Sunday, February 27, 2011

Sahabat Bumi Bersuara:

Aku tak kisah kalau korang rasa apa yang aku cakap kali ni bosan. Tapi, boleh tak tolong teruskan baca ni?? Bukan untuk aku. Untuk Bumi kita bersama.

Aku tak layak untuk mengaku diri aku berjuang untuk menyelamatkan penyu. Sebab sehingga sekarang, tiada apa lagi yang aku sumbangkan untuk menyelamatkan penyu. Namun, aku tak kan berdiam diri. Selemah lemah cara yang mampu aku buat ialah, bersuara di sini agar lebih ramai lagi yang peka dengan masalah ini.

Bilangan penyu yang bertelur di Malaysia makin menurun setiap tahun. Bukan menurun sikit sikit! Menurun secara mendadak setiap tahun. Kalau berterusan begini, bagaimana kalau satu hari nanti anak kita tak sempat melihat penyu?

Pertama kali aku mula peka pada masalah ini ialah pada tahun 2007. Aku terbaca satu akhbar yang menceritakan tentang pemburuan haram penyu. Sedih sekali berita tersebut. Betul-betul sedih!! Gambar di akhbar itu menunjukkan mungkin berpuluh puluh bangkai penyu yang dirampas dari pemburu haram. Akhbar itu juga sertakan statistik pendaratan penyu yang kian menurun. Apa yang seorang gadis seperti aku mampu buat untuk mengubah keadaan ini? Siapa boleh jawab?

Masalah penyu yang kian pupus ini, bukan salah pemburu haram sahaja. Manusia manusia yang makan telur penyu pun bersalah. Ada tak sesiapa boleh jawab soalan ini; Berdosa tak makan telur penyu memandangkan ia semakin pupus? Pencemaran laut boleh menjejaskan sumber makanan penyu. Jadi, siapa yang mencemarkan laut? Manusia juga kan?

Bagi seekor anak penyu yang menuju ke laut selepas menetas, ia perlu menghadapi pelbagai risiko berdepan dengan pemangsa. Tambah pula risiko perbuatan jahat manusia, pencemaran laut.. kasihan makhluk kecil itu.

Jadi, bagaimana anda boleh menbabtu dalam masalah ini? Hentikan makan telur penyu, jangan mengganggu penyu yang sedang naik ke pantai untuk bertelur, jangan menyalakan unggun api, jangan membuat bising dan jangan membuang sampah di pantai, dan akhir sekali, jangan mencemarkan lautan.

Ini poster yang aku buat dalam kelas.
Bila lecturer aku tengok idea aku, dia tanya:
"Kamu orang Terengganu ke?"
Hairan, orang Terengganu saja ke yang boleh ambil berat pasal penyu?
Bukan ke kita semua patut ambil berat pasal ni?

Friday, February 25, 2011

Batasan atau Alasan?

Sudah agak seketika aku memencilkan diri. Aku lari dari realiti. Tiada bakat adalah batasanku untuk terus maju ke depan.

Tapi, di sini lah silap aku. Tiada bakat itu sejenis batasan kah? Atau alasan semata-mata? Semalam, aku menemui seorang artist, iaitu Hamir Soib. Katanya, "Semua orang ada idea, tapi segelintir sahaja yang mampu menterjemahkan idea itu ke dalam karya," Aku tersentap. Betullah.. Sebelum ini, aku hairan melihat rakan-rakan sekelasku yang tangannya pantas sahaja mengisi kekosongan kanvas. Tapi aku?? Aku sibuk merangka idea ku di dalam otak. Selagi idea ku tak jelas, aku tak berani nak mengeluarkannya di atas kanvas. Walau idea aku ada, tapi kenapa ia tak boleh diterjemahkan di atas kanvas?

Aku menerangkan idea ku kepada senior ku, Safar. Di sinilah pemikiran ku mula terbuka. Ketika aku menerangkan tentang 'cekal dan batasan' sebagai idea, dengan pantas Safar membangkang dengan pertanyaan: "Sesuatu batasan itu, batasan atau alasan?"

