Sunday, January 25, 2015

Tommy Tompok

Sudah agak seketika Tommy Tompok berada di rumah kami. Kisahnya begini, Tommy adalah anak kucing yang datang entah dari mana tiba-tiba boleh berada di rumah kami. Ya, dia hanyalah tetamu. Tapi, tetamu yang tak reti pulang ke rumah. Sehingga sekarang dia masih berada di rumah kami. Dia datang dalam keadaan kurus kering, sekarang sudah besar. Namanya Tompok. Tapi adakalanya dipanggil Tommy kerana mitos mengatakan kucing lebih bertindak balas dengan nama yang berakhir dengan bunyi 'eee'. Kadang-kala, ia juga dipanggil 'Tommypok' atau 'Tom'. Dia sebenarnya kucing betina. Nama seperti jantan pula kan? Tak apalah..


Tommy ini seekor kucing yang bijak. Boleh duduk di rumah dengan baik, tidak mencuri makanan manusia atau tidak buang air dalam rumah. Maka, sekelip mata sahaja, dia telah menawan hati Umi, Abah dan adikku, Najaa. Dia menjadi kawan baik Najaa. Tidur juga bersama. Sweet sekali lihat mereka bersama-sama.



Hoho.. air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kucing yang bijak rupanya adalah kucing yang nakal. Nakalnya, belum pernah aku lihat terdapat dalam diri kucing-kucing kami yang lain sebelum ini.


Yang buat aku geram, kenakalannya asyik kena pada aku saja. Asyik-asyik dengan aku dia cari pasal. Dengan orang lain, tidak pula.


Nanti akan datang aku cerita panjang lebar lagi mengenai Tommy. Kalau nak diceritakan semua, panjang.

Sekian...




Monday, January 12, 2015

Komik Amna Shark



"Aku nak menyertai pertandingan komik ini lah!" Kata aku tiba-tiba dipenghujung tahun lepas. Selepas itu, siang malam ku digunakan untuk aku mencari idea cerita. Namun, tak ada satu idea pun menjengah ke ruang pemikiran ku. Sehinggalah 14 hari saja lagi tinggal sebelum tarikh tutup.

"Apa? 14 hari saja lagi untuk buat 19 muka surat? Ini mustahil!!!" Lalu, aku pun capai pen dan kertas. Tak kisahlah cerita apa. Yang aku tahu, aku mahu melukis komik juga! Selepas itu, siang malam aku berkurung dalam bilik bagi menyiapkannya.

Dipenghujung waktu, aku berjaya menyiapkannya dan sudahpun selamat hantar.

Kini, komik tersebut boleh dibaca di sini.

Selepas baca, aku mengharap agar pembaca-pembaca blog ku semua sudi untuk mengundi komik aku. Aku amat memerlukan undian untuk pertandingan ini. Undian bolehlah di buat di sini.


Itu saja buat masa sekarang. Terima kasih semua.