Sunday, January 30, 2011

Cinta Tak Singgah ku Lagi


Aku orang terbelenggu
Ditawan pesona mu
Namun akhir satu mimpi
Cinta tak singgah ku lagi
Sengsara kemelut duniaku

Jika bisa ku kembali menginjak bumi
Sudah pasti kau juga yang ku cari

Mengapakah hanya dia
Yang menghidupkan jantungku
Mengapakah hanya dia
Buat aku cipta lagu
Sengsara kemelut duniaku

Jika bisa ku pulangkan deriaku ini
Sudah pasti kau juga yang ku cari

Aku dah tahu
Hanya cintamu jiwaku

Jika bisa ku kembali menginjak bumi
Sudah pasti kau juga yang ku cari
Cari cari cari cari cari

Sudah pasti kau juga yang ku cari


..................................................................

Ini lirik lagu Fiq... Suka lagu ni..

Saturday, January 29, 2011

Aku dulu-dulu

Pada suatu petang, aku bersama Umi aku singgah di Giant sebelum pulang ke rumah. Ketika berjalan, perhatian ku tertumpu ke seorang anak kecil. Anak itu bermain gelungsur sambil di pegang oleh ibunya, kerana dia masih kecil. Comelnya dia!! Senyum lebar setiap kali gelungsur. Aku teringat aku memiliki sekeping gambar yang menunjukkan aku juga pernah seperti anak itu satu ketika dulu. Aku bermain gelungsur, di pegang oleh atuk aku. Hehe.. ini lah gambarnya:

Thursday, January 27, 2011

Lintas Jalan


Tadi aku menuju ke fakulti seorang diri. Dah menjadi kebiasaan aku bergerak sendiri. Ini kerana aku lebih senang begini. Jimat masa. Aku tak suka pergerakan aku terbatas apabila bergerak dengan kawan-kawan. Bila sendiri, boleh jalan laju dan boleh keluar bila-bila masa saja yang aku nak.

Apa yang aku nak cerita ialah, bergerak sendiri ni ada kelemahannya. Aku takut untuk melintas jalan. Ye, ianya satu fakta, bukan gurauan. Apabila hendak melintas jalan, aku akan mengambil masa yang lama menanti jalan tersebut benar benar tiada kenderaan. Kelakar lah..

Macam mana aku boleh hidup selama 20 tahun ni dengan kelemahan ni? Aku pun rasa ajaib jugak. Seingat aku, waktu aku tujuh tahun agaknya, aku dan adik beradik aku keluar dengan umi kami. Sehinggalah ketika tu, umi kami memimpin kami empat beradik untuk melintas jalan. Entah nasib malang apa, aku boleh tercicir dan mereka semua dah sampai ke seberang jalan. Mereka tunggu aku di seberang jalan. Tapi aku takut untuk ke sana. Nasib baik teksi yang kebetulan lalu, berhenti seketika untuk membenarkan aku melintas. Terima kasih pak cik. Semoga tuhan balas budi baik pak cik..

Ketika aku tingkatan satu, aku dan kakak aku berjalan kaki ke sekolah. Aku tak ada masalah kalau bersama kakak aku. Bila nak melintas jalan, aku tak tengok kiri kanan pun tak apa. Pimpin tangan dia je.. Tapi, masalah yang sebenar tiba setiap hari Khamis. Sebagai pengawas perpustakaan, setiap hari Khamis kakak ku akan pergi sekolah ketika sesi pagi untuk bertugas. Pada sesi petang, aku keseorangan menunggu untuk melintas jalan. Percaya tak, aku akan ambil masa setengah jam untuk melintas!

Seorang kawan baik ku di UiTM ni, memiliki masalah yang sama dengan aku- takut lintas jalan! Apabila kami keluar berdua, memang sangat kelakar, ok!! Dua- dua orang takut. Tapi sekurang kurangnya, aku tak ambil setengah jam seperti dulu. Jadi, aku beranggapan masalah ku ini bukan masalah besar lagi.