Kini aku mengalami kekeliruan. Aku dah tak nampak lagi batasan dalam diri aku. Rupanya, semua batasan yang aku nampak sebelum ini, kini lebih kelihatan seperti alasan. Apa itu batasan sebenarnya?

Bersama Hamir Soib di studionya

Wednesday, February 23, 2011

Adoi...

Beberapa orang mesti salah faham kat aku sekarang ni.
Tapi aku tak boleh jelaskan pada diorang perkara yang sebenar.
Sebab itu akan membawa kepada pembongkaran satu rahsia besar.
Jadi, rahsia itu patut dibongkar atau biarkan saja orang terus salah faham kat aku?
Adoi... rumit.. rumit...

Tuesday, February 22, 2011

Koleksi Gambar Kucing Aku

Banyaknya gambar kucing-kucing aku yang comel-comel!!! Sayang lah kalau gambar-gambar comel tu disimpan sendiri kan... Nak tunjuk kat sini lah.. Hehe..

Ni gambar yang aku sayang sangat!!
Ni Keiko. Kacak kan? Hehe..
Ni kucing yang aku paling sayang seumur hidup!
Rindulah kat kau Keiko...


Koda bermain di celah-celah baju semasa orang sedang melipat.
Nakal~


Teh O dan Kopi.
Diorang tengah tunggu sesiapa tolong bukakan pintu.


Pepsi sedang tidur di atas katil aku.
Nasib baik comel...
Tak jadi nak halau...



Teh O main tampar menampar dengan anak perempuannya, Notti.



Diamond. Mata dia dia kuyu je, tapi tetap comel~



Ni Kembang.
Suka tengok dia panjat pokok macam ni.
Nampak gagah~



Bintang. Dia memang terlalu comel!!!
Tapi dia dah hilang.
Sayanglah~



Pepsi ni, geram lah tengok dia!!!



Bubu duduk dalam bakul.
Dia ni perasan comel!!!
Tapi memang comel pun.. huhu...



Kopi dan Teh O.



Bubu kesayangan kami semua.
Siap ada bentuk 'love' lagi...



Kalau nak diikutkan, banyak lagi gambar gambar yang comel comel! Tapi, buat masa ni, aku tunjuk banyak ni dulu. Hehe... Comel kan? Comel kan? Comel kan? Siapa kata tak comel, dia tipu~ Hahaha...

Saturday, February 19, 2011

Aku Bukan Pelukis

Aku bukan pelukis.
Aku sekadar melukis kerana tiada benda lain yang boleh ku buat selain melukis.


Aku dikelilingi mereka-mereka yang berbakat.
Tapi aku buat-buat tak perasan yang diri aku tiada bakat.
Aku teruskan juga.


Satu hari nanti,
Ketika tiada apa lagi yang perlu ku risaukan,
Aku akan pergi jauh.
Jauh ke tempat yang tiada siapa mengenali aku.







Aku nak melukis.

Friday, February 18, 2011

Cat Lovers Club +Like!

Huhu.. teruja nye aku!! Tiba tiba terjumpa page ni.. Cat Lovers Club +Like! Kepada sesiapa yang sekepala, marilah sertai~ Di sini, kami masing-masing dengan bangganya menceritakan kisah kucing masing-masing. Jom..

*Ni kucing aku, Bubu...



Thursday, February 17, 2011

Conteng-conteng


Terjumpa ni dalam buku nota aku masa 2009. Conteng-conteng je ni. Masa tu, aku baru sahaja menjejaki dunia Fine Art. Jadi aku rasa gambaran orang bersama oil paint sangat cool!!! Lagipun aku membesar dengan melihat ayah aku bersama oil paint. Jadi minda aku dah set yang macam tu je lah cool.

Aku buat lelaki yang memakai baju sekolah. Sebab masa tu aku rindu sangat dekat sekolah.

* sila abaikan kesalahan proportion, figure dan sebagainya. Sebab ni cuma conteng conteng masa dalam kelas. Huhu..

Wednesday, February 16, 2011

Kain Batik


Kain Batik.
Tahu tak, sebenarnya ada cara yang betul untuk memakainya.
Bahagian kepala kain, (corak pucuk rebung yang menonjol di
tengah-tengah kain)
..bagi si gadis, kepala kain haruslah diletakkan di depan.
Bagi wanita yang sudah berkahwin, kepala kain diletakkan di
belakang.

