Tuesday, January 24, 2012

Painting semester 5


Seperti yang aku janjikan, aku tunjuk hasil kerja aku semasa semester 5.


1st project


2nd Project


Ini pula tempat aku di studio,
bersama dinding yang penuh dengan gambar rujukan aku.



*Kini sedang menanti kedatangan semester 6.

Berakit-rakit ke hulu

Hai semua.. Tak nak cakap panjang, cuma nak kenalkan blog baru adik aku, Diba. Berakit-rakit ke hulu. Sila lah lawat ye... Header dia aku yang buat. Hehe.. Nak jugak bagitahu.




Thursday, January 19, 2012

day five: 10 wishes

sambungan daripada:



day five: 10 wishes



Bila bercakap tentang impian, terlalu banyak hendak diperkatakan. Impian aku berubah-ubah. Ada waktunya aku inginkan ini, esoknya, mungkin aku inginkan itu.. Terlalu banyak! Jadi, aku senaraikan je lah apa yang terlintas difikiran sekarang.


1. Artist
Senang-senang je sebut artist begitu. Nak jadi artist bukan senang. Tapi sebenarnya, Aku dah mula jemu mendengar orang panggil aku dengan gelaran: "anak artist". Maka, terdetik difikiran aku, "Kenapa mereka panggil aku anak artist? Kenapa tak panggil je aku artist"? Jadi, aku tengah cabar diri aku. Mampu tak aku buat orang panggil aku 'artist'? Haha.. agak susah, tapi aku suka uji kemampuan aku~

2. Part 6 aku berjalan lancar
Aku bakal masuk part 6. Maka aku harap, zaman part 6 aku berjalan lancar. Aku nak buat sebaik mungkin! Amna boleh!!!!

3. Jadi lebih baik
Aku tak cukup baik. Aku nak jadi lebih baik, nak.. Hmm.. rasanya ini antara aku dan Tuhan je. Mungkin lebih baik kalau tak tulis di sini. Jadi, taknak tulis la.

4. Kereta Merah
Nak memiliki kereta warna merah. Bukan kereta mainan taw. Volkswagen je pun jadi laa.. Hehe.. Tapi ni bukan nak segera. Lambat lagi pun tak apa. Belum memerlukan.

5. Kamera
Sejak kamera aku rosak, aku berangan-angan untuk memiliki yang baru. Tak boleh hidup la tanpa kamera. Aku pelajar fine art. Kan senang memiliki kamera. Boleh ambil gambar subject matter, boleh ambil gambar drawing dan painting.. Ini antara impian yang perlu tunaikan segera!

6. Studio
Buat masa ni memang aku memiliki studio yang diberi oleh Abah. Tapi untuk masa akan datang, aku nak satu studio sendiri yang luas, cantik, menunjukkan ciri-ciri aku.. Ahh.. berangan kau Amna!

7. Kaya
Aku nak jadi kaya. Sebab aku nak bagi banglo kat Umi. Salah ke? Tak salahkan.. Jadi, sama-sama la tolong doakan aku capai impian yang ini..

8. Bahagia sentiasa
Ya, aku bahagia je sekarang ni. Keluarga, yang tersayang, kucing, kawan-kawan, semua aku ada. Jadi, aku cuma berharap keadaan begini terus kekal~

9. Anak
Masih terlalu muda untuk bercakap pasal anak. Tapi dalam 10 tahun lagi, harap aku ada anak. Yang comel! Dia buat painting bersama aku. Sweet~

10. Jujur
Harap aku kekal jujur, tak menipu orang untuk kepentingan sendiri, tak menjatuhkan orang, tak busuk hati, ikhlas... Penting sifat begini.


Itu saja.. (ye, kalau ikutkan.. macam nak tulis banyak lagi)


Kisah cinta yang tragis

Akhirnya, aku baca manga yang pernah diceritakan oleh kawan aku satu ketika dahulu.
Tajuknya; 'Basilisk'.

