Sunday, October 30, 2011

Ustaz dan Ustazah


Sukakan gaharu kerana baunya,
Sukakan guru kerana ilmunya.

Ustaz dan Ustazah ku, yang mendidik aku sejak kecil..
Dari tidak tahu membaca sehingga boleh membaca Al-Quran.
Perasaan ku sekarang bukan setakat terhutang budi..
Sebaik sahaja meletakkan telefon, aku mengalirkan air mata.
Suara mereka yang dah hampir 8 tahun aku tak dengar,
adalah bunyi yang sangat indah sehingga tersentuh hatiku.
Kalau tanya aku, aku pun tak faham, kenapa aku menangis?
Mungkin rindu?

Siapa kata aku lupa Ustazah?
Setiap kali membaca Al-Quran aku akan ingat Ustazah.
Mestilah.. Siapa lagi yang ajar aku mengaji..
Ilmu yang Ustaz dan Ustazah bagi, aku akan gunakan dengan betul.
Sumpah aku, andai satu hari nanti aku mempunyai anak,
Akan ku ajar mereka mengaji.
Dan semoga mereka akan turunkan ilmu itu kepada cucu aku dan seterusnya..


***

Ahad ni, aku dan adik beradikku akan melawat Ustaz dan Ustazah..
Tak sabarnya...



Thursday, October 27, 2011

Berjumpa kartunis Aie

Awal-awal pagi ni, aku agak kecewa. Bukan apa.. niat asal, hari Sabtu ni nak menyertai teater. Malangnya, hari ni aku dapat tahu bahawa Sabtu nanti aku ada modul. Modul yang wajib pergi, kalau tak pergi akan mengganggu markah pointer. Aduh.. Terpaksa lah lupakan teater...

Lagipun, keutamaan minat dalam hati aku adalah seperti ini:

1. Fine Art
2. Teater
3. Animation
4. Lukis komik

Nampak tak, Fine Art berada pada kedudukan yang lebih atas dari teater. Jadi, aku kena pergi modul la. Ia berkaitan dengan pointer fine art aku. Sob.. sob.. hati cintakan teater, tapi kalau ikut akal, fine art lebih berguna untuk aku. Kalau aku mampu, aku nak bawa keempat-empat minat aku tu. Satu pun aku tak nak tinggal taw.

Panjang pula intro. Berbalik kepada tajuk... Bertuah menjadi pelajar UiTM ni. Dulu aku pernah berjumpa dengan kartunis Gayour, kali ni, kartunis Aie pula datang UiTM. Memandangkan 'melukis komik' berada dalam carta minat aku, sudah tentu aku tak lepaskan peluang ni.


Dulu semasa 2003, aku pernah mengikuti bengkel melukis Aie. Pernah belajar la sikit-sikit waktu tu. Sijil pun aku simpan lagi taw. Tak pernah sangka berpeluang jumpa dia lagi. Alhamdulillah, macam-macam juga aku dapat pelajari hari ni.

Akhir sekali, ketika semua orang sibuk nak dapatkan autograf Aie, aku pun turut sama menyertai. Aku saja tunggu semua orang selesai, baru aku muncul. Bukan apa, nak minta dia kritik komik aku. Selepas itu.. Wah~ dia sudi lah!!! Sukanya..

Alhamdulillah, macam-macam pengetahuan aku dapat. Dari jenis pen sehinggalah cara mengawal line dia tunjukkan. Mestilah setakat ni belum cukup. Aie suruh aku bereksperimen lagi dengan line. Baiklah..

Macam mimpi jer. Aie kata, aku berpotensi! Hehe.. Sukanya.. Dia juga puji satu watak aku tu. (Watak perempuan dari cerita Jiran). Sebelum ni, aku selalu fikir yang watak aku sangat simple dan membosankan. Aku ni kurang keyakinan dengan lukisan sendiri rupanya.

Sudah tentulah, aku masih katogeri 'budak baru belajar'. Maka, perjalanan perlu diteruskan. Ia tak berhenti setakat ini saja. Tiba-tiba rasa bersemangat nak lukis komik!

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia.. Jadi, aku nak ubah carta minat dalam hati aku. Sekarang carta tu begini:

1.Fine Art
2. Lukis Komik
3. Teater
4. Animation

(Eh, baru kena puji sikit, minat boleh berubah?) Haha.. Entahlah. Susah nak terangkan. Sebab aku minat keempat-empat ni. Satu pun aku tak boleh buang. Cuma kedudukan je boleh ubah.


Nantikan komik aku ya? Cuba curi-curi masa melukis komik walaupun kerja bertimbun.

*nak lihat komik aku yang lepas-lepas, sila lihat di label sebelah, lebel: 'komik Amna'.


