Sunday, January 1, 2012

Permulaan 2012 aku

Ketika orang lain sibuk menyambut tahun baru 2012, aku menjalani hari-hari biasa. Aku di studio dan sedang membuat painting pada detik 12.00 malam tahun baru. Bersama aku, sudah tentulah rakan-rakan yang turut berada di studio. "Korang.. Selamat tahun baru!" Kedengaran ucapan daripada seorang kawan aku.


Aku dan painting yang baru je mula buat.


Jadi, dengan siapa aku bersama pada detik permulaan tahun baru? Dengan mereka ini lah:
Makan roti canai di studio awal pagi sebelum Subuh

Selepas Subuh, aku balik dari studio menuju ke bilik. Dalam kepala dah terbayang tempat tidur aku. Ketika orang lain bangun pagi untuk memulakan hari masing-masing, aku baru saja nak tidur untuk menamatkan hari aku. Hidup kami dah terbalik. Tak bagus ni. Sila jangan contohi ya..

Ramai orang bercakap tentang azam di blog masing-masing. Baguslah ada azam. Aku? Aku cuma nak ni saja kot:

1. Menyiapkan painting dengan bersungguh-sungguh sebelum 9 hari bulan.
2. Menikmati zaman part 6. Sebab aku tahu selepas tamat part 6, aku akan rindu suasana sekarang ni.
3. Memikirkan apa yang patut aku buat selepas tamat part 6. (paling penting)

6 comments:

  1. Selamat Tahun baru Amna.. hue hue hue.. :D

    ReplyDelete
  2. slmt thn baru aujinz.. cik merahitujambu..

    ReplyDelete
  3. ilham: ramai org ckp camtu.. padahal muka org lain. huhu..

    ReplyDelete
  4. slmt thun baru..smoga trus maju..:)

    painting tu jd cm mona lisa la nnti..misteri..xtau sape sbnar dlm painting tu..hehehe...
    meletup nnt painting tu...

    ReplyDelete