Dah tiba masanya untuk aku pilih major dalam fine art. Satu satunya benda yang aku suka dalam fine art~ mestilah painting!!! Aduh.. ramai pulak yang nak major painting. Aku dah gelabah dah.. Tempat terhad! Jadi, pemilihan akan dibuat. Kalau tak dapat painting, apa aku nak buat?? Berhenti dari UiTM?? Tak.. itu jalan terakhir.. apa yang aku kena buat ialah, aku akan guna apa cara sekalipun, asalkan aku dapat major painting! Huahahahahaha..... (Ketawa kejam)
Apa cara yang aku guna? Aku mana ada apa apa kuasa.. Aku cuma boleh merayu. Oh ya, bakat berlakon patut digunakan. Buat muka sedih... Aku merayu rayu kat prof supaya aku dapat painting. Bukan senang tau, orang lain semua dah selesai, tinggal aku je yang masih berkeras tak nak tulis nama kat tempat lain selain painting. Kawan-kawan dan orang sekeliling yang dah selesai urusan mereka, masih ada sebelah prof. Malu giler.. diorang semua tengok sifat aku yang keras hati, tak sedar diri, tak layak, tapi nak jugak masuk painting! tapi masa tu aku memang tak peduli pasal malu. Sebab malu sekarang lebih baik dari terseksa akan datang kerana tak dapat painting!
Akhirnya, memang la aku dapat... dapat major painting!!!! Tapi aku juga dapat malu.. Macam mana la nak berdepan dengan prof lepas ni???
congratz..its okey..u deserve wat u want in yr life..kadang2 keras hati tu bagus..mksudnye awk ni ade pendirian diri yg kuat..awk tau cita2 awk...sgt bagus..i like..hehe..all da best amna..!
ReplyDeletehuhu.. thnks...
ReplyDelete