Kisah mengenai dua puak ninja yang saling bermusuhan.
Setiap puak tersenarai 10 orang ninja.
Puak mana yang terakhir hidup,
akan memiliki kemewahan untuk puaknya.

Puak ninja tersebut ialah Kouga dan Iga.
Gennosuke dari Kouga dan Oboro dari Iga sebenarnya saling menyintai.
Tapi disebabkan mereka dari puak yang berbeza,
malah kuasa kebencian lagi kuat,
dua puak tersebut terus berbunuhan nak lenyapkan satu sama lain.

Sedih sangat cerita ni.
Aku tak menyebelahi mana-mana puak pun.
Sebab masing-masing semua jahat.
Aku rasa Gennosuke dan Oboro je yang baik dalam cerita ni.

Cerita terus berlalu dengan lepas sorang, sorang, cuba balas dendam.
Sangat sedih.. Penghabisan pun sedih.
Pengajaran yang aku dapat dari cerita ni,
dendam tak akan bawa kesudahan yang gembira pun.

Bolehlah cuba baca manga ni.. Anime dia pun ada, tapi aku belum tengok lagi.



10 ninja dari puak Kouga



10 ninja dari puak Iga


*Oh ya, cerita ni agak ganas. 18 tahun ke bawah jangan baca la..

Thursday, January 12, 2012

day four: 10 things I want to say to one person

sambungan daripada:


day four: 10 things I want to tell to one person



Tugasan kali ini payah. Who is the 'one person' in the title above? If that person is someone who is beside me, or in my contact list or my friend in facebook, then of course I can tell to him/her directly. No need to type it here. So it must be someone who far from my reach.. someone who dont have a facebook.. someone who I always want to speak with but I couldn't.. Jadi? Siapakan orangnya? Who? Dare ni oshiemasu ka? Ahh.. sudah.. TERbercakap tiga bahasa pula di sini. Rojak sekali. Mohon kemaafan..

Setelah kufikir-fikir berhari harian, aku mendapat satu kata putus. Ya, aku tahu siapa yang aku mahu beritahu 10 perkara kepadanya..


Wahai awak.. ini adalah 10 perkara yang saya (tukar guna 'saya' sekejap) mahu beritahu awak:

1. Awak tahu tak saya asyik teringat pada awak je?

2. Awak tahu tak awak penyebab saya curang pada kekasih lama saya?

3. Ayat yang selalu saya sebut ialah:"Im a very serious person". Lepas tu saya tak sangka terdengar awak cakap: "I am always serious". Menjerit saya dengar tu taw. Kita ni ada persamaan di situ.

4. Lepas kenal awak, saya rasa, mustahil saya boleh jumpa orang lain seperti awak.

5. Awak sangat ego. Tahu nak menang je. Tapi sikap begitu yang saya suka! Hehe..

6. Awak berusaha untuk menjadi yang terbaik. Awak tahu, saya di sini pun sedang cuba menjadi yang terbaik.

7. Awak sebenarnya sangat tak matang tahu? Saya lagi matang dari awak.

8. Awak buat apa yang awak rasa betul, dan tak hiraukan pendapat orang lain. Saya suka!!!

9. Awak, awak.. saya harap awak faham bahasa Melayu..

10. Awak tahu, kita hidup dalam dunia berbeza sehingga mustahil untuk berjumpa..



Itu dia 10 perkara yang aku ingain beritahu kepada dia. Siapa dia tu? Dia ialah...




Roronoa Zoro !

Ok, memang dia tak akan dapat apa yang aku cuba beritahu ni kan? Haha.. Anda semua, sila jangan fikir aku gila. Aku gurau je.. Ok? Huhu.. Nantikan 'day five' ye..



