Tuesday, January 25, 2011

Kisah Idea Painting Aku

Idea untuk painting aku di terima baik oleh prof. Aku rasa gembira sangat. Tapi, dalam pada gembira, ada sikit ketakutan jauh di penjuru hati aku. Sebabnya, aku sedar kini aku baru sahaja melepasi satu garisan keselamatan, masuk ke kawasan yang lebih bahaya. Aku akan cerita dengan lebih terperinci.

***

Minggu lepas, ketika aku mula-mula menyampaikan idea ku di hadapan kelas, aku menjadi kurang pasti dengan idea ku. Ini kerana reaksi yang aku terima agak kurang menyenangkan. Kawan-kawan aku buat lawak dengan “pagar” (idea aku). Malah ada orang panggil aku dengan nama “pagar”. Aku tahu benar, mereka sekadar bergurau senda, mencari sesuatu untuk dijadikan bahan. Yalah, tanpa gurauan, apalah erti hidup ini. Aku tidak menyalahkan mereka. Namun, kerana aku sendiri masih kurang jelas dengan idea ku, aku menjadi kurang yakin dengan idea tersebut. Namun begitu kata-kata prof: “It’s interesting..” yang menjadi kekuatan aku. Tapi sebenarnya, prof tambah lagi ayatnya dengan: “….It’s interesting.. BUT bla.. bla.. bla..”

Sebenarnya, ramai yang membantu aku. Seorang senior dari studio sebelah terus menerus tanya aku ini dan itu. Dia sebenarnya nak biar aku nampak apa yang aku buat. Betul juga. Tanpa semua pertanyaan dia tu, aku jadi tak tahu apa yang aku tahu. Sebenarnya, semua kawan-kawan yang tak henti-henti membuat lawak dengan “pagar” tu pun membantu. Semakin banyak mereka menyebut “pagar”, aku jadi makin berfikir mengenai idea ku. Abang aku yang aku sayang pun banyak membantu. Sepanjang aku berjaga waktu malam kerana menyiapkan sketches, dia juga online, dan chatting dengan aku. Dia bukan sahaja menyumbangkan idea, malah memberi kata kata semangat. Ketika aku kata bahawa topic ku ‘cekal’, dia membaca buku mengenai kecekalan. Ketika aku kata aku perlu peribahasa yang bersesuaian, dia carikan peribahasa untuk aku. Ketika aku mahu contoh contoh haiwan yang berkaitan, dia beri idea. Walaupun aku sekadar adik angkat dia, tapi dia bantu aku seperti aku adik kandungnya. Oh tuhanku, apa lagi aku perlu buat untuk balas budi abangku ini?

Semalam, aku beranikan diri membentangkan sketches idea ku. Mengejutkan, semua idea pelik ku langsung tak dibangkang prof. Cuma dia tambah idea apa yang patut aku buat. Malah, dia menerangkan lagi mengenai topik aku. Hebat! Dia lebih memahami topik aku dari diri aku sendiri. Prof juga menyedarkan aku bahawa topik ku ini bersifat abstrak. Lebih mengejutkan aku, prof kata “It is very philosophic.” Philosophic? Saat ni la tiba-tiba aku terasa aku dah masuk kawasan bahaya. Philosophy adalah tahap paling tinggi dalam aprisiasi seni. Aku tahu tentang tu. Aku tak pernah bercadang untuk masuk ke tahap philosophy dalam masa terdekat ni. Tapi ia terjadi tiba-tiba tanpa sebarang amaran dahulu.

Philosophy.. Aku sangka hanya golongan bijak pandai yang dah lama dalam bidang ni sahaja boleh melangkaui tahap tu. Tapi secara tak sengaja budak hingusan macam aku tersentuh tahap tu. Aku memang rasa bahaya. Dengan ilmu taraf aku ni, aku mungkin akan menampakkan kebodohan ku apabila karya ku yang bersifat philosophic tu siap nanti. Tapi, aku tak akan berpatah balik. Takut? Takut adalah sesuatu yang mencabar! Aku akan terus maju ke depan. InsyaAllah…

*aku kena kaji lagi pasal philosophy ni.. Aku tak tahu apa-apa!

1 comment:

  1. gud luck amna.u can do it. :)

    thanks 4 follow my blog

    ReplyDelete