Monday, January 2, 2012

Jurnal Painting (1)


Aku kena mula buat painting yang kedua untuk semester ini. Yang pertama pun aku belum pernah tunjuk secara keseluruhan di blog ni. Tapi yang kedua ni, aku nak tunjuk. Sebab nak suruh diri aku bersemangat, jangan malas-malas.

Masih tema yang sama.. Aku buat pasal dunia Melayu. Perempuan Melayu yang cantik. (Kononnya) Jadi, aku mulakan dengan latar kuning. Guna warna akrilik. Kanvas saiz 4x5 kaki.

Selepas berjumpa lecturer, lecturer kata kami ada 9 hari saja lagi sebelum assessment. 9 hari?? dan aku baru saja ada latar warna kuning??? Warghh!!!! Tak apa, orang lain pun belum mula juga.. (nak sedapkan hati) Maka, bermulalah 9 hari menyiapkan painting aku...




Hari Pertama

Aku mulakan dengan potret perempuan ni. Entah muka siapa-siapa entah.
Aku tak kenal.
Tapi entah kenapa ramai yang
kata aku lukis diri sendiri.
Hei.. ni bukan muka aku lah.



Satu malam dihabiskan di studio,
ini hasil yang aku dapat:





Hari Ke-2

Hari ni cipta rekod aku.
Pertama kali bermalam di studio sehingga
siang, pukul 12 tengah hari,
juga masih setia di studio.
Tak tidur langsung taw.
Dan ini hasil yang aku dapat:



Bayangkan, belum tidur walaupun dah tengah hari.
Inilah muka yang masih belum mengantuk tu:
senyum~~


Aku sangat cool kan?Jawab lah "ya"!


Kontrol comel.
Ada mak mertua yang nak menantu macam ni tak?



Nenek-nenek si bongkok tiga..
Siang malam asyik berjaga...



Eh? Ini kan jurnal painting?
Perlu ke ada muka aku banyak-banyak ni?
Haa.. tu la.. Perangai pelik sebab tak cukup tidur lah tu.


Bye painting ku sayang.
Esok jumpa lagi ya?



3 comments:

  1. aku taw pe yg same psl painting tu dgn ko:

    tulang pipi tggi,
    mata besar.
    mulut pun cam ko!
    dagu pon!
    so,
    memang ko~ hahah~

    ReplyDelete
  2. wah cntik lukisan.
    teringin jugak nak melukis macam tu~~

    ReplyDelete