Tuesday, October 25, 2011

Ninja UiTM Melaka

Pada hujung tahun 2008, ketika aku masih belajar di UiTM Melaka.. Berlaku lah satu peristiwa yang membuatkan aku tersenyum sehingga sekarang.

Entah bagaimana, ketika itu, orang lain semua sibuk nak meraikan tahun baru 2009 yang bakal datang, aku dan rakan-rakan ku pula buat benda bodoh.


Ya!!! Tiba-tiba kami jadi ninja!!!


Selepas itu, kami meronda-ronda di sekitar tasik Tun Fatimah. Orang yang lalu lalang dah ketawa-ketawa melihat kami. Oh tak apa.. Aku tak kisah.. Tak ada sesiapa kenal kami dalam pakaian ninja ni, Hehe..

Haa.. aku pernah jadi ninja. Korang pernah ke? Hehe..

Sunday, October 23, 2011

Takut nak mula melukis

Untuk projek painting semester ini, aku nak lukis atas papan. Maka, aku pun meminta Abah membeli papan untukku.



Apabila dapat papan tersebut, aku mendapat tahu bahawa papan tersebut mahal. Tak berbaloi mahalnya untuk budak baru belajar seperti aku guna.

Oleh itu, kini aku tak berani nak mula lukis di atasnya. Rasa seperti terpaksa menconteng duit. Bayangkan ada duit depan mata, tapi terpaksa conteng duit tersebut. Sayangkan?



Sob.. sob.. Terharu sebab Abah belikan papan ni. Jadi, aku bersumpah takkan sia-siakannya. Aku haruslah jadikan papan ini berharga berganda-ganda dari harga asal. Biar ia jadi sebuah painting yang layak digelar masterpiece! (Wah.. tinggi angan-angan tu)

Nak mula melukis malam ni. Doakan aku berjaya ya...

Saturday, October 22, 2011

Fungsi Warna Kepada Kita (Bahagian 2)

Sambungan daripada Bahagian 1.


Ungu

Fungsi:
Tenang untuk badan dan minda.
Dapat membangkitkan kesedaran diri.
Membantu diri memberikan yang terbaik.
Tulen.




Biru

Fungsi:
Tenang dan santai.
Bersifat menyembuhkan, kerana itulah
ia sering digunakan dalam hospital.
Warna komunikasi.





Hijau

Fungsi:
Menyeimbangkan.
Menggalakkan tolak ansur.
Menggalakkan persefahaman.





Kuning


Fungsi:
Merangsang aktiviti mental.
Meningkatkan rasa keyakinan.
Warna yang sesuai semasa belajar
kerana membantu mental sentiasa berwaspada.





Jingga

Fungsi:
Memberi kehangatan.
Memberi tenaga.
Boleh merangsang kreativiti.
Warna gembira dan membantu dalam pergaulan.





Friday, October 21, 2011

Fungsi Warna Kepada Kita (Bahagian 1)

Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap warna ada fungsi tersendiri. Buat masa ini, aku ceritakan mengenai beberapa warna dahulu.

Merah

Fungsi:
Memberi tenaga, teruja, merangsang selera makan.





Merah Jambu

Fungsi:
Warna ini melegakan dan membuat diri rasa dipelihara.
Ia dapat membantu untuk meredakan kemarahan.
Menggalakkan kasih sayang.




Turquoise

Fungsi:
Warna yang sejuk dan tenang.
Baik untuk sistem saraf dan sistem imun.




Hitam

Fungsi:
Apabila warna ini digandingkan bersama warna lain,
ia membantu meningkatkan tenaga warna lain.
Hitam memberi kita ruang untuk renungan dalam mencari diri.




Putih
Fungsi:
Putih mengandungi kesan semua warna.
Ia melambangkan kesucian dan menerangi fikiran kita.


Wednesday, October 19, 2011

Cara-cara ngorat perempuan

Saja je nak cerita mengenai cara-cara lelaki ngorat perempuan. Bukan apa, sekadar bercerita pasal benda yang aku nampak je. Ada beberapa cara lelaki ngorat perempuan. Antaranya ialah:


1.Cara paling kuno
Ayat "Assalamualaikum, tak jawab dosa".
Memanglah ayat yang kuno.
Sudah ramai ustaz dan ustazah kata
kita tak wajib jawab salam orang yang nak ngorat kita.
Maka, cara ni memang ketinggalan zaman.




2. Cara biasa/kebanyakan
Ni cara yang paling biasa kena pada aku,
malah aku selalu nampak kena pada perempuan lain juga.
Tegur perempuan berdasarkan warna baju yang dipakainya.
(Kadang-kadang warna tudung, beg atau lain-lain)
Cara ni biasa sangat. Tak boleh kreatif sikit ke?




