Wednesday, November 30, 2011

Aku Betul-Betul Marah Ni !

Ada la sorang budak lelaki dalam studio aku ni... Dia cukup suka usik aku. Tiap-tiap kali jumpa aku, memang ada je apa-apa dia kata nak buat aku marah. Aku dah lali dengan sikap dia. Jadi semester ini, aku tak marah dia pun. Aku biarkan je dia terus-terus mengata macam-macam padaku. Aku saja tak marah, sebab aku tahu, dia sedang cuba untuk buat aku marah!






Tapi, pada satu hari, sikap dia sudah melampau! Dia ganggu kerja stop-motion aku! Bagi anda-anda semua yang tahu bagaimana nak buat stop-motion, tentu anda faham kan, ianya satu kerja yang menguji kesabaran! Apabila dia sentuh barang-barang stop-motion aku, kerja jadi terganggu la! Benda ni tak boleh sentuh sebarangan. Kalau tak sengaja, lain cerita lah kan.. Ini sengaja! Aduh.. Susah lah nak cakap! Anda yang faham stop-motion tentu faham kesakitan yang aku rasa ni kan?


Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan aku! Rasa macam nak buat seperti gambar bawah ni kepada dia!

Tapi apakan daya.. Aku tak ada kuasa nak tukar badan aku jadi gergasi untuk pijak dia! Aduh!! Marah betul-betul ni.. Selama ni dia usik aku, aku anggap gurau sahaja. Tapi kali ni melampau! Kalau gurau sekalipun, jangan libatkan hal kerja boleh tak???! Sakitnya hati..

Kalau lah dia baca blog aku ni, aku.. Entah. Aku dah kehabisan perkataan nak cakap pada dia. Ya Allah ya tuhanku.. Bagaimana nak redakan kemarahan ni? Nak kata dia bodoh, dia budak bijak.. Kenapalah dia buat macam ni.. Nak tunggu dia minta maaf pada aku?! Huh~ dalam mimpi pun mustahil. Lelaki ego macam dia, mana reti minta maaf!

*Aku lukis gambar dia cincai je. Malas nak lukis betul-betul buat tambah sakit hati je.

8 comments:

  1. comey cik gadis misteri marah..hehe

    ReplyDelete
  2. Jgn marah sgt, nanti melekat... Koh koh koh... Sabar cik na, sabar... Koh koh koh..

    ReplyDelete
  3. hahah klakar...cube buli dia balik..heheh baru kuat..

    ReplyDelete
  4. iedchan: dah tengking dia.. sampai skng dia x ckp ngan saye dah.

    ReplyDelete
  5. Untuk berlatih kesabaran, seorang musuh adalah guru yang terbaik....

    ‪#‎EnemyOfTheHeart‬

    ReplyDelete