Perjalanan ke studio masih jauh. Aku membawa banyak alatan seni hari tu. Beg aku agak berat. Tiba-tiba setitis hujan jatuh ke muka ku. Tidak.. tolonglah jangan hujan. Studio masih jauh, dan aku tak mahu laptop serta sketch book aku basah!
Aku mempercepatkan langkahku. Hujan makin lebat. Tapi pokok pokok di tepi jalan melindungi aku. Kurang sikit basah melalui jalan bawah pokok begini. Namun, aku tahu keadaan ini akan semakin teruk. Hujan makin lebat. Otak aku segera mencari jalan penyelesaian. Patutkan aku berteduh di mana mana bangunan dahulu? Sempatkah kalau aku nak lari ke studio ni? Atau aku harus berteduh di Kolej Kenanga yang berada paling hampir dengan aku sekarang? Tapi kalau aku berteduh nanti, risau pula hujan terus lebat dan aku terkandas di sana.
Bagai keajaiban, tiba tiba pertolongan datang. Muncul seorang perempuan menaiki motor berhenti di sebelahku. Dia menjemput aku menumpangnya walaupun dia tak kenal aku. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menerima pelawaannya tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.
Alhamdulillah, aku tiba di studio dalam keadaan yang hanya basah sedikit sahaja. Syukur... Aku terhutang budi pada perempuan itu. Tapi aku tak ingat langsung rupa perempuan itu. Semoga Tuhan balas kebaikan dia. Indahnya kebaikan dia.. Seindah hari hujan. Aku suka hujan.
nanti bila2 sy singgah studio awk ;)
ReplyDeleteok.. dtg lah... di alu alu kan...
ReplyDeletekbaikan tanpa id card..
ReplyDelete