Tuesday, November 27, 2012

Akhirnya... Konvokesyen ku.




Semalam.... Hari konvo ku serentak dengan hari konvo kakak. Aku di Shah Alam, kakak di Terengganu. Terpaksalah Umi dan Abah ku pergi salah satu je. Umi ke Shah Alam, Abah ke Terengganu. Walaupun agak cemburu bila lihat rakan-rakan lain semua satu family datang, tapi sebenarnya, gembira jugak~ Grad serentak dengan kakak. Syukur~~~ Terima Kasih Umi dan Abah. Siapa aku hari ini, semuanya kerana didikan mereka. Tak bermakna perjalanan ku sudah tamat. Aku faham ijazah itu hanya pada skroll. Yang penting adalah ilmu, dan bagaimana aku guna ilmu tersebut untuk kebaikan semua. Semoga rakan-rakan seperjuangn ku semua mencapai impian masing2.

Hari yang sama,
tempat yang berbeza.



Dalam perjalanan sebelum konvokesyen bermula.
Gementar? Tidaklah.. Sedih je...



Bersama Umi tersayang.




Fathin Nur Izzah.
 Rakan seperjuangan ku sejak dari Diploma, Degree, hingga kini.
Rakan sehati sejiwa, susah senang bersama,
saling menasihati..
Sayang dia.




 Rakan sekelas.
Rakan yang selalu aku susahkan dalam apa-apa masalah aku.
Terima kasih, maaf.



Umi berjumpa kawan-kawan Umi.
Kebetulan, anak-anak kawan-kawan Umi, adalah rakan ku.
Fathin, rakan karibku sejak Diploma,
Ainun, rakan sekelas Liberal Studies.




 Akhir kata,
Syukur Allah berikan kesempatan aku merasai tamatnya Degree.
Tapi, perjalanan ku belum tamat.
Masih banyak yang boleh diterokai atas muka Bumi milik Allah SWT ini.


Wednesday, November 21, 2012

Majlis perkahwinan rakan sekelas

Ahad yang lalu, teruja aku pergi menghadiri majlis rakan sekelas ku ketika sekolah menengah dulu. Kawan aku tu, Sheila. Dulu memang satu geng la. Bila jumpa dia, dia pun nampak gembira lihat aku. Mana tidaknya, inilah kali pertama kami berjumpa setelah tamat sekolah menengah. Sedangkan rumah kami berdekatan je. Tapi masing-masing belajar lain-lain tempat, memang dah lama tak jumpa la. Setakat bertegur di facebook saja selama ini.

 Aku dan Sheila

Maka, berlakulah perbualan aku dan dia:

Aku: Tak percaya... Sheila dah kahwin!!!
Dia: Percayalah Amna... Amna, bila lagi?
Aku: Entah bila...
Dia: Amna memilih sangat kot?



Haha.. Aku memilih? Mana ada.. Err.. sebenarnya memang agak memilih. Hehe.. Ok, abaikan. Aku muda lagi laa... (Walaupun aku dan dia sama umur)

Perbualan yang pendek itu, cukup untuk aku nampak yang Sheila sedang bahagia. Aku gembira lihat dia bahagia. Selepas perbualan yang pendek tu, Sheila sempat hulur satu cupcake warna ungu, sama warna tema dengan bajunya, kepada ku. Aku sambut dan berkata "Yay..." Terserlah sifat kebudak-budakan ku apabila gembira menerima kek. Sekaligus, terjawab juga persoalan mengapa aku belum berkahwin. Kerana aku masih kebudak-budakan lah. Hehe...

Cupcake ungu yang comel


Wednesday, November 14, 2012

Aku dan Seni

Memicit akrilik, yang keluar adalah bentuk hati.


Sudah sebulan aku menjalani hidup begini. Siang hari aku melukis di sebuah company animasi. Malam hari aku membuat painting di bilik sewa ku. Secara keseluruhannya, aku bersyukur dapat hidup begini. Bahagia. Memang impian aku hidup begini. Cuma membuat perkara yang disukai sepanjang hari.

Tapi, biasalah... walau gembira dengan cara hidup ini, tetap ada perkara yang buat aku tak suka. Sudah lama aku tak pulang ke rumah. Setiap kali tiba malam hari, aku terfikir, tertanya-tanya, apa yang Umi aku sedang buat di rumah sekarang ya? Ada kalanya, terkenang juga pada Sang Abby, kucing tua yang selalu menjadi peneman aku ketika aku duduk di rumah dulu. Dulu ketika duduk di rumah, tak ada kerja, sudah menjadi kebiasaan aku, sentiasa menjenguk melalui tingkap, lihat Abby. Kini bila jauh dari rumah, tak sangka pula akan terkenang pada Abby tu.

Abby

Maaf lah jika bosan dengan cerita-cerita mengenai diriku di sini. Tapi, sejak mula-mula membuat blog ni, memang aku sudah pasang niat untuk mencatitkan kisahku dalam dunia seni di sini. Terima kasih kepada yang sudi baca. Aku hargainya....

Saturday, November 3, 2012

Rinne Rokudo

Satu watak manga berjaya menambat hati aku baru-baru ini. Dia ialah Rinne Rokudo, dari manga Kyoukai no Rinne. Pelukis manga ini ialah Takahashi Rumiko, pelukis yang sama juga telah menghasilkan Inuyasha dan Ranma 1/2 dua karya popular sebelum ini.


Rinne Rokudo




Kiri, Inuyasha. Kanan Rinne.


Oleh kerana dihasilkan oleh pelukis yang sama, rupa Inuyasha dan Rinne ada persamaan. Aku adalah peminat Inuyasha sebelum ini. Tiba-tiba bila Rinne muncul, aku boleh nampak wajah Inuyasha dalam wajah Rinne.

Wajah saja sama. Tapi personaliti memang berbeza sekali. Aku terhibur dengan kisah Rinne dan perwatakannya. Rinne ni, senyap, muka jarang menunjukkan emosi. Tapi, bila soal duit, dia cukup berkira dan kedekut kerana kehidupannya yang susah. 

Jalan ceritanya santai saja. Tidak seperti Inuyasha, agak berat. Kini aku sentiasa ternanti-nanti manga Rinne Rokudo. 



Thursday, November 1, 2012