Monday, January 9, 2012

Jurnal Painting (4) : AKHIR

sambungan dari:



Hari ke-7, Hari ke-8 dan Hari ke-9

Hari ke-7, 8, dan 9 berjalan dengan lancar. Malah, ada sekali tu Umi dan Abah datang melawat studio aku. Mereka dah lihat painting aku. Abah bagi pendapat, bagi galakan.. Bersemangat sikit. Tak adalah asyik rasa rendah diri dengan painting sendiri. Aku pula, kehidupan aku macam biasa.. sentiasa di studio.. sehingga sekarang (Hari ke-9), dan dalam masa beberapa jam lagi, assessment painting!

Sebenarnya, gambar di atas bukan gambar painting terbaru. Ini gambar tiga hari lepas semasa belum siap lagi. Hari ini, dalam masa beberapa jam lagi, akan berlangsunglah assessment yang ditunggu-tunggu.

Nanti InsyaAllah aku akan tunjuk gambar-gambar semasa assessment. Nantikan ya...



Saturday, January 7, 2012

Jurnal Painting (3)




Hari ke-5



Hari ke-6


Pergh.. Hidupku semenjak tahun baru ni, beginilah.. Tiap-tiap malam masa dihabiskan di studio. Balik bilik hanya untuk mandi dan tidur. Terlalu fokus painting sampai tak fikir benda lain selain painting.

Bayangkan, ketika baru bangun tidur, aku terkejut aku berada di bilik sebab aku sangka aku masih di studio. "Siapa angkat aku ke bilik?" Begitu sekali aku terfikir. Selepas seketika, baru aku sedar yang aku memang dah balik bilik untuk tidur. Haha.. Aku boleh lupa yang aku dah balik bilik. Boleh faham tak situasi ni?

Ketika mandi, aku picit syampu ke tangan. Aku terbayang yang aku sedang picit warna akrilik pula. Begitu juga semasa aku sedang memicit pencuci muka. Hampir terpicit banyak sebab aku terfikir itu akrilik. Huhu..

Kehidupan aku memang studio sahaja. Tapi, secara keseluruhannya, aku senang hati dengan cara hidup begini. Aku, studio, dan painting sahaja. Nampaknya Fine Art memang sesuai dengan jiwa aku.

Nantikan sambungan Jurnal Painting aku ni ye...


Friday, January 6, 2012

day three: 10 thnigs I hate


sebelum ini:



day three: 10 things I hate



1. Ini rahsia!

Benda yang paling aku benci ni, aku terpaksa rahsiakan.
Hanya mereka yang rapat dengan aku tahu.
Korang yang tahu tu.. Tolong rahsiakan ye?
Benda ni mesti kekal rahsia tak kira apa jadi!
Huhu..




2. Warna pink!

Dalam banyak-banyak warna,
aku memang tak dapat terima warna pink.
Aku ada ramai je kawan-kawan yang suka pink.
Aku tak kisah diorang guna warna pink.
Sesuai la dengan diorang, nampak keperempuanan.
Tapi kalau aku nak pakai baju warna pink,
memang tak nak lah!
Betul-betul tak dapat terima warna ni.
Minta maaf ye peminat pink semua..
Tak kutuk peminat pink pun..




3. Orang bergosip
Benci orang bergosip.
Tahu nak mengata orang je..
Diri sendiri sempurna ke?




4. Asap rokok

Tak dapat terimalah bau asap rokok..
Tak suka! Tak suka!




5. Lauk ketam
Tak suka bau lauk ketam.
Nasib baik Umi dah lama tak buat lauk ni.



6. Matapelajaran Sejarah
Benci sejarah!
Aku tak pernah belajar sejarah masa sekolah dulu.
Dalam kelas sejarah main-main.
Serius, tak suka laa..




7. Beratur
Benci beratur.
Lagi-lagi kalau kena beratur lama.
Siapa suka beratur?



8. Bunyi bising
Aku cepat hilang sabar kalau bising sangat.




9. Perfume wangi melamapau
Segelintir perempuan suka pakai perfume wangi melampau.
Eww.. tak tahan nak lalu sebelah mereka.



10. Bosan!
Ini perkara yang aku sangat-sangat benci.
Bila bosan, tak tahu nak buat apa,
aku jadi stress!
Serius, tak suka kebosanan.