Ok, dah tahu semua?
Dulu aku tak tahu.
Jadi baju kebaya aku, dijahit dengan bahagian kepala
di belakang.
(Aku belum berkahwin lah)

Rupa-rupanya, makna kepala kain di belakang ialah:
'Mendukung adat'
Indahnya budaya Melayu.


Tuesday, February 15, 2011

Tanpa Tajuk

Aku tiada di sana untuk membantu kawan-kawan ku.

Namun, andai aku di sana sekalipun, apakah pertolongan yang boleh diberi oleh aku?

Aku hanya mampu mengatakan:

“Sahabat-sahabat ku, tolong jangan putus asa!”

Bagi mereka yang menganaia kawan-kawan ku,

Aku tak faham la..

Apa korang dapat dengan buat begitu?

Aku kecewa sebab tak mampu bantu kawan kawan ku.

Aku di Shah Alam, mereka jauh di Melaka.

Aku tahu, andai aku masih di sana, aku juga magsa korang kan?

Aku kasihan pada diri korang..

Korang tak mampu untuk berjaya, jadi korang kena menjatuhkan orang lain.

Korang tiada masa depan.

Kasihannya…

Sunday, February 13, 2011

Menifestasi cinta ku~ FIQ

"Jika bisa, ku kembali menginjak bumi.. Sudah pasti kau juga yang ku cari..."

Yea.. dapat jumpa Fiq~

Friday, February 11, 2011

What is 'style'?


Aku tercari-cari juga apa itu 'style'? Sudah lama aku mencari style aku dalam painting. Tapi sepatutnya, aku kena cari dulu 'apa itu style'!

Aku mencari jawapan itu dengan bertanya kepada kawan kawan. Ini adalah beberapa yang aku dapat:

Asyraf:
In term of art, style refer to a specific artistic character or dominant trend of form noted during a period of history or during an art movement.

Boss/Abang aku:
Through psychology, theres two aspects the internal and the external. Your personality and attitude towards life makes up the internal part and how you physically present yourself to the world makes up to external part, together they are one in linked.

Afiq:
Sesuatu yang kita boleh jadikan identiti kita.



*Buat masa ni, ini saja. Tapi aku rasa aku dah jumpa jawapan yang ku cari. Kalau ada sesiapa ada jawapan yang lain, beritahu lah ya... Aku sangat menghargai pertolongan korang semua. Terima kasih...



Thursday, February 10, 2011

Teruskan dengan idea yang sama.


Tanggan aku menggigil.
Semakin aku buat sketches, semakin aku jadi keliru.
Aku seolah-olah sesat dalam dunia idea aku sendiri.
Aku dah tak tahu hala tuju. Idea aku sendiri telah sesatkan aku. Serius!!

Tapi buat masa ni..
Aku dah dapat sedikit cahaya dari abang kesayangan aku.
Mungkin cahaya tu sikit.. Tapi masih mampu untuk menyuluh jalan aku.
Jadi, aku belum mahu tukar idea lain.
Aku akan teruskan dengan idea yang sama.

Wahai akal ku yang satu,
tolonglah berfungsi sepenuhnya!

Kepada adik beradik aku:

Untuk orang lain, sila abaikan post ni...
Untuk adik beradik aku, meh la baca di sini

1 set

1 set barang.

Ia hanya akan menarik jika lengkap 1 set. Andai hanya terdapat sebahagian sahaja daripada set tersebut, maka tak menarik lah.

Aku dan adik beradik aku, lima orang semuanya. Kami lima beradik adalah 1 set. (satu set apa tak tahu laa.. kami ni orang) Kami sentiasa berlima. Itu yang menjadikan segala galanya menarik!

Namun, selepas sorang, sorang.. daripada kami keluar meninggalkan rumah kerana sambung belajar. Kini, tinggal sorang sahaja adik kami di rumah. Ibarat 1 set barang yang tidak lagi di simpan bersama.

Sekali sekala, kami pulang ke rumah dan berlima semula. Ibarat kami dapat mengumpulkan kembali 1 set itu.

