Tuesday, May 31, 2011

Sambil menyelam, minum air

Aku sedang menjalani latihan praktikal di Muzium Sultan Alam Shah. Sejujurnya, setakat ini aku belum buat apa-apa lagi. Tapi aku suka berada di sini. Sementara belum mendapat apa-apa tugasan, aku menggunakan peluang yang ada ni untuk menyelongkar buku-buku di muzium ni. Haha.. Aku bahagia~

Buku-buku di sini memang best la. Setakat ni, aku sedang membaca dua buah buku. 'Tunjuk Ajar Melayu' dan '101 Puteri Dunia Melayu'. Baca buku ni bukanlah tugasan praktikal.. Tapi, apa salahnya sambil menyelam minum air kan? Huhu.. Bahagia~



* perlu ke ceritakan apa isi buku-buku ni? Tengok lah.. Kalau ada mood, aku ceritakan nanti.

Pedang Inuyasha


Aku memang kumpul barang-barang Inuyasha dari dulu lagi. Atas ni, antara koleksi aku. Lepas tu, beberapa hari lepas, aku terjumpa pedang Inuyasha. Jadi bertambahlah koleksi aku.



Ini gambar pedang Inuyasha:


..dan ini pedang Inuyasha milik ku:

Haha.. aku lah perempuan paling bahagia di muka bumi ini!! Inilah pedang yang dengan satu lambaian saja, mampu menghapuskan beribu-ribu yokai. Eh, terberangan pulak~ Ok lah, tu je kisahnya.

Ada la lagi satu kisah ni.. Ayah aku nak buka bungkusan plastik makanan, tapi tiada gunting atau pisau. Lepas tu dia cakap: "Mana PARANG Amna tu? Boleh buka ni tak?" Woo~ ini pedang laa... bukan parang!! Huhu..



Saturday, May 21, 2011

Bubu dan Mr.Lembu

Ini kisah Bubu. Dia boleh mendapat nama 'Bubu' adalah kerana warnanya yang hitam putih seakan-akan warna lembu. (Padahal, lembu di Malaysia lagi banyak warna coklat). Masa dia belum ada nama dulu, aku dan adik aku panggil dia: "yang macam lembu". Lama-lama, lekatlah nama dia Bubu..

Bubu sangat comel. Sangat nakal. Sangat gemuk! Terdapat bentuk 'love' di kiri dan kanan badan dia. Itulah sebabnya dia disayangi oleh seisi rumah.


Kini, Bubu akhirnya bertemu Mr.Lembu. Lihat~ nampak macam kembar!!! Bubu pun berkata: "Tak serupa pun..."

Friday, May 20, 2011

Cik Amna pergi praktikal

Tersebut lah kisah, seorang pelajar seni halus menjalani latihan praktikalnya. Pelajar tersebut digelar Amna. Amna merupakan seorang gadis yang tak berapa nak tinggi, malah dia juga.... Ahh~ malas nak cakap. Pendek kata, aku lah yang pergi praktikal tu.

Tempat praktikal aku adalah di Muzium Sultan Alam Shah yang terletak di Shah Alam. Aku memilih tempat tersebut adalah sebab ianya dekat. Sejujurnya, aku bukan tahu pun apa yang seorang pelajar Seni Halus boleh buat di sana.

Kini empat hari telah berlalu. Aku masih belum mendapat apa-apa tugasan di sini. Tak buat apa-apa, mestilah bosan. Tapi kini, aku mula menghayati suasana muziam, dan aku rasa aku mula sukakan tempat ini.

Setiap kali masuk di pintu utama muzium, ada satu bau yang menyambut aku. Aku tak tahu nak kata ia bau apa. Tapi bau itu agak menyenangkan. Seperti bau kayu yang bercampur bau penghawa dingin. Mungkin kerana pintu kayu besar itu? Atau kerana tiang kayu itu? Tak kisahlah.. Yang aku tahu, aku senang dengan bau ini.

Setiap kali aku menuju ke pejabat, aku akan lalu di depan pedang semasa zaman pemerintahan Jepun dulu.
Satu hari, ketika lalu di tempat yang sama, aku terdengar suara seorang bapa bercakap dengan anak kecilnya:
"Tengok, itu yang samurai guna. Ayah guna tu buat potong ikan."
Lepas tu, fikiran aku mula la membayangkan pak cik berkopiah tu guna pedang untuk potong ikan.
Mungkinkah begini:



Saturday, May 14, 2011

Semangat Puteri Islam !