Balik ke cerita hari ini, ketika aku hendak melintas jalan, aku tetap ambil masa yang lama. Ada satu lori ni, memang menambah garam di luka je! Dah la aku tengah tak berapa berani, bila lalu di depan aku, lelaki-lelaki tak guna dalam lori tu bole nak buat bunyi: "feweet..." la pulak! Dasar lelaki tak berpelajaran! Semoga tayar lori korang pancit lepas ni!

Syukur, ada satu kereta ni memberhentikan keretanya agar aku boleh melintas. Seorang pak cik. Terima kasih~ Lelaki baik masih wujud dalam dunia ni. Fikiran aku teringat kembali pak cik teksi ketika aku berumur tujuh tahun. Kalau semua orang dalam dunia ni seperti mereka, orang macam aku tak ada masalah lagi! Hehe..

Inilah dia sebuah kisah yang mungkin dipandang remeh bagi orang lain. Tapi aku yakin, wujud segelintir orang di luar sana yang mengalami masalah seperti aku ni. Tak apa, aku boleh hadapi masalah ni sendiri. Aku dah biasa...

Form & Soul -mind map

Mind map untuk form & soul kumpulan Kembang Cina. Ahli-ahlinya adalah aku, Zai, Ajin, Aiman, Nadia, Dila, Nas, Yatt.

Pada Satu Hari Rabu

Pada pagi Rabu yang tenang aku tidak membuat apa-apa. Tiba-tiba aku mencapai kertas dan pen, kerana idea untuk painting aku muncul secara tiba-tiba, Pada waktu tengah hari, aku keluar berbaju ungu serta tudung hitam. Aku pilih untuk tidak bersolek hari ni. Aku melangkah dengan kasut tumit tinggi menuju ke arah bas. Walaupun kelas dibatalkan hari ini, aku tetap perlu menyelesaikan beberapa urusan.

Di dalam bas, terdapat seorang gadis yang menarik perhatian ku. Dia duduk bertentangan dengan ku. Rupanya tidak lah terlalu cantik, tetapi manis dipandang. Keningnya tebal, berbentuk bulan sabit. Matanya bulat, tapi nampak lembut. Tulang pipinya tinggi. Kulitnya cerah. Bibirnya yang ditutup rapat membentuk bulat. Rambutnya lurus dan panjang. Dia memakai baju kurung jingga coklat. Indah sekali. Kecantikan Melayu yang sebenar. Kalaulah terdapat kertas dan pensel di tanganku, mahu saja aku melakar wajah gadis tersebut.

Bas Rapid yang ku naiki berhenti di seksyen 2. Di situ aku tukar bas dan menuju ke PKNS. Setelah selesai urusan di PKNS, aku segera pulang. Aku berjalan kaki menuju ke Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Aku ada urusan di sana. Aku memilih untuk lalu di laluan kecil yang dikelilingi pokok-pokok tinggi. Kebiasaannya, aku ikut laluan lebar yang bersebelahan dengan laluan kenderaan. Tapi hari ini, jalan kecil ini lebih dekat. Perjalanan terasa pendek dengan menghayati keindahan cahaya yang terpancar di celah celah daun pokok.

Setibanya di Fakulti, aku terpaksa menaiki tangga hingga tingkat empat. Aku ingin berjumpa dengan lecturer. Namun, aku terpaksa menunggu seketika kerana terdapat ramai orang yang ingin berjumpanya. Berbaloi untuk menunggu kerana aku dapat banyak benda hanya dengan pertemuan ini. Aku jadi semakin jelas dengan tajuk aku. Malah, aku juga mengetahui banyak benda mengenai Philosophy, sesuatu yang aku cuba untuk mengenali sejak kebelakangan ini.

Aku meninggalkan bilik lecturer ku dengan perasaan puas hati. Banyak benda yang ingin aku kaji selepas ini. Ketika aku menuruni tangga, aku terserempak dengan dia. Dia ialah seseorang yang sangat aku kagumi sejak dua tahun yang lalu. Dia menegur aku tanpa sebarang kata-kata. Hanya gaya yang menggambarkan. Setelah itu aku dan dia berjalan ke arah yang bertentangan menuju ke destinasi masing-masing. Sambil berjalan pulang, aku tidak dapat untuk berhenti senyum mengenangkan yang dia menegurku tadi.

