Monday, March 21, 2011

Aku dan Usop Sontorian


Korang masih ingat tak pada Usop Sontorian? Ye, Usop Sontorian ni kartun yang aku ikuti semasa kecil dulu. Boleh dikatakan, kartun kegemaran la jugak masa dulu-dulu. Masa terus berlalu... Pelbagai kartun baru terus muncul di kaca tv. Sehinggalah kini aku telah meninggalkan zaman kanak-kanak. Usop Sontorian juga semakin hilang dari memori aku.

Kini, ketika aku di kelas 'Cartoons and Caricature Studies', seorang kawanku memberi cadangan: "Kita buat pasal Usop Sontorian la untuk kerja berkumpulan kita."

"Usop Sontorian!" ketika itu juga, otak aku tiba-tiba terbuka kembali segala kisah zaman kanak-kanak yang telah lama tersimpan dalam 'setor' minda ini. Usop Sontorian, dia hadir dalam hidupku seketika saja, dan pergi meninggalkan aku begitu saja. Sesungguhnya memang tak banyak memoriku bersama Usop Sontorian. Yang aku menulis macam serius sangat ni kenapa? Suka hati aku lah... Aku memang serius.

Maka, bermula lah pencarian Usop Sontorian. Puas kami (Aku dan ahli-ahli kumpulanku) mengumpul maklumat, tapi bagai tiada satu pun maklumat kami yang berguna. Kami juga mencari mereka-mereka yang terlibat dengan pembikinan Usop Sontorian. Namun, susah betul nak hubungi mereka. Dengan mencari Usop Sontorian, aku secara tak sengaja terjumpa juga Keluang Man dan Silat Lagenda. Silat Lagenda adalah kartun kegemaran aku dulu. Nostagik sungguh.

Sehingga saat aku menaip ini, aku masih lagi mencari Usop Sontorian. Ada kalanya, aku rasa bagaikan ini balasan kepadaku, kerana melupakan Usop Sontorian yang boleh dikatogerikan sebagai kawan semasa kecil. Kini, aku mencari semula 'kawan' yang telah aku lupakan...

yang benar:
Amna
Sahabat lama Usop Sontorian

1 comment:

  1. hahaha akk pun dulu lyn usop sontorian.wpun ms tu rs nk gelak bsr sbb pergerakan dorg kelakar ms jalan mcm kengkang pun ada...ngee..tapi itulah kartun msia bangga sgt2!

    ReplyDelete