Happy Birthday Hilmi!!!!
Eh... dah 21??
Macam tak percaya kawan aku yang sorang ni dah berumur 21. Sebab, aku berkawan dengan dia masa umur 12!! Sekarang dah 21? Cepatnya masa berlalu..
Hilmi... kawan aku semasa zaman kanak-kanak dulu. Memori zaman kanak-kanak aku, semuanya berkaitan dengan dia. Haha.. Kalau nak diikutkan, sebenarnya, perkataan 'musuh' macam lagi sesuai je... Hehe..
Dulu.. entah berapa tahun dulu.. aku ke surau mengaji Al-Quran. Bersamaku, ada ramai lagi kanak-kanak lain yang turut belajar mengaji dengan ustaz dan ustazah di situ. Dah nama pun kanak kanak, pergi surau bukan untuk mengaji je. Untuk main!!! Dan Hilmi adalah antara yang bersama aku belajar mengaji di surau itu.
Seingat aku, pada tahun 2002, (kami berumur 12 tahun) aku dan Hilmi memang selalu bergaduh. Hilmi mengetuai budak-budak lelaki, dan aku mengetuai budak-budak perempuan. Aku ingat lagi kami selalu bergaduh pasal buku lukisan aku. Hilmi selalu je nak rebut buku lukisan aku. Dan aku pula, entah kenapa buku tu rahsia sangat, lelaki tak boleh tengok. Kawan-kawan perempuan aku semua boleh je tengok buku tu.
Peperangan berebut buku tu berlaku setiap hari. Aku ingat lagi, rehal Quran aku dah 3 kali patah sebab peperangan ni. Haha.. Lepas tu, bila buku tu dah dapat ke tangan budak lelaki, budak perempuan akan menghadapi kesukaran untuk rampas balik. (Takut batal air sembahyang. Nak mengaji kena ada air sembahyang!) Haha... Budak-budak~
Tibalah satu musim tu, budak-budak sibuk kumpul sticker Digimon. Haha.. korang ingat tak?? Aku dan Hilmi pun antara yang sibuk dengan aktiviti tu. Di sini, wujud kerjasama pula. Kami saling bertukar sticker untuk melengkapkan masing-masing punya.
Ketinggian selalu menjadi sebab pergaduhan aku dan Hilmi. Kami masing-masing lawan siapa paling tinggi. (Sebenarnya, dua-dua rendah) Hilmi selalu kata dia lebih tinggi. Sebenarnya dia nampak tinggi sebab songkok je. Haha... Satu hari, Hilmi berkata: "Tinggi aku 130. Ko berapa?" Aku diam je.. Sebab tinggi aku masa tu 129!!!! Cis, kalah 1cm!!!
Aku teringat ada sekali tu, kami adakan pertandingan melukis. Aku mewakili budak perempuan, dan Hilmi mewakili budak lelaki. Aku melukis satu watak kartun Digimon. Hilmi tak puas hati sebab dia kata itu ciplak! Haha... akhirnya, tiada siapa menang.
Pada tahun 2003, kami menjadi pelajar tingkatan 1. Ketika itu, Hilmi telah khatam Quran. Jadi dia tidak lagi berada di surau tu bersama kami yang lain. Waktu tu lah baru aku sedar. Orang yang selalu bergaduh dengan kita, adalah orang yang akan kita ingat sentiasa. Keadaan surau rasa lain bila Hilmi tak ada. Aku nak gaduh dengan siapa??? Huhu..
Satu hari, Hilmi kembali semula ke surau itu. Dia datang bersama ibunya. Dia membawa pulut kuning dan bunga telur. (Adat bila dah khatam Quran). Jadi, aku dapatlah setangkai bunga telur warna biru. Untuk satu ketika, aku simpan bunga telur biru itu. Haha... Hilmi, ko jangan nak perasan aku rindu kau taw!
2004, aku telah pindah rumah. Macam tu je aku pergi tanpa sempat ucap selamat tinggal pada Hilmi. Entah macam mana, lepas tu aku dapat nombor telefon Hilmi. Jadi, kami terus berhubung sehingga kini.
Pada tahun 2009, kami masih berhubung dengan sms. Tergerak pula hati untuk berjumpa. Apatah lagi kami ketika itu sama-sama berada di Melaka. Jadi pada suatu hari dalam tahun 2009, aku dan Hilmi berjumpa di KFC Alor Gajah. Apa? Ingat senang ke nak jumpa macam tu?? Cuak aku masa tu. Mula-mula fikir apa salahnya berjumpa sebab kami dah kenal sejak kecil. Tapi kemudian aku fikir; "Gila!!! Kali terakhir jumpa masa kanak-kanak!!! Takut la nak jumpa sekarang!!! Mesti dia dah lain! Aku sendiri pun dah jauh berbeza dari dulu!" Tapi lega~ Pertemuan kali tu ok je. Dan Hilmi tak banyak berubah. Yang bezanya cuma kami tak bergaduh macam dulu dah. Tapi kalau pasal ketinggian, aku mengalahlah! Dia menang!
Apa pun, Hilmi yang ada dalam fikiran aku, sentiasa Hilmi yang berumur 12 tahun tu. Pakai songkok, berbaju melayu warna merah dan membawa Quran merah. Kami masih berhubung sehingga sekarang. Mestilah kan... kawan lama...
Jadi, kepada Hilmi yang berumur 21 tahun ni, "Selamat Hari Jadi, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Paling penting, ko jangan lupa aku! ok?!!!" Lagi satu, nanti aku nak tuntut balik ganti rugi untuk rehal yang patah dulu. Haha.... Nak hadiah? Hadiah tak ada.. Ada post ni je. Khas untuk birthday ko.
*Oh ya... Tira sampaikan kepada Amna, ucapan 'Selamat Hari Jadi untuk Hilmi...
No comments:
Post a Comment