Tuesday, November 15, 2011

Kembang dalam Kenangan

*AMARAN* siapa baca post ini sambil gelak, akan terkena sumpahan.




Ini Kembang. Rasanya dah beberapa kali aku cerita mengenai Kembang di blog ni. Contohnya, di sini, dan di sini.

Hari ini, 15 November 2011, Kembang telah pergi selama-lamanya. Tinggalkan aku tanpa ucap selamat tinggal. (Walaupun dia cuma boleh ucap 'miow' je)

Aku di UiTM. Kakak aku sampaikan berita tersebut pada ku. Sumpah, rasa macam nak lari balik rumah je. Tapi, orang kata, yang dah pergi takkan kembali. Yang hidup, kenalah teruskan hidup. Jadi aku tetap ke kelas petang tu. (Walaupun aku rasa macam tak belajar je duduk dalam kelas)

Kembang adalah kucing yang setia. Sentiasa tunggu depan pintu rumah. Tapi, kalau tiada sesiapa di rumah, dia merayau entah ke mana. Memanglah bagi orang lain, dia kucing yang tak comel. Warna oren seperti kucing jalanan je. Tapi bagi aku, dia yang paling aku sayang.

Kakak aku kata, mungkin dia mati kerana berlawan dengan anjing. Kalau ikutkan, dia boleh je lari dari anjing. Tapi mungkin, dia berlawan kerana melindungi keluarga dia. Dia memiliki ibu, abang kembar, dan adik perempuan. (Oh betina la) Mak Cik dia pun ada.

Kalau benarlah dia mati sebab itu, dia mati sebagai pahlawan. Pahlawan! Dialah kucing aku!!! Tak apalah, dia sudah buktikan pada aku kesetiaan dia, kini dia buktikan pula keberanian dia. Kata orang dulu-dulu, "Apa tanda anak jantan, matinya di tengah gelanggang", Kau memang jantan lah Kembang! Jadi, tahulah aku, selepas ini, walau berpuluh ekor lagi kucing yang aku bela, tiada satu pun yang dapat gantikan dia.

Entah bagaimana aku nak sampaikan terima kasih pada dia. Terima kasih sebab gunakan seluruh hayat dia untuk hidup sebagai kucing aku, dari lahir sehingga mati. Aku dah anggap dia sebahagian dari keluarga aku.


Gambar-gambar Kembang dari kecil hingga besar:








6 comments: