Wednesday, June 29, 2011

Tetamu yang tak diundang

Sepanjang menjalani praktikal, aku menyewa di sebuah rumah yang tak berapa nak besar. Di situ lah aku makan, tidur, bermalam selepas pulang dari praktikal. Aku menyewa bersama beberapa kawan-kawan lain.

Pada suatu hari, datanglah tetamu yang tak diundang. Dia adalah ibu tunggal kepada lima anak. Anak-anaknya kecil-kecil belaka. Aku dan kawan-kawan ku tidak sampai hati untuk menghalau ibu tunggal itu. Maka, menetaplah ibu dan anak-anak itu di rumah kami.

Sesungguhnya, ibu itu hanya meminta tempat berteduh. Apa salahnya kami benarkan. Tak menyusahkan kami pun. Anak-anak kecil ibu itu memang comellah! Sejuk hati melihat mereka. Kini, setiap kali pulang dari praktikal, kepulanganku disambut oleh anak-anak ibu yang comel~

Di sini, aku sertakan gambar-gambar anak-anak ibu itu. Comelkan?








4 comments:

  1. amna!!! comelnye kucen2 tuh... nadia nak 1???? heheheh

    ReplyDelete
  2. wei along,..ingat amna tu kejam ke tak bg mkn kucing2 tu,..hehe
    amna dah buh name ke..?
    kali ni letak nama makanan lak ye cz nama minuman dah hbs dgunakan tuk kcing kat rmh abah korang hehe...
    mee goreng
    bihun..
    tomyam pun sodap..
    roti canai..
    n
    nasi lomak
    hehe

    ReplyDelete
  3. nadia: nk? cuba la mintak kt mak dia...

    ilam: x bg mkn pn.. dia tumpang berteduh je..

    Qhazi: maaf, mmg x bg mkn pn. huhu.. tp ada kwn lain yg bg mkn.. diorang x de nama. Panggil si ibu 'ibu'. panggil anak-anak semua 'syg'. x larat nk pikir nama.hehe..

    ReplyDelete