Mari sini, aku bocorkan satu rahsia~
(Bukan rahsia sangat pun..)
Hehe.. dulu aku seorang Puteri Islam!!!
Tiba-tiba teringat.
Siapa Puteri Islam? Angkat tangan!!!
Yeah! Semangat Puteri Islam~
Mari nyanyi sama-sama:

Puteri Lembaga Islam riang gembira,
Tetap taat kepada Allah dan raja,
Berkorban untuk agama dan negara,
Dunia akhirat mendapat bahagia...

Hehe.. ingat sampai sini je.
Ok, sekian...



Wednesday, May 11, 2011

Apa Ada dalam Sketch Book?

"Kau kawal painting, atau painting kawal kau?"
Selalu fikirkan persoalan ini..



Ini eksperimen je.
Lukis guna alat solek. (eye shadow)
Hehe..



Tak ada apa-apa ni..
Saja tiru satu iklan tu.



Dilukis semasa hati berbunga-bunga.
Lalala~




Monday, May 9, 2011

Paper dah habis~

Paper dah habis. Rasa lega sangat. Maka, selesailah semester ini... Oh ya, beberapa hari lepas aku ada kata Diploma Show hebat. Hari ni, aku lihat Degree Show. Menggigil lutut aku. Jauh lebih hebat laa!!! Kalau begini la Degree Show, memang jauh la dari taraf aku. Aku perlu berusaha lebih. Bukan lebih, tapi banyak~ Kena usaha banyak-banyak sebelum aku ke part 6. Amna boleh!!!

*sayangnya, pergi Degree Show tadi tak bawa kamera laa..



Sunday, May 8, 2011

Umi


Sejak kecil lagi, kami adik beradik selalu buat kad bila tiba hari ibu. Tapi, inilah kali pertama kami buat kad guna photoshop. Sebelum ni buatan tangan tau... Nak buat macam mana, kami adik beradik masing-masing belajar lain-lain tempat. Ok, sejujurnya, ayat-ayat yang tertera di atas kad ni, semuanya dikarang oleh adik aku. Aku buat design kad jer. Saja guna warna hijau lebih, sebab Umi suka hijau. Tapi kan, ada satu perkataan dalam kad ni yang ditambah oleh aku sendiri. Perkataan 'perfect'. Cuma ada satu sebab kenapa aku nak letak juga perkataan tu. ~Sebab Umi perfect!



Friday, May 6, 2011

Kali Terakhir di UiTM Lendu



Sudah setahun setengah aku meninggalkan UiTM Lendu selepas aku ke Shah Alam. Tapi, tiap-tiap semester, aku pasti datang sekali ke UiTM Lendu untuk melawat Diploma Show di sana. Tapi, nampaknya kedatangan ku kali ini akan jadi yang terakhir. Sebab, kali ni Diploma Show batch aku dulu. Untuk Diploma Show akan datang, aku tak akan datang lagi.



Tu dia.. nampak pintu depan UiTM pun, aku dah terasa sebak. Ini kali terakhir aku akan lalu melalui pintu ni!!! Err.. post kali ni agak mengada-ngada la pulak. Korang tak yah baca lah. Biar aku cakap kat sini sorang-sorang. Hehe..

Jadi, di sini lah kot penamat kisah aku di UiTM Melaka. Tempat penuh suka duka. Tempat penuh drama. Ketika aku melawat rumah seorang kawan aku, aku lihat dinding biliknya penuh tertampal kata-kata yang menggambarkan dia gembira. Tapi aku tahu kebenaran. Dia cuba sembunyikan kesedihannya. Yang sebenarnya, dia cukup terseksa di UiTM Melaka. Apa boleh buat. Tempat penuh drama. Si busuk hati sorang tu, hasut lecturer-lecturer hingga lecturer-lecturer pandang serong pada geng aku. Dia sebenarnya cemburu, tak boleh tengok orang naik. Lecturer pun satu~ Kenapa percaya pada sebelah pihak? Tapi, aku kagum pada kawan-kawan aku. Mereka boleh teruskan belajar. Aku?? Aku di UiTM Shah Alam. Aku tak sekuat mereka untuk melalui semua tu. Namun, benda-benda macam ni lah buat persahabatan kami kukuh. Si busuk hati tu, tak kan ke mana. Kita tengok laa..

Buat apa cerita pasal si busuk hati tu. Ni nak cerita pasal Tunas Ilham 7. Diploma Show semester ini. Sedih rasa taw.. Aku tak henti-henti bayangkan andainya aku masih pelajar sini, tentu ini Diploma Show aku. Tak apa, tak apa, tunggu Degree Show lah. (Kata-kata pujuk hati)





Diploma Show kali ni hebat~ Ini aku sertakan gambar-gambar beberapa work bersama pelukis-pelukisnya.
Ini Wahida bersama paintingnya.
Aku suka painting ni!!!!
Aku suka pelukisnya juga. Hehe..


