Friday, January 21, 2011

Bakat Muda Sezaman

18 Januari 2011… Aku datang ke Balai Seni Lukis Negara. Niat asal nak tengok Bakat Muda Sezaman. Tapi, terjumpa kawan-kawan UiTM Melaka pulak! Sukanya aku!!! Wahida, Qistina, Syikin, Fiqah, Kurt, Ustaz, Ajlaa, Boss.. Sayang diorang semua!!!

Bakat Muda Sezaman.. membuka mata aku. Aku lihat banyak benda di sini. Walaupun, salah seorang senior aku cakap: “ini semua tak ada apa, kalau lihat kat luar lagi banyak benda,” tapi bagi aku yang masih baru dalam bidang ni, aku berpendapat Bakat Muda Sezaman memang hebat! Diam-diam, aku pasang angan-angan untuk menyertai Bakat Muda Sezaman satu hari nanti. Adakah angan-angan aku sekadar angan-angan Mat Jenin? Aku pun tak tahu.

Ramai betul orang di Balai Seni malam ni. Bukan sahaja UiTM Melaka yang datang. Malah, kami dari UiTM Shah Alam pun ramai. Dari UiTM Perak pun, bawa satu bas. Itu baru student UiTM. Ada ramai lagi orang yang bukan student.

Aku lega dapat jumpa Boss, kawan dari UiTM Melaka. Terlalu banyak benda yang aku nak tahu dari dia. Kenapalah orang yang kita sayang selalu buat kita risau? Boss selalu buat aku risau. Sekurang-kurangnya, hilang sikit risau bila nampak dia depan mata. Aku melihat pameran tu bersama Boss. Selepas tu, kami makan bersama Fiqah, Kurt dan Ustaz. Macam-macam kami berbual.

Aku sayang sangat kat Wahida. Kawan aku yang comel, lemah lembut, dan ceria macam anak kucing. Tapi, aku tak sempat nak sembang lama-lama dengan dia. Kecewa jugak..

Setiap pertemuan ada perpisahan. UiTM Melaka kena pulang. Berat je hati aku rasa. Lepas mereka pulang, aku pergi bersama kawan-kawan UiTM Shah Alam. Nadia, Ajin, Yat, Zai.. Tapi, aku nampak diorang sedang mengucapkan selamat tinggal kepada student-student UiTM Perak. Sebab kawan-kawan aku ni berasal dari UiTM Perak. Sedihnya tengok diorang ucap selamat tinggal. Mestilah, diorang pun macam aku.. ada kawan-kawan yang diorang sayang dari kampus lama diorang.

Selepas itu, Aku, Nadia, Ajin, Yat dan Zai sama-sama pulang.. Aku rasa bersyukur sangat untuk hari ini.. Aku akan jumpa diorang lagi. InsyaAllah.






No comments:

Post a Comment