Siap pun 10 benda yang aku tak suka. Susah juga memikirkan benda yang tak suka. Kalau masa menulis benda yang suka, 10 pun tak cukup.




Thursday, January 5, 2012

day two: 10 things I love



sebelum ini:

day two: 10 things I love

1. Warna kuning
Suka sangat dengan warna kuning.
Kalau boleh, nak je semua barang milik
aku berwarna kuning.
Cantik, segar, ceria!



2. Kucing
Ramai yang tahu, aku memang sangat-sangat suka kucing.
Kucing rumah, kucing jalanan,
semua aku suka!



3. Duit
Mesti ramai yang suka duit kan?
Ada ke orang benci duit?
Tapi aku tak adalah sampai tahap 'mata duitan'.



4. Chocolate Indulgence
Chocolate Indulgence Secret Recipe memang paling sedap!
Ketagih dah dengan benda ni!



5. ABC
ABC, atau air batu campur memang kegemaran aku.
Selalu pergi makan ABC dengan kawan-kawan.
Tak jemu pun.



6. Makeup
Ya, aku suka makeup.
Bukanlah aku ni nak cantik ke apa..
Cuma aku suka laa.. Tak tahu nak cakap macam mana.
Mungkin sebab aku orang seni.
Tak cukup kanvas nak diwarnakan. Muka pun jadilaa...




7. Inuyasha
Kenal Inuyasha? Aku suka Inuyasha..
Sampai sanggup kumpul barang-barang Inuyasha!



8. Kebaya
Suka kebaya.
Terasa keperempuanan bila memakainya.
Yelah, aku ni tak berapa keperempuanan..



9. Melukis
Mestilah suka melukis.
Kalau tak, jangan ambil Fine Art laa...



10. Langit
Subhanallah.. Langitlah yang paling cantik!
Ketika cuaca panas, awan kelihatan putih berkepul-kepul.
Waktu pagi, gandingan warna merah jambu dan kuning boleh dilihat di langit.
Ketika senja, jingga dan biru gelap bergabung.
Tak ada pemandangan lebih indah dari pemandangan langit.



Itu sajalah 10 yang aku boleh senaraikan. Banyak lagi kalau nak sebut sebenarnya.. Tapi dia minta 10 je. Nasib baik.. Kalau tak, senarai sampai 40 pun belum tentu habis.




Wednesday, January 4, 2012

day one: 10 things about me


ini "10 things in 10 days" yang di tag oleh kawan aku.


day one: 10 things about me


1. Anak ke-2 dari lima adik beradik perempuan.
2. Sedang belajar dalam degree, fine art.
3. Orang kata aku ego, tapi bagi aku, itu merupakan sifat keyakinan diri yang tinggi.
4. Tinggi aku 5 kaki je.
5. Mungkin aku kurang peka pada keadaan sekeliling.
6. Banyak ambil tindakan ikut kata hati.
7. Akulah perempuan kesayangan semua kucing... (perasan)
8. Sedang mengejar impian.
9. Nama Gadis Misteri, sebab perasan diri ni misteri.
10. Ketika menaip ini, sebenarnya kena buat painting.


Tuesday, January 3, 2012

Jurnal Painting (2)




Hari ke-3

Hari ini hari ketiga aku menghabiskan masa untuk painting ku.
Seperti biasa, aku di studio..

Lihatlah kuku aku yang hitam menawan...
Jangan risau, boleh padam bila nak ambil wuduk nanti.
Sebab ianya cuma akrilik.



Sahabat kuku hitam



Eh.. Main-main pulak aku kat studio!
Buat kerjalah Amna!!!

Setelah bertungkus-lumus sambil main-main sikit,
inilah rupa paintingku kini:
Belum detail lagi ni.
Tapi hari dah siang.
Aku perlu pulang.
Jumpa lagi nanti ya painting~


10 things in 10 days


Kawan sekelas aku, Yatt tag ni kat aku. Macam menarik je. Lagipun ini cabaran untuk 10 hari je. Oklah.. Aku sertai!!!


