Aku pembaca setia majalah Arena Komik. (Apa? Baca Arena Komik? Tak misteri langsung) Aku suka hantar artwork aku ke Arena Komik. Alhamdulillah, baiknya Arena kerana siarkannya. Ini antara artwork ku di majalah kesayangan ku itu:
Arena Komik adakan ruangan Bakat baru. Mereka mengkritik karya-karya yang dihantar pada mereka. Suka ruangan ni!!!
Tapi, apa yang aku tak suka di sini,
mereka tulis nama aku 'Syakira'.
Tulis lah 'Amna'...
Kedua-dua di atas ni lukisan aku.
Yang sebelah kiri tu,
aku lukis aku dan kawan-kawan UiTM Melaka aku.
Kami sama-sama suka Arena!!!
Atas ni pula,
lukisan aku berada di sebelah kanan.
Yang sebelah kiri tu dilukis oleh Kid Kun.
Dia banyak menghantar karyanya ke Arena.
Aku teringin nak tahu siapa itu Kid Kun.
Aku minat lukisan dia.
Sedar tak sedar, dah banyak koleksi majalah Arena Komik aku. Tiap-tiap bulan dia keluar dua kali. Aku tak pernah ketinggalan belinya taw! (Tipu.. Pernah tertinggal sekali)
Sehinggalah pada satu hari... Sebaik sahaja buka Arena Komik ku yang baru dibeli pada Julai 2011, aku mengalami kejutan jantung berserta paru-paru kerana di situ tertera notis bahawa....
Itu adalah Arena Komik isu terakhir...
Atas sebab yang aku tak tahu kenapa, Arena Komik telah meninggalkan pasaran dan lenyap dari dunia ini.. (Tapi tak lenyap dari hatiku)
Dalam isu terakhir itu, krew-krew Arena mengucapkan selamat tinggal dengan tangisan dan ayat-ayat menyentuh hati. Aku terasa sebak di dada dan juga di paru-paru. Aku seakan-akan dapat mendengar juga tangisan pembaca setia Arena yang lain. Sedih woo..
Tamatlah kisah ku dan Arena. Artwork-artwork di sini adalah sebagai kenangan.
*Macammana? Sedih tak kisah ni? haha...
akak pernah nampak salah satu lukisan awak tu.Keciknya dunia ni.
ReplyDeleteAdik laki akak rajin beli kreko ngan arena komik ni. tumpang sekali baca. Kreko dia masih beli smpi sekarang rasanya. Arena dia dah lama xbeli sebab dia kata lebih keperempuanan.
Pernah terbit dalam majalah tuee.. hebat hebat.. kenapa depa hentikan keluaran eik?..
ReplyDeleteminat gak majalah komik2 ni.. tp da lm x beli,, beli gempak n utopia je,,haha..
ReplyDeleteterbaikkk kot...suka dgn hasil awk..tahniah
ReplyDeleteMakNgah: haah, arena lebih keperempuanan.
ReplyDeleteAujinz: tu laa.. x taw la nape.
ReplyDeleteSyafeika Edora: Ooo.. sokong komik Malaysia. Bagus2~
ReplyDeletemerahitujambu: Hehe.. tq~
ReplyDeleteNak beli Arena Komik tahun 2005 #16 & 2009 #13
ReplyDeleteUtk Lengkapkan koleksi Arena.
Pls sesape nk jual bley contact iswadi@sd01.com.my
Salute kepade tuan rumah blog atas art-work² yg tersiar dlm Arena :)
Sedihnya bila Arena Komik dah xda.. huhu . Isu akhir tu pun sya x sempat beli.. huargghhh.. sedih nya
ReplyDeleteSaya nak tanya, isu-isu Arena Komik masih boleh dilanggankah?
ReplyDelete