Setibanya di bilik ku, aku menjamah nasi. Aku berasa puas hati dengan semua urusan yang telah aku selesaikan hari ini. Begitulah satu hari Rabu ku berlalu.

*Cerita ini memang tiada isi. Aku sekadar ingin melihat kemampuan Bahasa Melayu ku setelah lama ditinggalkan. Hehe..

Tuesday, January 25, 2011

Kisah Idea Painting Aku

Idea untuk painting aku di terima baik oleh prof. Aku rasa gembira sangat. Tapi, dalam pada gembira, ada sikit ketakutan jauh di penjuru hati aku. Sebabnya, aku sedar kini aku baru sahaja melepasi satu garisan keselamatan, masuk ke kawasan yang lebih bahaya. Aku akan cerita dengan lebih terperinci.

***

Minggu lepas, ketika aku mula-mula menyampaikan idea ku di hadapan kelas, aku menjadi kurang pasti dengan idea ku. Ini kerana reaksi yang aku terima agak kurang menyenangkan. Kawan-kawan aku buat lawak dengan “pagar” (idea aku). Malah ada orang panggil aku dengan nama “pagar”. Aku tahu benar, mereka sekadar bergurau senda, mencari sesuatu untuk dijadikan bahan. Yalah, tanpa gurauan, apalah erti hidup ini. Aku tidak menyalahkan mereka. Namun, kerana aku sendiri masih kurang jelas dengan idea ku, aku menjadi kurang yakin dengan idea tersebut. Namun begitu kata-kata prof: “It’s interesting..” yang menjadi kekuatan aku. Tapi sebenarnya, prof tambah lagi ayatnya dengan: “….It’s interesting.. BUT bla.. bla.. bla..”

Sebenarnya, ramai yang membantu aku. Seorang senior dari studio sebelah terus menerus tanya aku ini dan itu. Dia sebenarnya nak biar aku nampak apa yang aku buat. Betul juga. Tanpa semua pertanyaan dia tu, aku jadi tak tahu apa yang aku tahu. Sebenarnya, semua kawan-kawan yang tak henti-henti membuat lawak dengan “pagar” tu pun membantu. Semakin banyak mereka menyebut “pagar”, aku jadi makin berfikir mengenai idea ku. Abang aku yang aku sayang pun banyak membantu. Sepanjang aku berjaga waktu malam kerana menyiapkan sketches, dia juga online, dan chatting dengan aku. Dia bukan sahaja menyumbangkan idea, malah memberi kata kata semangat. Ketika aku kata bahawa topic ku ‘cekal’, dia membaca buku mengenai kecekalan. Ketika aku kata aku perlu peribahasa yang bersesuaian, dia carikan peribahasa untuk aku. Ketika aku mahu contoh contoh haiwan yang berkaitan, dia beri idea. Walaupun aku sekadar adik angkat dia, tapi dia bantu aku seperti aku adik kandungnya. Oh tuhanku, apa lagi aku perlu buat untuk balas budi abangku ini?

Semalam, aku beranikan diri membentangkan sketches idea ku. Mengejutkan, semua idea pelik ku langsung tak dibangkang prof. Cuma dia tambah idea apa yang patut aku buat. Malah, dia menerangkan lagi mengenai topik aku. Hebat! Dia lebih memahami topik aku dari diri aku sendiri. Prof juga menyedarkan aku bahawa topik ku ini bersifat abstrak. Lebih mengejutkan aku, prof kata “It is very philosophic.” Philosophic? Saat ni la tiba-tiba aku terasa aku dah masuk kawasan bahaya. Philosophy adalah tahap paling tinggi dalam aprisiasi seni. Aku tahu tentang tu. Aku tak pernah bercadang untuk masuk ke tahap philosophy dalam masa terdekat ni. Tapi ia terjadi tiba-tiba tanpa sebarang amaran dahulu.

Philosophy.. Aku sangka hanya golongan bijak pandai yang dah lama dalam bidang ni sahaja boleh melangkaui tahap tu. Tapi secara tak sengaja budak hingusan macam aku tersentuh tahap tu. Aku memang rasa bahaya. Dengan ilmu taraf aku ni, aku mungkin akan menampakkan kebodohan ku apabila karya ku yang bersifat philosophic tu siap nanti. Tapi, aku tak akan berpatah balik. Takut? Takut adalah sesuatu yang mencabar! Aku akan terus maju ke depan. InsyaAllah…

*aku kena kaji lagi pasal philosophy ni.. Aku tak tahu apa-apa!

Saturday, January 22, 2011

Blog-blog yang aku rajin baca

Aku suka baca blog orang lain. Dengan baca blog, aku boleh baca pemikiran orang tu. Ini antara beberapa blog yang aku rajin baca:

  • cik mici ~ini blog sepupu aku. Aku suka sangat mengikuti blog ni sebab dari situ, aku dengar macam macam cerita kehidupan nurse. Untuk student art seperti aku, semua cerita tu sesuatu yang baru laa.. Di luar pengetahuan aku.
  • mahligai idea~ ini blog kakak aku. Aku rajin ikut jugak.. Santai je blog dia..
  • Photography (sahirsabri art work)~ ni blog kawan aku, seorang student photo. Gambar-gambar cantik kat sini.. Aku suka tengok.
  • tonah~ Huhu.. blog ni best. Rasa diri muda je bila baca ni.. Ditulis oleh pelajar yang baru habis sekolah menengah. Adik aku.
  • C kusot Masai~ Ini blog student fine art macam aku. Best dapat dengar cerita dari student student Fine Art. Kehidupan hari hari sebagai Fine Art..

Buat masa ni, ini beberapa blog yang aku rajin ikut. Mungkin ada lagi, tapi aku tertinggal untuk tulis kat sisi. Ada sesiapa nak bagi cadangan blog blog yang menarik untuk di baca?? Sila beri pendapat.. Terima kasih..

Kotak aku yang kosong..

Lakaran ni, Nizar yang buat. Kotak-kotak di atas ni mewakili Fiqah, Nizar, aku dan Mohsin. Kenapa kotak aku kosong? Apa makna perbezaan saiz setiap kotak ni? Apa maksud teknik lakaran yang berbeza ni? Sudut pandangan setiap kotak pun berbeza.

Nizar dah terangkan kat aku maksud setiap persoalan tu. Tapi, tak perlulah aku taip kat sisi. Tapi, lakaran ni aku akan guna sebagai pembakar semangat aku. Bila tiba masanya, kotak aku yang kosong ni akan aku isikan.

Friday, January 21, 2011

Bakat Muda Sezaman

18 Januari 2011… Aku datang ke Balai Seni Lukis Negara. Niat asal nak tengok Bakat Muda Sezaman. Tapi, terjumpa kawan-kawan UiTM Melaka pulak! Sukanya aku!!! Wahida, Qistina, Syikin, Fiqah, Kurt, Ustaz, Ajlaa, Boss.. Sayang diorang semua!!!

Bakat Muda Sezaman.. membuka mata aku. Aku lihat banyak benda di sini. Walaupun, salah seorang senior aku cakap: “ini semua tak ada apa, kalau lihat kat luar lagi banyak benda,” tapi bagi aku yang masih baru dalam bidang ni, aku berpendapat Bakat Muda Sezaman memang hebat! Diam-diam, aku pasang angan-angan untuk menyertai Bakat Muda Sezaman satu hari nanti. Adakah angan-angan aku sekadar angan-angan Mat Jenin? Aku pun tak tahu.

Ramai betul orang di Balai Seni malam ni. Bukan sahaja UiTM Melaka yang datang. Malah, kami dari UiTM Shah Alam pun ramai. Dari UiTM Perak pun, bawa satu bas. Itu baru student UiTM. Ada ramai lagi orang yang bukan student.

Aku lega dapat jumpa Boss, kawan dari UiTM Melaka. Terlalu banyak benda yang aku nak tahu dari dia. Kenapalah orang yang kita sayang selalu buat kita risau? Boss selalu buat aku risau. Sekurang-kurangnya, hilang sikit risau bila nampak dia depan mata. Aku melihat pameran tu bersama Boss. Selepas tu, kami makan bersama Fiqah, Kurt dan Ustaz. Macam-macam kami berbual.

