Aku tak kisah kalau korang rasa apa yang aku cakap kali ni bosan. Tapi, boleh tak tolong teruskan baca ni?? Bukan untuk aku. Untuk Bumi kita bersama.
Aku tak layak untuk mengaku diri aku berjuang untuk menyelamatkan penyu. Sebab sehingga sekarang, tiada apa lagi yang aku sumbangkan untuk menyelamatkan penyu. Namun, aku tak kan berdiam diri. Selemah lemah cara yang mampu aku buat ialah, bersuara di sini agar lebih ramai lagi yang peka dengan masalah ini.
Bilangan penyu yang bertelur di Malaysia makin menurun setiap tahun. Bukan menurun sikit sikit! Menurun secara mendadak setiap tahun. Kalau berterusan begini, bagaimana kalau satu hari nanti anak kita tak sempat melihat penyu?
Pertama kali aku mula peka pada masalah ini ialah pada tahun 2007. Aku terbaca satu akhbar yang menceritakan tentang pemburuan haram penyu. Sedih sekali berita tersebut. Betul-betul sedih!! Gambar di akhbar itu menunjukkan mungkin berpuluh puluh bangkai penyu yang dirampas dari pemburu haram. Akhbar itu juga sertakan statistik pendaratan penyu yang kian menurun. Apa yang seorang gadis seperti aku mampu buat untuk mengubah keadaan ini? Siapa boleh jawab?
Masalah penyu yang kian pupus ini, bukan salah pemburu haram sahaja. Manusia manusia yang makan telur penyu pun bersalah. Ada tak sesiapa boleh jawab soalan ini; Berdosa tak makan telur penyu memandangkan ia semakin pupus? Pencemaran laut boleh menjejaskan sumber makanan penyu. Jadi, siapa yang mencemarkan laut? Manusia juga kan?
Bagi seekor anak penyu yang menuju ke laut selepas menetas, ia perlu menghadapi pelbagai risiko berdepan dengan pemangsa. Tambah pula risiko perbuatan jahat manusia, pencemaran laut.. kasihan makhluk kecil itu.
Jadi, bagaimana anda boleh menbabtu dalam masalah ini? Hentikan makan telur penyu, jangan mengganggu penyu yang sedang naik ke pantai untuk bertelur, jangan menyalakan unggun api, jangan membuat bising dan jangan membuang sampah di pantai, dan akhir sekali, jangan mencemarkan lautan.
Ini poster yang aku buat dalam kelas.
Bila lecturer aku tengok idea aku, dia tanya:
"Kamu orang Terengganu ke?"
Hairan, orang Terengganu saja ke yang boleh ambil berat pasal penyu?
Bukan ke kita semua patut ambil berat pasal ni?
nice article..aku org tganu tp kesedaran masyarakat blum sampai tentang isu ini bg aku penyu ni ibarat rokok kita dh thu punca tp kit X MENCEGAH so aku rasa dgn article ko ni dh rMai yg bc n aku slh sorg drpnya.
ReplyDelete