Walaupun 1 set itu tidak bersama sepanjang masa, namun, ianya tetap 1 set! Tiada siapa yang boleh ubah fakta itu.

Ianya akan terus kekal sebagai 1 set meskipun disimpan berasingan.

Ini 5 ekor anak penyu yang Abah beli. Setiap kali aku terpandang anak penyu ni, aku terasa sesuatu. Begitu simbolik 5 ekor anak penyu ni. Ia lebih cantik diletakkan berlima daripada dibiarkan seekor.




Kami berlima

Wednesday, February 9, 2011

Selangkah ke depan

Baru baru ni, aku kecewa dengan diri aku sendiri. Semangat hilang. Dan aku rasa aku sepatutnya boleh buat lebih baik. Tadi aku ke library. Belek belek buku seni sememangnya boleh buat aku bersemangat kembali untuk berkarya. Sekarang sedang berusaha untuk untuk menghasilkan karya. Aku nak tebus semula masa aku yang dah banyak terbuang! Mari berusaha!!!!

Monday, February 7, 2011

Apa ni?

Apa yang aku buat ni? Untuk apa aku melukis? Aku tak faham.. Apa yang aku cari ni? Mana semangat Fine Art aku dulu? Tangan tak henti henti melakar pada kertas. Tapi semuanya atas nama kerja sahaja. Lakaran aku tak ada jiwa. Kanak kanak 5 tahun pun boleh buat sesuatu yang lebih menarik.

Masa depan kelihatan kabur. Aku tak tahu apa yang aku cari sebenarnya. Tak bersedia rasanya untuk habis degree. Apa aku nak buat selepas degree ni? Huhu...


Conteng conteng je ni...
Menggambarkan diri hilang dalam pemikiran...


Tahu tak ini apa?
Inilah gunung yang dikejar.
Tapi tak nampak rupa gunung pun sebab tak tahu apa yang dikejar.

Sunday, February 6, 2011

Sepupu Kahwin

Ada seseorang cakap, blog aku banyak pasal kenduri kahwin. Haha.. yeke?? Tak dinafikan, aku memang suka menghadiri majlis kahwin. Dapat memakai baju kurung, dapat bunga telur, paling best, mestilah sebab dapat berkumpul dengan sepupu sepupu.

Tak bley blah... Semasa kami (Sepupu-sepupu) berkumpul, entah macam mana, boleh terbuka topik 'umur berapa korang nak kahwin'. Haha... selamba je aku jawab: "29.." Aku rasa 29 tu umur yang sesuai. Tapi ramai yang kata umur tu lewat. Yeke?? Lepas tu, diorang ni ramai yang bercadang sekitar umur 25. Pengantin yang kahwin hari ni pun berumur 25. Alaa... nape korang rancang awal awal sangat? Nanti tinggal aku sorang. Huhu...

Hehe.. asal aku bincang topik ni kat sini?? Sila abaikan. Haha.. Tapi kan, dalam family ku yang besar dan ramai ni, aku risau. Keadaan semakin lama semakin berubah. Generasi anak sepupu semakin ramai.. Sepupu sepupu yg dulu bersama sama aku main kejar kejar, kini semuanya dah meningkat dewasa. Tak lama lagi, lepas sorang, sorang berkahwin. Aku tak ada hak untuk menghalang. Haha.. tapi tu semua kisah esok. Hari ni, aku cuma nak bersama sepupu-sepupu aku macam ni~




Saturday, February 5, 2011

Keindahan dalam hujan


Perjalanan ke studio masih jauh. Aku membawa banyak alatan seni hari tu. Beg aku agak berat. Tiba-tiba setitis hujan jatuh ke muka ku. Tidak.. tolonglah jangan hujan. Studio masih jauh, dan aku tak mahu laptop serta sketch book aku basah!

Aku mempercepatkan langkahku. Hujan makin lebat. Tapi pokok pokok di tepi jalan melindungi aku. Kurang sikit basah melalui jalan bawah pokok begini. Namun, aku tahu keadaan ini akan semakin teruk. Hujan makin lebat. Otak aku segera mencari jalan penyelesaian. Patutkan aku berteduh di mana mana bangunan dahulu? Sempatkah kalau aku nak lari ke studio ni? Atau aku harus berteduh di Kolej Kenanga yang berada paling hampir dengan aku sekarang? Tapi kalau aku berteduh nanti, risau pula hujan terus lebat dan aku terkandas di sana.

