Thursday, January 27, 2011

Lintas Jalan


Tadi aku menuju ke fakulti seorang diri. Dah menjadi kebiasaan aku bergerak sendiri. Ini kerana aku lebih senang begini. Jimat masa. Aku tak suka pergerakan aku terbatas apabila bergerak dengan kawan-kawan. Bila sendiri, boleh jalan laju dan boleh keluar bila-bila masa saja yang aku nak.

Apa yang aku nak cerita ialah, bergerak sendiri ni ada kelemahannya. Aku takut untuk melintas jalan. Ye, ianya satu fakta, bukan gurauan. Apabila hendak melintas jalan, aku akan mengambil masa yang lama menanti jalan tersebut benar benar tiada kenderaan. Kelakar lah..

Macam mana aku boleh hidup selama 20 tahun ni dengan kelemahan ni? Aku pun rasa ajaib jugak. Seingat aku, waktu aku tujuh tahun agaknya, aku dan adik beradik aku keluar dengan umi kami. Sehinggalah ketika tu, umi kami memimpin kami empat beradik untuk melintas jalan. Entah nasib malang apa, aku boleh tercicir dan mereka semua dah sampai ke seberang jalan. Mereka tunggu aku di seberang jalan. Tapi aku takut untuk ke sana. Nasib baik teksi yang kebetulan lalu, berhenti seketika untuk membenarkan aku melintas. Terima kasih pak cik. Semoga tuhan balas budi baik pak cik..

Ketika aku tingkatan satu, aku dan kakak aku berjalan kaki ke sekolah. Aku tak ada masalah kalau bersama kakak aku. Bila nak melintas jalan, aku tak tengok kiri kanan pun tak apa. Pimpin tangan dia je.. Tapi, masalah yang sebenar tiba setiap hari Khamis. Sebagai pengawas perpustakaan, setiap hari Khamis kakak ku akan pergi sekolah ketika sesi pagi untuk bertugas. Pada sesi petang, aku keseorangan menunggu untuk melintas jalan. Percaya tak, aku akan ambil masa setengah jam untuk melintas!

Seorang kawan baik ku di UiTM ni, memiliki masalah yang sama dengan aku- takut lintas jalan! Apabila kami keluar berdua, memang sangat kelakar, ok!! Dua- dua orang takut. Tapi sekurang kurangnya, aku tak ambil setengah jam seperti dulu. Jadi, aku beranggapan masalah ku ini bukan masalah besar lagi.

Balik ke cerita hari ini, ketika aku hendak melintas jalan, aku tetap ambil masa yang lama. Ada satu lori ni, memang menambah garam di luka je! Dah la aku tengah tak berapa berani, bila lalu di depan aku, lelaki-lelaki tak guna dalam lori tu bole nak buat bunyi: "feweet..." la pulak! Dasar lelaki tak berpelajaran! Semoga tayar lori korang pancit lepas ni!

Syukur, ada satu kereta ni memberhentikan keretanya agar aku boleh melintas. Seorang pak cik. Terima kasih~ Lelaki baik masih wujud dalam dunia ni. Fikiran aku teringat kembali pak cik teksi ketika aku berumur tujuh tahun. Kalau semua orang dalam dunia ni seperti mereka, orang macam aku tak ada masalah lagi! Hehe..

Inilah dia sebuah kisah yang mungkin dipandang remeh bagi orang lain. Tapi aku yakin, wujud segelintir orang di luar sana yang mengalami masalah seperti aku ni. Tak apa, aku boleh hadapi masalah ni sendiri. Aku dah biasa...

2 comments:

  1. aku ingt lg, jalan kite nak p skola dulu mmg kete sesak pun~
    setiap saat ade kete, laju lak tuh~

    ReplyDelete
  2. naseb baik ku ada kamu. Lintas nk pejam mata pn bole~ ahaha...

    ReplyDelete