3.Cara kreatif

Apabila lalu sebelah perempuan,
menyanyi 'Inikah Cinta' lagu Akim AF7 tu.
Sekurang-kurangnya, kreatiflah sikit dari cara biasa tu kan?



4.Cara bahasa bertapis
Cara yang agak unik dan jarang digunakan.
Ayat: "Inilah yang mak saya cari",
Tidaklah terus terang: "Saya nak awak".



Tapi, tak kisahlah lelaki guna apa cara sekalipun. Akhirnya, kami perempuan, cuma akan ketawa belakang lelaki.

Kalau lah ada lelaki yang sedang baca ni, maaf lah ye? Bukan nak mengata korang.. Aku sekadar bercerita tentang apa yang terjadi disekitar aku dan kawan-kawanku. Jangan ambil hati ya?

Pernah tak korang bayangkan, apa jadi pada dunia kalau cara-cara di atas, digunakan oleh perempuan?

* Korang yang perempuan ada tak nak berkongsi cerita mengenai cara-cara yang tak disebutkan aku?

Tuesday, October 18, 2011

Monday, October 17, 2011

Drawing






Antara drawing-drawing aku untuk painting semester ini. Semester ini agak sibuk. Rasa macam tujuh hari seminggu tidak mencukupi. Kenapa tidak lapan hari seminggu? (Permintaan yang agak mementingkan diri sendiri)



Sunday, October 16, 2011

Blog-Blog Adik Beradik



Sudah beberapa hari tak update blog kesayangan aku ni. Sedikit sibuk.. Maaf ya blog? Jadi, hari ini, saja lah nak memperkenalkan blog adik beradik ku. Bukan apa, tengah rindu mereka sebenarnya. (Tak adalah rindu sangat. Hehe..) Aku pulang ke rumah, tapi dua orang adik ku masing-masing di kolej mereka.



Adik beradik aku, semuanya perempuan. Kami berlima. Tiada lelaki.. Nak kata lelaki, cuma aku sorang je yang bersifat agak berkelakian. (Ok, itu tipu.. Aku yang paling kuat bersolek ada laa..) Jadi, inilah blog-blog mereka:



Ini satu-satunya kakak aku.
Blog dia agak pink laa..
Aku alergi warna pink sebenarnya.
Tapi sebagai adik yang baik, aku lawat jugalah blog pink dia.. Haha..
(Ok, gurau..)
Nama blog dia indahkan?




2. Gadis Misteri

Blog ini milik ku.
Blog yang kononnya paling misteri dalam dunia ni.
Ye, ini yang sedang anda baca inilah blog ku.
Anak kedua dalam adik-beradik.




Ini blog adik aku.
Jarang sekali dia update.
Tapi blog dia berisi. Bukan bual kosong.
Baguslaa.. Cuba anda lawat sebentar.








Ini blog adikku Tonah.
Nama blog sudah cukup untuk memberitahu namanya.







Ini blog adik bongsuku, Najaa.
Baru 10 tahun dah ada blog.
Hebat tak?
Tapi dia jarang update la.
Bolehla cuba lawat. Ada banyak lukisan dia taw...







Ok, itu dia lima blog adik-beradik ku. Senang-senang, bolehlah lawat ya? Tapi, kalo nak ngorat, tak boleh! Hehe.. Sekian..



Wednesday, October 12, 2011

Penyu hampir pupus dijumpai

Satu berita gembira untuk semua.. Pada April 2011, seekor Yangtze Giant Soft-Shell turtle dijumpai. Sebelum ini, spesis ini dikatakan hanya tinggal 4 ekor sahaja dalam dunia ini pada tahun 2009.

Spesis penyu ini benar-benar berada pada tahap kritikal. Bayangkanlah, hanya 4 ekor sahaja yang tinggal? Oleh itu, hargai penyu kita sebelum terlambat. Penyu-penyu kita terdiri daripada Penyu Belimbimng, Penyu Lipas, Penyu Agar dan Penyu Karah.



Penulisanku yang lepas mengenai penyu ini: Klik sini.

Tuesday, October 11, 2011

Tak sama pun...

Jadi student Fine Art, beginilah.. Banyak lihat painting-painting.. Apa yang aku mahu ceritakan di sini ialah, ada satu painting itu dilukis oleh John William Waterhouse. Tajuk painting tersebut ialah, 'Destiny'.
Destiny


Lepas tu, beberapa kawan aku kata perempuan dalam painting tersebut berwajah seperti aku. Yeke? Aku pun cuba lah buat perbandingan sikit:

Sama ke?



Eleh.. nak bangga lah tu? Bangga muka sama dengan painting?


Hehe.. tak ada lah..
Apa yang nak dibanggakan?

Lagipun, daripada painting itu,
aku rasa muka aku lagi serupa dengan muka budak ni:
Dora The Explorer!
Haa.. sama kan?