Ini painting Shelby.
Shelby memang hebat sejak dulu lagi.
Kagum pada dia.


Ini Sculpture Qistina.
Hebat~
Secantik orangnya.



Ini Kurt. Member rapat aku.
Sampai sekarang aku tak percaya work dia feminin begitu.
Hehe.. kagum laa~


Ini Fiqah.
Kawan rapat aku gak.
Suka idea dia.


Ustaz dan work dia.


Aku suka kuning.
Jadi aku suka printmaking dia ni.


Ini Qistina yang cantik dan lemah lembut.


Aku memerhatikan Diploma Show dari tingkat atas. Masa ni memang asyik berangan je aku. Berangan andai ini adalah Diploma Show aku. Dari sini, aku memerhatikan kawan-kawan ku berhadapan dengan orang ramai yang datang melihat work mereka.




Selain dari tengok artwork, niat aku datang sini nak jumpa kawan-kawan. Mestilah kan.. Tapi tak semua gamba kawan-kawan aku ada di sini. Maaf. Huhu..

Awek cun sebelah aku ni Ajlaa. Teringat kenangan buat painting bersama dia dulu.


Ini Syikin. Girlfriend aku kat UiTM Lendu.
Sayang giler kat dia...



Fathin, aku dan Kurt.
Ada pulak diorang gi bukak cerita lama-lama dulu.
Aku sakit perut ketawa.



Aku bersama satu-satunya abang aku.
Aku risau.. Takut pertemuan kali ini adalah pertemuan terakhir aku dan dia.
Sebab selepas ni dah tak ada sebab untuk jumpa dia.
Adakah ini gambar terakhir yang aku boleh ambil bersama dia?



Huhu.. terbuka cerita sedih pulak. Ok, ini pula gambar senyuman-senyuman menawan yang dapat aku curi hari ini. Mari lihat, hasil tangkapan aku.

Manis senyuman Fiqah..


Wani yang cun~


Qistina... Aku akan rindu dia..

...dan, ini adalah senyuman yang sememangnya aku akan rindu!!! Wahida~ Awek aku yang paling comel kat Lendu ni. Comelnya dia, sampai kucing pun kalah. Hehe..




Senyuman dia memang manis.. Sejuk hati tengok..


Jumpa kawan grafik sorang ni.. Nufail. Comel je dia kan.. Pakai pulak baju sama-sama putih hari ni. Jadi cantik je gambar.
Tu je kot cerita hari ni. Huhu.. Hepi...



Wednesday, May 4, 2011

Curi-curi lukis


Ini roommate aku semester lepas.
Macam biasalah, aku curi-curi lukis.
Haha..



Tuesday, May 3, 2011

Pencuri Hati


Mencuri hati juga adalah satu kesalahan.
Kesalahan yang tak dapat dimaafkan...




Monday, May 2, 2011

Sketch Book Peribadi Cik Amna

Haa.. Kali ni aku rasa nak tunjuk apa isi sketch book aku, kepada korang semua!!! Apa? Tak berminat nak tengok? Tak nak tengok tak pe.. Aku tunjuk pada yang nak. Ok?? Ni sketch book peribadi aku. Aku lukis apa aku nak, tanpa hiraukan element and principle of art. Kualiti line tak ada, tak nampak form ke.. aku tibai je.. Sketch book peribadi, siapa nak marah kan?? Asalkan aku rasa gembira bila melukis. Hasil hodoh tak apa.. Huhu..


Ini aku lukis sementara tunggu internet loading lambat sangat.
Tak sangka sempat siap still life atas meja.
Nampak sangat lah betapa line internet lambat masa tu.



Ini aku lukis dengan melihat pada cermin.
Belajar lukis mata, hidung dan mulut.
Kertas kat sebelah tu, borang Nando's.
Berangan nak masuk, tapi tak masuk-masuk pun.




Ini gambaran aku semester ini.
Hidup yang kelam kabut,
teater dah campur aduk dengan fine art.




Ini aku lukis classmate aku secara curi-curi. Zizan namanya.
Sementara Prof Awang bercakap kat depan,
tangan aku TERlukis dia pulak. Hehe..


Ok, ini antara isi sketch book peribadi aku. InsyaAllah aku akan tunjuk lagi lain kali..

Buat Lawak Biar Bertempat...

Pada suatu hari,
aku keluar makan bersama Umi
dan dua orang adikku.
Maka, jadilah satu kisah...