Hari ke-5
Hari ke-6
Pergh.. Hidupku semenjak tahun baru ni, beginilah.. Tiap-tiap malam masa dihabiskan di studio. Balik bilik hanya untuk mandi dan tidur. Terlalu fokus painting sampai tak fikir benda lain selain painting.
Bayangkan, ketika baru bangun tidur, aku terkejut aku berada di bilik sebab aku sangka aku masih di studio. "Siapa angkat aku ke bilik?" Begitu sekali aku terfikir. Selepas seketika, baru aku sedar yang aku memang dah balik bilik untuk tidur. Haha.. Aku boleh lupa yang aku dah balik bilik. Boleh faham tak situasi ni?
Ketika mandi, aku picit syampu ke tangan. Aku terbayang yang aku sedang picit warna akrilik pula. Begitu juga semasa aku sedang memicit pencuci muka. Hampir terpicit banyak sebab aku terfikir itu akrilik. Huhu..
Kehidupan aku memang studio sahaja. Tapi, secara keseluruhannya, aku senang hati dengan cara hidup begini. Aku, studio, dan painting sahaja. Nampaknya Fine Art memang sesuai dengan jiwa aku.
Nantikan sambungan Jurnal Painting aku ni ye...
No comments:
Post a Comment