Thursday, January 19, 2012

Kisah cinta yang tragis

Akhirnya, aku baca manga yang pernah diceritakan oleh kawan aku satu ketika dahulu.
Tajuknya; 'Basilisk'.

Kisah mengenai dua puak ninja yang saling bermusuhan.
Setiap puak tersenarai 10 orang ninja.
Puak mana yang terakhir hidup,
akan memiliki kemewahan untuk puaknya.

Puak ninja tersebut ialah Kouga dan Iga.
Gennosuke dari Kouga dan Oboro dari Iga sebenarnya saling menyintai.
Tapi disebabkan mereka dari puak yang berbeza,
malah kuasa kebencian lagi kuat,
dua puak tersebut terus berbunuhan nak lenyapkan satu sama lain.

Sedih sangat cerita ni.
Aku tak menyebelahi mana-mana puak pun.
Sebab masing-masing semua jahat.
Aku rasa Gennosuke dan Oboro je yang baik dalam cerita ni.

Cerita terus berlalu dengan lepas sorang, sorang, cuba balas dendam.
Sangat sedih.. Penghabisan pun sedih.
Pengajaran yang aku dapat dari cerita ni,
dendam tak akan bawa kesudahan yang gembira pun.

Bolehlah cuba baca manga ni.. Anime dia pun ada, tapi aku belum tengok lagi.



10 ninja dari puak Kouga



10 ninja dari puak Iga


*Oh ya, cerita ni agak ganas. 18 tahun ke bawah jangan baca la..

2 comments:

  1. x minat baca komik manga..tp minat tgok lukisn dia je..XD

    ReplyDelete
  2. okeyh.. nanti saya baca.. hue hue hue

    ReplyDelete