar 'Bagai pinang dibelah dua'
Lebih sesuai disebut 'Bagai pipit dengan enggang'.


Di antara hadirin yang hadir ke majlis tersebut, turut terdapat Inuyasha. Semua orang di sana sudah sedia maklum bahawa Inuyasha merupakan ex-boyfriend Gadis Misteri. Para hadirin memandang Inuyasha dengan hati sayu seolah-olah memahami perasaannya. Lidah Inuyasha kelu. Dia tak mampu berkata apa-apa. Selama ini dia sangka Gadis Misteri suka lelaki berambut putih. Tapi kini Gadis Misteri berkahwin dengan lelaki berambut hijau. Kalau lah dia tahu, akan dia warnakan rambutnya hijau sehijau kulit buah tembikai.


Maka, tamatlah sebuah kisah cinta yang penuh tragis ini. Andai drama ini masuk pawagam, tentu mendapat sambutan hangat sehingga penonton baling kasut ke arah skrin.



Sekian..



4 comments:

  1. ngeng tol~
    oi! ko da brubah arah dr inuyasha ke Roronoa Zoro ke?
    sian inuyasha~~

    ReplyDelete
  2. keh keh keh

    comeinyer pengantin tue =D

    ReplyDelete
  3. wow.. agak rare pengantin nie.. koh koh koh

    ReplyDelete