Monday, July 19, 2010

Dadaism di UiTM



Dadaism adalah satu aliran seni yang muncul sewaktu perang dunia pertama. Ia bersifat 'anti art' & 'anti war'. Konsep nya ialah ia bebas dari segala maksud. Ia mencabar kerana ia boleh dikatogerikan bukan seni. Aku tak minat sangat Dada ni.. Lagi pun, kalau seni dalam Islam, ia sepatutnya membawa mesej. Jadi, Dada ni tak menepati ciri ciri seni Islam.. Marcel Duchamp ialah seorang artist Dada. Antara karyanya ialah 'Fountain'. Ia hanyalah objek sedia ada yang ditambah dengan tulisan 'R.MUTT' dihujungnya.

Dadaism langsung tak menarik perhatian aku. Tapi, pada satu hari di UiTM, ketika aku berjalan di fakulti seni lukis dan seni reka, department Seni Halus, ada sesuatu telah menarik minat aku. Terdapat sebuah tong sampah di satu penjuru ini... Di atas tong sampah tersebut, terdapat tulisan 'R.MUTT'.... Dadaism SANGAT!

No comments:

Post a Comment