Friday, May 20, 2011

Cik Amna pergi praktikal

Tersebut lah kisah, seorang pelajar seni halus menjalani latihan praktikalnya. Pelajar tersebut digelar Amna. Amna merupakan seorang gadis yang tak berapa nak tinggi, malah dia juga.... Ahh~ malas nak cakap. Pendek kata, aku lah yang pergi praktikal tu.

Tempat praktikal aku adalah di Muzium Sultan Alam Shah yang terletak di Shah Alam. Aku memilih tempat tersebut adalah sebab ianya dekat. Sejujurnya, aku bukan tahu pun apa yang seorang pelajar Seni Halus boleh buat di sana.

Kini empat hari telah berlalu. Aku masih belum mendapat apa-apa tugasan di sini. Tak buat apa-apa, mestilah bosan. Tapi kini, aku mula menghayati suasana muziam, dan aku rasa aku mula sukakan tempat ini.

Setiap kali masuk di pintu utama muzium, ada satu bau yang menyambut aku. Aku tak tahu nak kata ia bau apa. Tapi bau itu agak menyenangkan. Seperti bau kayu yang bercampur bau penghawa dingin. Mungkin kerana pintu kayu besar itu? Atau kerana tiang kayu itu? Tak kisahlah.. Yang aku tahu, aku senang dengan bau ini.

Setiap kali aku menuju ke pejabat, aku akan lalu di depan pedang semasa zaman pemerintahan Jepun dulu.
Satu hari, ketika lalu di tempat yang sama, aku terdengar suara seorang bapa bercakap dengan anak kecilnya:
"Tengok, itu yang samurai guna. Ayah guna tu buat potong ikan."
Lepas tu, fikiran aku mula la membayangkan pak cik berkopiah tu guna pedang untuk potong ikan.
Mungkinkah begini:



1 comment:

  1. salam... saya pelajar degree dan ingin buat praktikal di muzium shah alam... nak apply LI di muzium perlu ke Jabatan Muzium Malaysia atau direct ke Muzium Sultan Alam Shah? boleh email ke saya zakiah2408@gmail.com TQ :)

    ReplyDelete