Bagai keajaiban, tiba tiba pertolongan datang. Muncul seorang perempuan menaiki motor berhenti di sebelahku. Dia menjemput aku menumpangnya walaupun dia tak kenal aku. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menerima pelawaannya tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

Alhamdulillah, aku tiba di studio dalam keadaan yang hanya basah sedikit sahaja. Syukur... Aku terhutang budi pada perempuan itu. Tapi aku tak ingat langsung rupa perempuan itu. Semoga Tuhan balas kebaikan dia. Indahnya kebaikan dia.. Seindah hari hujan. Aku suka hujan.

Jom buat marbling!

Dah lama tahu teknik marbling ni. Tapi, percaya tak, aku tak pernah buat pun!!! Setakat tahu sebab baca dari buku je. Jadi, hari ni masa di studio, tiba-tiba Nizar ajak buat marbling. Apa lagi, memang aku sertai lah!!




Friday, February 4, 2011

25 random facts about me~


Kakak aku, Ilham tag ni:

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with
25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated" *wink*

  1. Aku perasan yang diri aku ni misteri. Hahaha..
  2. Aku suka nombor 2!!!
  3. Tinggi aku masa tingkatan 3 ialah 149cm, dan kini selepas 5 tahun berlalu, aku cuma naik 1cm.
  4. Benci mata pelajaran sejarah, dan pernah bergaduh dengan cikgu sejarah.
  5. Aku diploma di UiTM Alor Gajah, Melaka.
  6. Aku dan pontianak ada sangkut paut. (orang-orang tertentu tahulaa...)
  7. Suka bila hari hujan.
  8. Zaman sekolah sangat indah terutamanya masa form4 dan form5.
  9. Aku tak dapat bayangkan kehidupan aku jika aku bukan Fine Art.
  10. Aku tak suka jaga tepi kain orang, dan aku tak nak orang jaga tepi kain aku.
  11. Kagum sangat dengan peribahasa Melayu.
  12. Banyak buat hal sendiri berbanding terlibat dengan orang.
  13. Aku suka sangat kuih bahulu. Tapi sekarang, susah untuk jumpa bahulu sedap.
  14. Sekarang ni, teringin sangat nak jumpa ustaz dan ustazah yang ajar aku mengaji dulu. Kalau bukan diorang, aku tak tahu mengaji langsung.
  15. Sekarang ni, aku kagum sangat pada seseorang. Tapi dia tak tahu langsung. Aku gelar dia, abang misteri.
  16. Aku sangat serius.
  17. Aku tak boleh berenang.
  18. Suka sangat kat suara Fiq mentor~
  19. Pernah dapat gelaran yang bukan-bukan seperti: Ninfa, Mak tiri, Pontianak, Rika, Labuni, Cinta Laura.
  20. Aku betul-betul nak sumbangkan sesuatu pada bangsa aku.
  21. Aku suka tengok perempuan-perempuan yang comel!!! Tapi aku bukan les taw...
  22. Sedang mencari orang yang sudi lawan catur dengan aku. Ada tak sesiapa???
  23. Aku suka warna kuning.
  24. Aku percaya kekuatan terletak pada kecekalan.
  25. Aku menaip kesemua 25 ini dengan penuh berhati-hati supaya misteri aku terpelihara. Hahaha...

Orang tag aku, jadi sekarang aku nak tag orang pulak. Buat lah apa yang patut. Terima kasih~


* Banyak ni je aku tag..

Tuesday, February 1, 2011

Blog untuk artwork aku.


Memandangkan gambar-gambar artwork aku bersepah-sepah dan semuanya disimpan dalam folder berasingan, jadi aku ingat nak kumpulkan gambar-gambar tu setempat. Jadi aku buka blog baru yang aku khaskan untuk simpan artwork-artwork aku sahaja. Kalau senang-senang, lawatlah Gadis Misteri's Artworks. Ok? Terima kasih...