Aku sayang sangat kat Wahida. Kawan aku yang comel, lemah lembut, dan ceria macam anak kucing. Tapi, aku tak sempat nak sembang lama-lama dengan dia. Kecewa jugak..

Setiap pertemuan ada perpisahan. UiTM Melaka kena pulang. Berat je hati aku rasa. Lepas mereka pulang, aku pergi bersama kawan-kawan UiTM Shah Alam. Nadia, Ajin, Yat, Zai.. Tapi, aku nampak diorang sedang mengucapkan selamat tinggal kepada student-student UiTM Perak. Sebab kawan-kawan aku ni berasal dari UiTM Perak. Sedihnya tengok diorang ucap selamat tinggal. Mestilah, diorang pun macam aku.. ada kawan-kawan yang diorang sayang dari kampus lama diorang.

Selepas itu, Aku, Nadia, Ajin, Yat dan Zai sama-sama pulang.. Aku rasa bersyukur sangat untuk hari ini.. Aku akan jumpa diorang lagi. InsyaAllah.






Monday, January 17, 2011

Abang Artzooka Aku

Ada satu rancangan art kat tv.. Khas untuk kanak kanak.. Tajuknya 'Artzooka'. Dia mengajar kanak-kanak untuk jadi lebih kreatif dengan barang-barang di sekitar rumah. Artzooka ni memang lah untuk budak-budak. Mustahillah orang macam aku minat rancangan macam ni.. Tapi kan, sejak kali pertama aku tengok rancangan ni, aku terus tersangkut. Takk!! Aku bukan suka rancangan ni, tapi, aku suka abang pengacara nya!! Hehe...

Nama abang ni, Jeremy. Tengok cara dia bercakap, terus aku suka rancangan ni! Dia bercakap seolah-olah ada kanak-kanak sebenar di depan dia. Sedangkan dia hanya di studio. Muka dia saja dah macam kanak-kanak. Lepas tu selalu buat macam-macam muka buat aku rasa tengah layan kanak-kanak pulak... Bila dia bercerita, bersemangat giler!! Macam kanak-kanak sebenar. Tak macam di buat-buat.. Jadi bila dia bercerita, aku akan nak terus dengar.. Hehe.. Suka lah kat kau Jeremy...

Kawan aku dah kahwin…

Hei hei.. teruja betul aku apabila nak menghadiri majlis perkahwinan kawan aku, zamirul. Dia kawan sekelas masa tingkatan 5 dulu.. Bukan sebab apa, tapi kitorang tak pernah berjumpa sejak tamat persekolahan. Tiba-tiba, dapat berita dia nak kahwin. Terkejut la aku..

Aku datang ke majlis tu bersama Shidah. Faze tolong tunjukkan jalan ke sana. Faze ialah penolong kelas kami dulu.

Sampai je di sana, pengantin lelaki (kawan aku) lambai tangan kat aku. Wah.. sampai-sampai je terus di sambut pengantin! Lepas tu kat sana, ramai kawan-kawan sekolah aku. Budak-budak yang dari kelas akaun dan perdagangan pun ada.. Aku kelas sastera.

Kasihnya Laila

Sedang aku menikmati nasi kenduri, tiba-tiba lagu ‘Kasihnya Laila’ berkumandang. Lagu kegemaran aku! Seorang lelaki di sebelah aku turut menyanyi lagu tu. Kalau tak salah aku, dia Hazmi. Lelaki dari kelas Akaun yang pernah sekelas dengan aku semasa tingkatan 3. Tapi aku tak pasti la.. Jadi aku cuba tanya..

“Kau kelas PD ke PA?” Dia kelihatan agak kecewa apabila aku tanya sedemikian. Katanya: “Kau tak ingat aku?? Aku ingat kau.. Amna Syakira..” Pegh.. siap ingat nama penuh.. Malu aku. Jadi aku terus kata: “Hazmi kan?” Nasib baik lah betul. Lepas tu, aku sambung lagi: “Lagu ni… dulu kau nyanyi lagu ni dalam kelas..” Haha.. habis kawan kawan yang ada di sekitar ketawa. Lepas tu, Hazmi sambung menyanyikan lagu tersebut.