Apa? Ingat aku akan sertai sorang-sorang ke? Ini adalah mereka-mereka yang kena sertai bersama:

dan anda semua yang baca ni


Tapi tak paksa pun. Tapi kalau korang comel, cun, dan pandai serta baik hati dan bertimbang rasa, korang kena sertai sekali ya? hihi..


Monday, January 2, 2012

Jurnal Painting (1)


Aku kena mula buat painting yang kedua untuk semester ini. Yang pertama pun aku belum pernah tunjuk secara keseluruhan di blog ni. Tapi yang kedua ni, aku nak tunjuk. Sebab nak suruh diri aku bersemangat, jangan malas-malas.

Masih tema yang sama.. Aku buat pasal dunia Melayu. Perempuan Melayu yang cantik. (Kononnya) Jadi, aku mulakan dengan latar kuning. Guna warna akrilik. Kanvas saiz 4x5 kaki.

Selepas berjumpa lecturer, lecturer kata kami ada 9 hari saja lagi sebelum assessment. 9 hari?? dan aku baru saja ada latar warna kuning??? Warghh!!!! Tak apa, orang lain pun belum mula juga.. (nak sedapkan hati) Maka, bermulalah 9 hari menyiapkan painting aku...




Hari Pertama

Aku mulakan dengan potret perempuan ni. Entah muka siapa-siapa entah.
Aku tak kenal.
Tapi entah kenapa ramai yang
kata aku lukis diri sendiri.
Hei.. ni bukan muka aku lah.



Satu malam dihabiskan di studio,
ini hasil yang aku dapat:





Hari Ke-2

Hari ni cipta rekod aku.
Pertama kali bermalam di studio sehingga
siang, pukul 12 tengah hari,
juga masih setia di studio.
Tak tidur langsung taw.
Dan ini hasil yang aku dapat:



Bayangkan, belum tidur walaupun dah tengah hari.
Inilah muka yang masih belum mengantuk tu:
senyum~~


Aku sangat cool kan?Jawab lah "ya"!


Kontrol comel.
Ada mak mertua yang nak menantu macam ni tak?



Nenek-nenek si bongkok tiga..
Siang malam asyik berjaga...



Eh? Ini kan jurnal painting?
Perlu ke ada muka aku banyak-banyak ni?
Haa.. tu la.. Perangai pelik sebab tak cukup tidur lah tu.


Bye painting ku sayang.
Esok jumpa lagi ya?



Sunday, January 1, 2012

Permulaan 2012 aku

Ketika orang lain sibuk menyambut tahun baru 2012, aku menjalani hari-hari biasa. Aku di studio dan sedang membuat painting pada detik 12.00 malam tahun baru. Bersama aku, sudah tentulah rakan-rakan yang turut berada di studio. "Korang.. Selamat tahun baru!" Kedengaran ucapan daripada seorang kawan aku.


Aku dan painting yang baru je mula buat.


Jadi, dengan siapa aku bersama pada detik permulaan tahun baru? Dengan mereka ini lah:
Makan roti canai di studio awal pagi sebelum Subuh

Selepas Subuh, aku balik dari studio menuju ke bilik. Dalam kepala dah terbayang tempat tidur aku. Ketika orang lain bangun pagi untuk memulakan hari masing-masing, aku baru saja nak tidur untuk menamatkan hari aku. Hidup kami dah terbalik. Tak bagus ni. Sila jangan contohi ya..

Ramai orang bercakap tentang azam di blog masing-masing. Baguslah ada azam. Aku? Aku cuma nak ni saja kot:

1. Menyiapkan painting dengan bersungguh-sungguh sebelum 9 hari bulan.
2. Menikmati zaman part 6. Sebab aku tahu selepas tamat part 6, aku akan rindu suasana sekarang ni.
3. Memikirkan apa yang patut aku buat selepas tamat part 6. (paling penting)