Pada pagi Rabu yang tenang aku tidak membuat apa-apa. Tiba-tiba aku mencapai kertas dan pen, kerana idea untuk painting aku muncul secara tiba-tiba, Pada waktu tengah hari, aku keluar berbaju ungu serta tudung hitam. Aku pilih untuk tidak bersolek hari ni. Aku melangkah dengan kasut tumit tinggi menuju ke arah bas. Walaupun kelas dibatalkan hari ini, aku tetap perlu menyelesaikan beberapa urusan.
Di dalam bas, terdapat seorang gadis yang menarik perhatian ku. Dia duduk bertentangan dengan ku. Rupanya tidak lah terlalu cantik, tetapi manis dipandang. Keningnya tebal, berbentuk bulan sabit. Matanya bulat, tapi nampak lembut. Tulang pipinya tinggi. Kulitnya cerah. Bibirnya yang ditutup rapat membentuk bulat. Rambutnya lurus dan panjang. Dia memakai baju kurung jingga coklat. Indah sekali. Kecantikan Melayu yang sebenar. Kalaulah terdapat kertas dan pensel di tanganku, mahu saja aku melakar wajah gadis tersebut.
Bas Rapid yang ku naiki berhenti di seksyen 2. Di situ aku tukar bas dan menuju ke PKNS. Setelah selesai urusan di PKNS, aku segera pulang. Aku berjalan kaki menuju ke Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Aku ada urusan di sana. Aku memilih untuk lalu di laluan kecil yang dikelilingi pokok-pokok tinggi. Kebiasaannya, aku ikut laluan lebar yang bersebelahan dengan laluan kenderaan. Tapi hari ini, jalan kecil ini lebih dekat. Perjalanan terasa pendek dengan menghayati keindahan cahaya yang terpancar di celah celah daun pokok.
Setibanya di Fakulti, aku terpaksa menaiki tangga hingga tingkat empat. Aku ingin berjumpa dengan lecturer. Namun, aku terpaksa menunggu seketika kerana terdapat ramai orang yang ingin berjumpanya. Berbaloi untuk menunggu kerana aku dapat banyak benda hanya dengan pertemuan ini. Aku jadi semakin jelas dengan tajuk aku. Malah, aku juga mengetahui banyak benda mengenai Philosophy, sesuatu yang aku cuba untuk mengenali sejak kebelakangan ini.
Aku meninggalkan bilik lecturer ku dengan perasaan puas hati. Banyak benda yang ingin aku kaji selepas ini. Ketika aku menuruni tangga, aku terserempak dengan dia. Dia ialah seseorang yang sangat aku kagumi sejak dua tahun yang lalu. Dia menegur aku tanpa sebarang kata-kata. Hanya gaya yang menggambarkan. Setelah itu aku dan dia berjalan ke arah yang bertentangan menuju ke destinasi masing-masing. Sambil berjalan pulang, aku tidak dapat untuk berhenti senyum mengenangkan yang dia menegurku tadi.
Setibanya di bilik ku, aku menjamah nasi. Aku berasa puas hati dengan semua urusan yang telah aku selesaikan hari ini. Begitulah satu hari Rabu ku berlalu.
*Cerita ini memang tiada isi. Aku sekadar ingin melihat kemampuan Bahasa Melayu ku setelah lama ditinggalkan. Hehe..
canggih da BM ko..
ReplyDeleteoi, aku da kat uma la!