Sebenarnya, aku tak pernah lupa Hazmi. Mungkin sebab betullah kata orang “Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua.” Aku Cuma ragu-ragu sebab rupa dia dah lain.. Ye, Cuma sekali dia buat baik kat aku, tapi sampai sekarang aku tak lupa. Dulu, aku tak pernah rapat dengan dia, tapi aku terharu sangat sangat bila dia berbohong untuk jaga nama baik aku. Serius, aku terhutang budi. Sebab tu la aku tetap ingat dia sampai sekarang. Tapi, benda tu hal kecil je untuk dia. Aku rasa dia tak ingat pun. Walaupun tu benda kecil untuk dia, tu tetap benda besar untuk aku. Aku takkan lupa.

Kawan-kawan sekelas

Selain Shidah, Faze dan pengantin lelaki, Aku jumpa beberapa lagi kawan sekelas tingkatan 5. Iqram senyum kat aku. Dia tak berubah. Dari dulu, dia memang sangat ceria. Hafiz, aku dah tak ingat nama dia. Terpaksalah dia kanalkan nama dia tadi. Tapi, muka dia aku kenal. Tak berubah.. Cuma bertambah segak! Hehe.. Farhan, pun masih macam dulu.. Og, seorang yang pernah jadi seseorang yang rapat dengan aku pun ada.. Khairudin pun ada. Sebelum aku pulang, seorang kawan sekelas aku, yang aku dah tak ingat nama, dia buat symbol ‘peace’ pada aku. Terharunya!!! Dia ingat lagi.. Dulu, trademark aku masa zaman sekolah: ‘peace’.. Best dapat jumpa semula diorang semua. Cuma, kawan-kawan kelas yang perempuan Cuma Shidah dan Faze je yang ada.. Kalau semua ada kan best…

aku


Shidah








Monday, January 10, 2011

Di Library

Diam-diam, aku sebenarnya kagum sangat kat dia. Aku ke library tadi. Mencari sesuatu. Lepas tu aku ternampak dia. Dia pun seperti aku, mengambil banyak buku dan duduk di meja meneliti setiap buku yang di ambilnya. Aku teringat dua setengah tahun yang lalu, kali pertama aku ternampak dia, kat library jugak. Dia hebat, pandai, aku memang dah terlalu kagum kat dia. Dia seorang yang teliti, yakin dengan diri sendiri, selalu buat hal sendiri, dan dia tahu hala tujunya! Tanpa dia sedari, sebenarnya, aku belajar banyak benda daripada dia. Tapi, lebih baik dia tak tahu. Aku anak murid dia dalam diam. hehe.. Senyap-senyap, aku pasang impian untuk jadi macam dia.
"It is only the shallow people who do not judge by appearances. The mystery of the world is the visible, not the invisible,"

Sunday, January 9, 2011

Pendendam & Pemaaf

Baru baru ni, aku selalu fikir pasal hati yang kotor dan hati yang bersih. Selepas baca satu buku ni, pandangan aku jadi lebih luas. Salah satu ciri-ciri hati yang kotor ialah; PENDENDAM. Untuk bersihkannya, kenalah jadi PEMAAF.

Ye, kita semua tahu yang berdendam itu tak baik. Tapi kan, mudah ke untuk hilangkan dendam? Menjadi pemaaf tak susah. Selama 20 tahun hidup ni, banyak kali aku belajar untuk memaafkan... Tapi, dalam sesetengah situasi, amat SUKAR untuk memaafkan. Contohnya, ada orang buat salah besar pada kita hingga melibatkan nama baik kita di depan orang ramai. Malah, orang tu tak mengaku salah dan tak minta maaf pun. Kalau korang lah, boleh tak korang maafkan??? Situasi macam ni la yang meletakkan aku dalam keadaan berdendam!

Balik ke topik asal; salah satu ciri-ciri hati yang kotor ialah PENDENDAM. Ada tak sesiapa boleh tolong aku? Tolong bagitahu aku patut ke aku maafkan orang tu?? Bagaimana nak hilangkan dendam??? Harap korang semua jauh dari sifat berdendam..