Lagi sekali bual kosong je.. saja laa.. stress kerja banyak sebenarnya.


Gadis Teh

'Gadis Teh'... Itu adalah gelaran untuk aku, yang diberikan oleh aku. Tak boleh ke? Hehe.. Aku sangat suka teh. Tapi kalau makan di kedai, jarang sekali aku minta teh.. Sebab aku suka teh buatan sendiri. (Ayat puji diri sendiri)

Disebabkan aku tak boleh hidup tanpa teh, semlalam aku keluar cari teh. Malangnya, di setiap pasaraya yang aku pergi, tiada teh yang aku mahu.


Akhirnya, di pasaraya terakhir aku singgah, aku jumpa teh aku!!! Perasaan ketika itu, tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.

Untuk berkongsi kegembiraan dengan semua, biarlah aku perkenalkan teh kegemaran ku: Lipton Strawberry, Lipton Apple, dan Lipton Vanilla. Tapi aku beli apple je dulu. Duduk di kolej, tiada adik beradik yang turut suka teh. Jadi, kalau beli banyak-banyak takut tak habis. Tuhan marah membazir taw~ Huhu..

Malam ni nak buat teh untuk rakan-rakan sebilik. Siapa nak teh? datang bilik aku malam ni. Hehe.. (macam lah boleh..)



Hari terakhir untuk dapatkan potret anda


Apa khabar? Semua sihat?
Nak tak potret gambar anda?
Hari ini, hari terakhir untuk dapatkannya.
Sebelum 11.59 malam ini sahaja.
Baca cara-caranya di sini.




Sekian..
Nantikan potret anda ok?



Monday, October 10, 2011

Gadis Misteri Lukis Potret Aku!

Korang tahu.. Sebenarnya, masa aku mula-mula buat blog dulu, aku berharap orang tak jumpa blog aku. Sebab niat aku dulu, aku nak cerita pasal kos aku, Fine Art je dalam blog ni. (Tapi sekarang aku tertulis macam-macam pulak.. Hehe)

Sekarang, bila makin ramai yang follow blog aku, (walaupun tak seramai follower korang) aku jadi gembira pula. Rupanya apa yang aku tulis ada orang baca!! Jadi, atas rasa terima kasih kepada semua follower aku, aku nak lukiskan potret untuk korang. Ada yang nak tak? Kalau nak, boleh baca bawah ni:


Cara-cara nak dapatkan lukisan potret:

1.Terbuka kepada follower sahaja.
2. Buat satu post bertajuk "Gadis Misteri Lukis Potret Aku!"
3. Letak gambar di atas.
4. Letak satu gambar yang korang mahu aku lukis. (gambar seorang sahaja)
5. Tulis mengapa korang follow blog ini, dan beri pendapat apa yang harus aku baiki di blog ini. (Ini penting untuk aku dengar pendapat orang ramai)
6. Beri link post korang di sini sebelum 11 Oktober 2011. (satu minggu je)


Andai penyertaan sikit, aku akan lukis potret kepada semua peserta. Kalau penyertaan ramai, aku kena pilih beberapa setakat yang aku mampu je. Ok?


Terima kasih sudi follow selama ini...




Sunday, October 9, 2011

Cinta Monyet


Cinta monyet.
Tapi bukan monyet pun yang bercinta.




Setiap orang ada kenangan cinta monyet. Benarkah?




Potret Percuma untuk Anda


Aku masih menanti anda-anda semua yang mahukan potret percuma.
Tapi aku tunggu sehingga 11 Oktober 2011 ini sahaja.
Tinggal lagi DUA hari saja.

Seperti yang aku janjikan, andai pentertaan sikit, (kurang dari 5 orang)
aku akan lukis potret semua peserta.

Korang boleh minta aku lukis wajah sesiapa je..
Diri sendiri, ibu, adik, bestfriend, buah hati atau sesiapa sahaja, asalkan SEORANG.

Asalkan korang beralamat dalam Malaysia, aku boleh pos potret tersebut kepada korang.

Apa tunggu lagi? baca cara-caranya di: Gadis Misteri Lukis Potret Aku!


Terima kasih kepada yang sudah sertai...




Thursday, October 6, 2011

Perempuan Dulu

Lecturer aku bercerita mengenai perempuan zaman dulu. Katanya, perempuan dulu tidak jawab apabila ditanya. Kita kena fahami sendiri berdasarkan tingkah laku mereka. Contohnya seperti di bawah ini:

Senyum malu sahaja.


Lari dan menangis.




***
Apa kata kita aplikasikan sikap begitu dalam kehidupan seharian kita?
Kita akan jadi seperti ini:











Ok, saja je bual kosong. Jangan ada yang ikut pula ya? Kalau korang ikut juga, sila jangan kata aku yang ajar. Sekian...