Satu watak manga berjaya menambat hati aku baru-baru ini. Dia ialah Rinne Rokudo, dari manga Kyoukai no Rinne. Pelukis manga ini ialah Takahashi Rumiko, pelukis yang sama juga telah menghasilkan Inuyasha dan Ranma 1/2 dua karya popular sebelum ini.
Rinne Rokudo
Kiri, Inuyasha. Kanan Rinne.
Oleh kerana dihasilkan oleh pelukis yang sama, rupa Inuyasha dan Rinne ada persamaan. Aku adalah peminat Inuyasha sebelum ini. Tiba-tiba bila Rinne muncul, aku boleh nampak wajah Inuyasha dalam wajah Rinne.
Wajah saja sama. Tapi personaliti memang berbeza sekali. Aku terhibur dengan kisah Rinne dan perwatakannya. Rinne ni, senyap, muka jarang menunjukkan emosi. Tapi, bila soal duit, dia cukup berkira dan kedekut kerana kehidupannya yang susah.
Jalan ceritanya santai saja. Tidak seperti Inuyasha, agak berat. Kini aku sentiasa ternanti-nanti manga Rinne Rokudo.
Dulu minat sangat kat kartun ranma tu . haha
ReplyDeletetak sangka ada juga orang malaysia yang minat manga kyoukai no rinne ni...saya suka jalan cerita manga ni sampai dah baca sampai volume 13 kat mangahere :)
ReplyDelete