Monday, July 19, 2010

Dadaism di UiTM



Dadaism adalah satu aliran seni yang muncul sewaktu perang dunia pertama. Ia bersifat 'anti art' & 'anti war'. Konsep nya ialah ia bebas dari segala maksud. Ia mencabar kerana ia boleh dikatogerikan bukan seni. Aku tak minat sangat Dada ni.. Lagi pun, kalau seni dalam Islam, ia sepatutnya membawa mesej. Jadi, Dada ni tak menepati ciri ciri seni Islam.. Marcel Duchamp ialah seorang artist Dada. Antara karyanya ialah 'Fountain'. Ia hanyalah objek sedia ada yang ditambah dengan tulisan 'R.MUTT' dihujungnya.

Dadaism langsung tak menarik perhatian aku. Tapi, pada satu hari di UiTM, ketika aku berjalan di fakulti seni lukis dan seni reka, department Seni Halus, ada sesuatu telah menarik minat aku. Terdapat sebuah tong sampah di satu penjuru ini... Di atas tong sampah tersebut, terdapat tulisan 'R.MUTT'.... Dadaism SANGAT!

Wednesday, July 14, 2010

Minggu kedua sem ini...

Dah masuk minggu kedua... Baru dua minggu, tapi dah rasa teruk. Aku sekelas dengan senior senior aku! Itu bukan masalah, tapi susah sikit sebab aku sedar diri.. Yelah, diorang semua pelajar yang dah habis diploma. Kitorang yang penerapan ni? Mesti la ilmu tak setanding diorang... Lagi satu, kenapa pelajar fine art ni ramai sangat? sesak laa... Tadi kelas CTU teruk! Entah berapa puluh orang disumbat dalam satu bilik kecik!!! Rimas! Aku perlu ruang!!!!! Habis kelas CTU, aku duduk library. Luas dan selesa! Aku dalam proses suaikan diri, harap minggu ketiga semua akan ok.

Thursday, July 8, 2010

Major Painting

Dah tiba masanya untuk aku pilih major dalam fine art. Satu satunya benda yang aku suka dalam fine art~ mestilah painting!!! Aduh.. ramai pulak yang nak major painting. Aku dah gelabah dah.. Tempat terhad! Jadi, pemilihan akan dibuat. Kalau tak dapat painting, apa aku nak buat?? Berhenti dari UiTM?? Tak.. itu jalan terakhir.. apa yang aku kena buat ialah, aku akan guna apa cara sekalipun, asalkan aku dapat major painting! Huahahahahaha..... (Ketawa kejam)

Apa cara yang aku guna? Aku mana ada apa apa kuasa.. Aku cuma boleh merayu. Oh ya, bakat berlakon patut digunakan. Buat muka sedih... Aku merayu rayu kat prof supaya aku dapat painting. Bukan senang tau, orang lain semua dah selesai, tinggal aku je yang masih berkeras tak nak tulis nama kat tempat lain selain painting. Kawan-kawan dan orang sekeliling yang dah selesai urusan mereka, masih ada sebelah prof. Malu giler.. diorang semua tengok sifat aku yang keras hati, tak sedar diri, tak layak, tapi nak jugak masuk painting! tapi masa tu aku memang tak peduli pasal malu. Sebab malu sekarang lebih baik dari terseksa akan datang kerana tak dapat painting!

Akhirnya, memang la aku dapat... dapat major painting!!!! Tapi aku juga dapat malu.. Macam mana la nak berdepan dengan prof lepas ni???